Thursday 27 June 2013

Part 2 - Kalaulah Mereka Tahu - Khas Untuk Orang Muda

Part 1 -  kalaulah-mereka-tahu-khas-untuk-orang.html .

Biodata/Resume/CV

Selepas menerangkan empat asas yang biasanya diperlukan oleh sesebuah syarikat, tahukan anda yang anda juga akan dinilai melalui Biodata (Resume) yang anda sediakan/ hantar?. Ramai yang menyangka, resume atau CV yang mereka sediakan itu begitu tepat dan memenuhi keperluan semua syarikat. Ini adalah anggapan yang salah. SALAH..

Apabila menghantar resume, sesebuah syarikat akan mencari apa yang mereka amat perlukan. Contohnya, sekiranya sesebuah syarikat itu memerlukan pengalaman kerja, maka selepas maklumat asas dan maklumat akademik, mereka akan melihat pengalaman kerja seseorang. Semakin panjang maklumat pengalaman kerja, semakin tinggilah peluang anda untuk dipanggil bekerja. Kemudian barulah makumat lain-lain akan dilihat.

Bagaimanakah anda menentukan perkara-perkara tertentu itu menjadi kepentingan sesebuah syarikat? Disinilah letakkannya kepandaian anda dalam membaca iklan kerja. Sekiranya didalam iklan itu diletakkan kenyataan seperti, Working years,  working bla bla bla industries was advantage, detail resume ataupun pengalaman kerja ditekankan pada syarat no 2 atau 3, maka ketika itulah anda perlu mengubah resume dengan meletakkan segala pengalaman kerja yang ada di dalam resume atau CV anda seboleh-bolehnya di dalam mukasurat pertama. jika perlu selepas maklumat asas letakkan pangalaman kerja atau pendekkan kelulusan akedemik kepada makumat asas sahaja..

Disinilah kelemahan yang ada pada kebanyakkan pencari kerja baru/lama yang masih tidak mendapat kerja biarpun telah berkali-kali menghantar biodata/resume/CV kepada bakal-bakal majikan. Ada diantara mereka ini langsung tidak pernah mengapat panggilan untuk ditemuduga.  Semuanya gara-gara kesilapan mempersembahkan biodata/resume/CV.

Ingatlah bahawa biodata/resume/CV inilah pandangan pertama syarikat terhadap anda. Sekiranya perkara ini tidak menarik perhatian mereka maka mereka tidak akan memanggil anda.

Disini pentingkan personalise resume untuk sesebuah syarkikat. Bermakna, jika anda menghantar biodata/resume/CV kepada tiga buah syarikat, maka anda perlu mempunyai 3 biodata berbeza mengikut kehendak syarikat tersebut. Bukannya satu biodata/CV/resume untuk semua syarikat. Fahami kehendak seseuatu syarikat melalui iklan yang dikeluarkan.

Perkara yang juga cukup penting ketika menghantar CV/biodata/resume tetapi dipandang remeh oleh ramai pencari kerja ialah gambar ukuran pastport anda. Gambar yang cantik akan memudahkan anda dipanggil temuduga berbanding dengan gambar yang kelihatan selekeh. Selekeh yang saya maksudkan ialah gambar yang dihantar itu membuatkan anda kelihatan hodoh.  Jerawat atau parut atau blacksport kelihatan begitu jelas didalam gambar.

Tolonglah touch up gambar anda sedikit. Bukanlah bermaksud anda mengubah muka anda terus tetapi cuba minta jurugamabr tersebut putihkan sedikit kulit anda, buang semua blackspot yang nampak macam titik-titik di muka anda, kaburkan sedikit jerawat atau parut anda. Perkara-perkara yang boleh memperlihatkan kecatatan pada muka.

Ini mempengaruhi orang pertama yang akan melihat resesume/biodata/CV anda. Dari satu sudut kajian yang menyatakan bahawa orang yang cantik/kacak/cute/comel  mudah mendapat kerja adalah benar. Pastikan gambar anda memenuhi krateria tersebut.

Resume anda juga perlu kelihatan cantik, kemas dan teratur.  Anda sendiri boleh nilaikan perkara ini. Lihat resume anda. Adakah ia tersusun. Tajuk pada garisan lurus untuk tajuk atau semuanya kelihatan sama dari permulaan resume sehinggalah pengakhiran. Perenggan dan jarak diantara setiap maklumat adalah sama. Minta pendapat orang lain tentang resume anda. Sama ada resume anda itu cantik dan kemas atau tidak.

Bersambung.......

3 comments:

  1. May I suggest that you switch to a different font, such as 'Arial' or 'Verdana'. That will make your blog easier to read.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I will try a different font from now on. Please feel free to comment witch one is better and easy to read. At the same time I need it to be as artsy as possible. Thank you for your feedback.

      Delete
  2. which not witch - type error sorry...

    ReplyDelete