Thursday, 23 May 2013

Saya Tak Kisah dan Takkan Ikut

Selama 5 tahun, FB saya telah dihujani dengan pelbagai cerita yang tidak dapat disahkan kesahihannya. Ada sahaja yang tidak kena pada Kerajaan. Korupsi, salah guna kuasa, rasuah dan macam-macam lagi. Tetapi saya buat tak tahu sahaja. Lagi pun kita kena hormat pandangan orang lain kan. Tak kisahlah, janji dia bahagia. Kalau kawan kita bahagia kita pun tumpang bahagia. Dia nak sokong sesiapa, itu dia punya pasal, betul tak?

Tapi yang tak sedapnya, sejak dari awal tahun, dah lain macam pulak post FBnya. Sikit-sikit cerita politik. Kadang-kadang boleh bermacam macam yang di sharenya ke dalam FB. Macam auto share lah pulak. Tapi tak apalah. Ingatkan habis sahaja pilihanraya nanti slowlah dia kan?

Tetapi sebaliknya terjadi. Sekarang ini dia ajak kita buat demo Blackout 505. Wei, ari tu kita biarkan sebab kita malas nak layan je. Bukannya kita sokong tau. Keputusan sudah dibuat. Lantaklah siapa yang menang. Kita dah jalankan tugas sebagai pengundi dan undi siapa yang kita suka. Adatlah ada yang kalah dan ada yang menang.

Yang penting hidup kita tak dikacau. Boleh sembahyang, pergi kerja, jaga anak, jumpa mak bapa kat kampung dan shopping tanpa orang kacau atau buat road block kat jalan dah cukuplah. Rajin kerja gaji naik. Rajin sembahyang, hidup tenang. Jaga anak, hati gembira dengan kerenah dia orang dan jumpa mak ayah boleh share masalah dan minta nasihat sambil tu bagi duit belanja kat dia orang. So, sesiapa yang memerintah, janji boleh bebas bergerak dan buat pilihan, sudah baik bagi saya.

Yang sibuk nak ajak pergi buat raptai 505 tu buat apa. Kalau kena tangkap nanti, siapa yang nak jamin wei? Duit jaminan tu nak cekup kat mana? Kalau bersalah, sudah ada rekod jenayah. Tak denya orang nak bagi kerja. Menangis air mata darah pun tak de orang nak bagi kerja. Korang ingat dia orang nak tolong korang ke lepas korang keluar penjara? Anak bini siapa nak bagi makan masa dalam penjara nanti. Siapa yang susah, anak bini korang juga yang susah.

Lainlah kalau korang memang jenis ada harta yang tak akan habis sampai cucu cicit. Itu korang buatlah apa yang korang nak buat. Tapi, SAYA TAK KISAH DAN TAKKAN IKUT. Faham.

Lagi pun saya ikut rukun negara. Kesetiaan saya kepada Raja dan Negara. bukannya pada wakil politik. Ada faham.

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Mereka tu macam dah 'over'. Yang paling tak kuasa ialah bila mereka 'share' cerita yg entah apa-apa je.
    Saya suka kata-kata berikut:
    Rumours are created by haters, spread by fools and believed by IDIOTS.
    Hahaha.

    ReplyDelete