Thursday, 23 May 2013

Kalaulah Mereka Tahu - Khas Untuk Orang Muda

Hari ini, saya melihat begitu ramai merungut tentang susahnya untuk mereka mencari kerja. Rungutan ini datangnya dari kumpulan seperti lepasan SPM, Diploma dan Ijazah. Ramai yang merungut begitu susah untuk mencari kerja dan kebanyakkan mereka ini pula ada juga yang telah ditemuduga berpuluh kali.

Di dalam 3 golongan di atas, kumpulan yang paling sukar mencari kerja ialah golongan berijazah. Seperti satu penyakit, golongan ini begitu sukar untuk mendapat pekerjaan yang sesuai walaupun pada hakikatnya kebanyakkan mereka mendapat keputusan yang cukup baik.

Ada juga yang pernah memberitahu saya, mereka telah menghantar berpuluh-puluh biodata atau CV tetapi kebanyakkannya tidak langsung mendapat panggilan untuk ditemuduga. Sehingga mereka ini ada yang menganggap bahawa sekiranya tiada orang dalam tiada peluanglah untuk mereka mendapat pekerjaan.

Ramai juga yang beranggapan mereka layak menerima jumlah gaji dengan nilai tertentu walaupun tiada sekelumit pengalaman. Perlu diingat, sesetengah graduan menganggap bahawa pengalaman kerja mereka sewaktu latihan praktikal adalah layak dianggap sebagai pengalaman kerja. Hakikatnya ini tidak benar sama sekali.

Saya pernah bertanyakan kepada mereka-mereka ini, apakah yang penting untuk mereka. Jawatan atau gaji yang ditawarkan. Rata-rata menjawab gaji. Tetapi ujar mereka, sekiranya mereka terdesak, barulah mereka akan memilih pekerjaan yang taraf gajinya lebih rendah daripada apa yang sepatutnya mereka rasa layak mereka terima.

Saya terpanggil untuk menulis tentang ini kerana ingin memberitahu golongan ini apa sebenarnya yang dipelukan secara amnya oleh sesuatu syarikat.

1. Syarikat memerlukan orang yang boleh mereka latih untuk memenuhi kehentak syarikat. Ini bermakna seseorang yang ingin dipilih itu perlulah kelihatan tidak angkuh atau terlebih pandai. Ramai yang apabila datang untuk ditemuduga tidak kelihatan seperti untuk ditemuduga. Ada juga yang langsung tidak bersedia dan bersikap defensive sekiranya ditegur.

2. Syarikat memerlukan mereka yang boleh berinteraksi secara effician. Disinilah pengalaman kerja menjadi asas kepada syarikat untuk menentukan samada peminta kerja itu mempunyai kelayakan atau tidak. Mereka yang mempunyai pengalaman kerja selama 6 bulan akan jarang dipanggil. Namun sebaliknya, sekiranya pengalaman kerja anda selama 6 bulan itu adalah kerja shift (siang/malam), barulah ia akan dipertimbangkan. Disinilah berlakunya salah faham graduan-graduan ini. Ramai beranggapan latihan industri yang mereka terima sudah cukup kuat walhal ia hanya mempunyai sedikit impak dalam pemilihan pekerja bertaraf eksekutif.

3. Syarikat memerlukan pekerja yang aktif. Pekerja yang submissive atau kelihatan submissive jarang diambil bekerja dalam open market. Ini kerana kebanyakan kekosongan selalunya dibahagian yang memerlukan seseorang pekerja yang aktif. Secara realiti, mereka yang aktif akan mudah mendapat kerja lain terutama mereka yang mempunyai pengalaman kerja lebih dari 5 tahun.

4. Syarikat memerlukan mereka-mereka yang boleh bertutur bahasa inggeris dengan fasih. Ini penting kerana dalam keadaan negara sekarang ini, ramai yang boleh bertutur bahasa inggeris. Sekiranya anda fasih berbahasa inggeris peluang kerja anda akan jauh lebih besar berbanding mereka yang tidak.

Empat perkara diatas adalah kehendak sesebuah syarikat secara asas. Mungkin ada syarat atau keperluan yang lain tetapi keempat-empat diatas adalah asas yang penting. 

Bersambung

:] sarah

No comments:

Post a Comment