Monday, 24 June 2013

Kepada Siswa dan Siswi Melayu -Tentang PTPTN, Baca Ni...

Ini Khas untuk siswa dan siswi melayu okay. Inilah sebabnya saya menulis dalam bahasa melayu supaya korang senang faham. Kalau tulis dalam English takut salah faham pulak sebab saya pun tengah belajar memperkasakan English saya lagi.

Baca baik-baik. Bila korang masuk belajar, korang akan isi borang untuk buat pinjaman PTPTN betul? Masa nak isi atau mintak borang tu, ada tak orang yang ugut letakkan senjata macam pisau ke, atau pistol ke atau letakkan bom untuk letupkan korang? Tak de kan malahan ada yang marah-marah sebab borang cepat habis betul? Ada yang sanggup pergi ke pejabat PTPTN minta borang kan.

Lepas tu, kalau tak dapat siap ada yang merayu sampai jumpa pegawai atasan. Siap ada yang maki-maki pegawai yang bertugas lagi kalau lambat layan korang betul tak? Jangan tak mengakulah. Saya pernah pergi ke pejabat PTPTN dan jumpa anak bersama dengan mak bapak memaki pegawai sebab tak dapat PTPTN. Siap bawak surat dari YB lagi dan cakap YB tu sedara korang. Punya mengaku susah tapi bila terserempak kat luar siap bawak BMW keluar dari parking.

Ni nak beritahu korang ni sebab selalu sangat uruskan bebudak macam korang yang bila masuk kerja ada masalah nak bayar. Maklumlah gaji nak bayar duit PTPTN, duit instalment kereta dan macam-macam lagi kan. Silap hari bulan tinggal cukup-cukup sahaja nak makan kan.

Korang tahu tak yang sesiapa yang mendapat ijazah kelas pertama boleh tukarkan pinjaman itu kepada biasiswa? Okay, korang kata susah betul tak? Orang cina boleh buat tetapi kita melayu susah betul?  Walaupun hakikatnya sama je cuma korang je yang leka dengan benda lain kan. Apa kata kalau dapat skor 3.7 ke atas boleh? Takkan itu pun tak boleh kan? korang boleh masuk universiti sebab korang pandai kan? Tak kan itu pun susah betul tak.

Lepas korang dapat skor 3.7 ke atas dan setelah tamat belajar korang mula dapat surat pemberitahuan pembayaran, korang pergi ke pejabat PTPTN. Kalau korang tak leh bayar lagi sebab korang belum bekerja, beritahu dia orang. Minta tangguh pembayaran dulu. Jadi, tak de lah korang di hujani surat dari dia orang.


Katakan pula situasi korang berlainan. Bila habis belajar korang terus masuk kerja tapi korang dah beli kereta dibawah skim graduan dan ada masalah nak bayar. Rajin-rajin pergi jumpa pegawai di PTPTN dan minta kurangkan pembayaran mengikut kemampuan korang. Faham tak.

Lepas tu jangan lupa bayar tiap-tiap bulan. Jangan sekali-kali lupa bayar. Lepas dua tahun pergi ke PTPTN tu dan bawa degree dengan keputusan korang. Pergi tanya pegawai tu, boleh tak korang buat rayuan minta ditukar pinjaman itu kepada biasiswa. Biasanya dengan keputusan yang agak baik dan pembayaran se pertiga sudah dibuat, mereka akan pertimbangkan.

Kalau tak dapat pertimbangan, terus bayar dan tahun depan pergi lagi buat rayuan. Kalau disuruh mengadap sesiapa sahaja, pergi faham. Jangan nak merengek. Salah korang tak dapat ijazah kelas pertama.

Masa minta tu, rendah diri lah sikit ya. Walaupun pegawai yang uruskan urusan itu cuma SPM sahaja dan korang berijazah tetapi korang nak minta tolong dia orang bukan sebaliknya. Jadi hormatlah sikit dengan orang lain.

Ni saya hendak ajar. Panggillah dengan panggilan yang hormat. Walaupun dah kahwin, kalau perempuan itu panggillah Cik dan kalau lelaki itu panggillah Encik. Itu tanda awak hormat orang dan secara psikologinya panggilan cik membuatkan perempuan itu lembut hatinya dan Encik itu membuatkan lelaki rasa besar hati. Faham.

 Kalau tidak faham, tanya baik-baik.
 Contoh : Cik/Encik saya kurang faham tentang perkara xxx boleh tolong terangkan kepada saya.
Lepas itu jangan lupa ucapkan terima kasih. Walaupun mukanya masam.

Ini saya sudah ajarkan cara langsaikan PTPTN anda. Jadi belajarlah rajin-rajin. cuba dapatkan keputusan ijazah kelas pertama. Jadi tidak perlulah merayu. Automatik terus tukar biasiswa. Kalau tak harungi proses di atas, tetapi result terakhir ialah anda boleh tukar juga ke biasiswa cuma lambat sedikitlah.  Jangan nak merengek sebab kena bayar banyaklah, PTPTN tak bertimbang rasalah. Tapi siapa yang salah sebenarnya, korang juga kan.

Semoga berjaya.

6 comments:

  1. Masalah kalau bodoh tak boleh diajar ...

    ReplyDelete
  2. Nice..should posted it in the fb..more readers.

    ReplyDelete
  3. Maaf... tak semua pandai boleh capai 3.70.. jangan bersifat stereotype.. ada yang gigih berusaha still tak dapat 3.70.. atas pelbagai sebab termasuk lah lecture sengaja memfail kan student...

    ReplyDelete
  4. chicken vindaloo14 June 2014 at 10:27

    Salam, Sarah. Too bad that I read this post late. In my case, PTPTN lost my original agreement and I could have gotten away with not paying my loan if I wanted to. However, as soon as I finished my studies in 2005, I went to their office and I even wrote an official letter to them. Hence, I signed a new agreement and Alhamdulillah, I finished settling my loan of RM 10,500 in June last year and given the 'surat pelepasan'. I even ended up paying more, so they refunded the additional amount after I sent them the claim form. If it is a loan, then we must pay back. That is all there is to it.

    ReplyDelete