Monday 3 June 2013

Apa Ada Di Seremban??? Kompleks Belia Dan Sukan Paroi, Ampangan

Apa yang ada di Seremban NS? itulah soalan yang sering ditanyakan kepada saya. Dan puas juga saya menjawab tetapi ramai yang masih menganggap Negeri Sembilan ketinggalan dalam pelbagai aspek. Siri ini akan mengungkap apa yang ada di Negeri Sembilan amnya dan Seremban khasnya.

Apa yang ada di Seremban Negeri Sembilan.
Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Ampangan Seremban Negeri Sembilan.


Gambar diatas adalah pandangan sisi KBSP. Setiap sabtu dan ahad pelbagai acara diadakan di sini. Di bawah owning berbentuk minang inilah aktiviti poco-poco secara percuma diadakan di sebelah pagi dan petang. Sesiapa sahaja boleh menyetainya. Aktiviti ini diuruskan oleh Pihak kompleks.

Dewan di kompleks boleh disewa untuk sebarang aktiviti seperti kenduri kahwin, penyampaian hadiah, hari keluarga dan lain-lain.

Padang sentatik pula boleh digunakan oleh orang ramai. Setiap petang (apabila cuaca mengizinkan) trek dan padang akan dipenuhi oleh orang ramai.

Gelanggang-gelanggang yang terdapat disini juga boleh disewa untuk digunakan oleh orang ramai. Gelanggang seperti Futsal, bola padang (gelanggang bertaraf dunia), tenis, bola jaring, tenis, bola tampar, takraw, badminton, squash dan skateboard serta wall scalling ada disini.

Untuk kanak-kanak terdapat kawasan permainan. Manakala bagi yang meminati sukan bina badan, gym juga ada disediakan. Manakala Surau dan kawasan penjualan makanan dan minuman juga terdapat disini.Kawasan ini akan meriah sehingga pukul 3 pagi pada hari sabtu dan ahad.

Oleh itu apa yang ada di Seremban yang boleh orang Negeri Sembilan banggakan?
Negeri Sembilan ada Kompleks Belia dan Sukan Paroi. Pusat sukan sehenti/sekeluarga lengkap dengan trek larian, taman permainan kanak-kanak, gelanggang-gelanggang sukan termasuk sukan ekstrem dan padang awam sentatik.  Hebat tak hebatnya Negeri Sembilan. Padang awam pun sentatik.



 

No comments:

Post a Comment