Sunday 9 June 2013

Penjenamaan Semula MCA

Tuan,

Selepas apa yang berlaku pada Parti MCA di PRU#13, ini adalah masa yang sesuai untuk pihak tuan melakukan perubahan pada pengurusan MCA. Namun, sebelum segala itu boleh dilakukan, pihak tuan perlulah melakukan pendekatan-pendekatan asas untuk menjayakan rancangan ini.

Perlu pihak tuan ingat bahawa sebarang pembaharuan bukanlah perkara yang mudah tetapi ia amat diperlukan oleh MCA. Perkara pokok yang perlu pihak MCA ingati ialah, pembaharuan atau penjenamaan ini adalah untuk memastikan parti MCA relevan dengan keadaan sekarang. Saya tidak katakan semasa kerana buat masa ini parti tuan benar-benar telah ditolak terus oleh hampir 90% orang Cina.

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu pihak tuan lakukan sebagai tindakan asas (basic)
  1. Wujutkan satu badan penjenamaan semula sementara yang dipengerusikan oleh bukan ahli MCA dan bukan dari bangsa Cina. Cadangan saya Tun M atau Tuanku Aziz atau Kamalanathan atau Shahril Samad. Mereka saya rasa lebih layak kerana mereka boleh melihat MCA dari kaca mata luar. Adalah mudah untuk orang luar melihat setiap kelemahan kita berbanding orang dalam.
  2. Daftar semula keahlian MCA. Ini bermakna setiap ahli yang perlu didaftarkan semula. Ini bagi menjamin ahli-ahli yang benar-benar berminat akan mendaftar. Pada pendapat saya, selepas PRU#13, ahli MCA yang mendaftar semula akan berkurangan. Dengan cara ini, MCA akan dapat menilai jumlah ahli yang sebenarnya selepas PRU#13. Disamping itu juga, cara ini membolehkan pihak MCA mendapat maklumat terkini ahli. Segala-gala maklumat ini penting dalam pejenamaan semula MCA. 
  3. Semua ahli jawatankuasa yang ada sekarang perlulah bersedia untuk mengisytiharkan harta mereka kepada umum. Ini sangat penting. MCA perlu menukar imej sama sekali. Tidak boleh ada lagi sedikit pun kotoran samada benar atau rekaan yang boleh dikaitkan dengan MCA selepas ini.
  4. Tutup semua Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) MCA ditempat/lokasi yang MCA kalah. Pasti MCA mempunyai data mengikut pusat pengundian dimanakah MCA mendapat sokongan. Pusat Khidmat Masyarakat di kawasan pengundian itu perlu diteruskan tetapi dipusat pengundian yang kalah, tutup sahaja. Jangan lagi MCA membuat kerja yang sepatutnya dilakukan oleh orang lain. Jika masyarakat dikawasan yang tiada PKM, MCA memerlukan bantuan, mereka harus pergi ke kawasan yang mempunyai PKM. Ini akan membuatkan  MCA akan lebih dihargai. Selama ini MCA melakukan banyak perkara sehinggakan ada yang mengambil mudah kehadiran MCA. Mulai sekarang, bertegaslah. Berkhidmat kepada yang memerlukan dan yang menyokong MCA.
  5. Biasiswa dan bantuan perlulah diletakkan syarat hanya pada ahli MCA atau BN sahaja. Kecuali dalam kes-kes bantuan istimewa, syarat itu perlu diwajibkan kepada yang memohon bantuan. Jangan lagi memberi bantuan kewangan tanpa syarat di atas.
  6. Wujudkan blog dan FB page baru untuk MCA. Letakkan satu jabatan yang menguruskan media alternatif ini. Serasa saya, MCA mampu menggajikan pekerja sepenuh masa untuk jabatan ini.Tugas jabatan ini adalah untuk memasukkan segala maklumat untuk disampaikan kepada ahli-ahli MCA. Kaitkan blog dan FB. Setiap hari poskan sekurang-kurangnya tiga perkara yang telah dilakukan oleh MCA seluruh negara. Dengan cara ini, MCA tidak lagi dianggap tidak relevan. Ingat, Imej adalah segala-galanya untuk MCA pada masa ini. 
  7. Dengan info keahlian baru, MCA boleh menawarkan perkhidmatan ekslusif hanya untuk ahli-ahli MCA sahaja. Beri perhatian khusus kepada ahli MCA yang benar-benar memerlukan MCA. Mungkin MCA akan dikatakan kejam kerana memilih bulu, tetapi buat masa ini MCA perlu servival. Ini bermakna, ahli-ahli yang benar-benar ikhlas dan jujur harus diberi perhatian. mereka inilah yang mca perlu jaga. MCA menawarkan banyak kemudahan seperti biasiswa, kolej swasta, latihan kemahiran dan lain-lain. TAwarkan semua kemudahan yang ada kepada ahli-ahli Mca dahulu.
  8. Susun atur dan pertingkatkan lagi penguasaan golongan muda di MCA. Ini bermakna golongan yang berumur kurang daripada 40 tahun. Beri mereka kebebasan untuk memperjuangkan dan menghidupkan MCA disamping menjadi contoh toleransi kepada generasi muda. link golongan muda ini dengan pemuda parti kompenen yang lain dan bersatu hati bersama pemuda komponen BN disamping berjuang menaikan imej mca sebagai parti yang prograsif dan agrasif mempertahankan negara, bangsa dan agama.
  9. MCA perlu memilih pemimpin yang fasih berbahasa malaysia, inggeris dan China (manderin, hakka dan lain-lain dialek) agar boleh menerangkan segala-gala perancangan kerajaan kepada masyarakat. Dengan kelebihan bertutur tiga bahasa dengan baik akan memberikan MCA peluang sebagai wakil orang china menghubungkan mereka dengan malay and indian .
Di atas adalah perkara yang wajib dilakukan sebelum menjenamakan mca sebagai parti yang relevent untuk bangsa Cina.

No comments:

Post a Comment