Wednesday, 4 September 2013

Minyak Naik : Dari Merungut Baik Bertindak 2

Bersambung dari artikel sebelumnya.

Bagaimana caranya jika anda ingin mengumpulkan stok dengan budget yang sedikit.

Ini ada tips.

Beli di pasar basah dahulu sebelum kering.

Tetapkan belanja mingguan anda dan kira penggunaan asas untuk seminggu. Pada surirumah, pastikan anda ada senarai lauk pauk yang akan di masak berserta dengan bahan-bahannya sekali. Untuk beberapa bulan, buat senarai penuh seperti itu dan beli dengan jumlah yang cukup untuk masak sahaja.

Pasti dari jumlah budget tersebut terdapat lebihan. Belanjakan lebihan itu untuk membeli barangan stok. Contohnya, jika lebihan anda ialah RM5 dan stok yang anda kumpulkan ialah susu krimer pekat manis, disitu stok akan bertambah 2 tin.

RM5 juga jika anda menggunakan ubat nyamuk asap, boleh membeli 5 kotak ubat nyamuk  10 lingkaran  atau pencuci pinggan paste tesco 350g.

Ini anggarannya bagaimana saya mengumpul stok pencuci pinggan paste

Penggunaan sebulan =  4 pek
Pembelian setiap minggu = 5 pek X 4 minggu = 20 pek.
Bermakna =   20 pek / 4 sebulan  =  5 bulan

Lihat kiraan diatas, dengan hanya RM5 seminggu anda boleh mengumpul stok 20 pek dalam sebulan untuk kegunaan 5 bulan dalam satu bulan sahaja. Budget bulan seterusnya anda hanya perlu menolak pencuci pinggan paste tersebut dan wang itu boleh digunakan untuk barang yang lain.

Adakah anda nampak pusingannya sekarang. Mengumpul stok barangan perlu sebenarnya membantu anda di kala bulan-bulan di mana anda perlu gunakan wang dengan banyak seperti ketika persekolahan anak.

Dengan adanya stok anda tidak perlu lagi memikirkan  keperluan barangan kering dapur anda. Semuanya sudah tersedia berbulan yang lalu.

Ini adalah senarai keperluan rumah dan stok yang saya simpan meliputi sambutan perayaan dan disebelahnya kuantiti penggunaan sebulan:

Gula = 5 kg / 1kg
Krimer pekat manis =  20 tin / 4 tin
Sardin = 20 tin / 4 tin
Beras  = 20 kg / 10kg
kopi segera = 1000g / 250g
Teh uncang = 300 paket / 100 paket
Milo = 3 kg / 1.5 kg
Sabun basuh = 7.5kg / 2.5kg
Pencuci pinggan = 35 pek / 4 pek
sabun mandi bar = 24 pcs / 2 pcs

Dari sebahagian senarai stok saya di atas anda boleh lihat bahawa simpanan stok adalah lebih dari dua bulan penggunaan. Sekiranya berlaku kenaikan, ada stok mampan yang mampu menunggu sehingga harga turun semula atau merancang alternatif lain menyerap kenaikan tersebut.

otak anda pun akan sentiasa fresh memikirkan cara yang lebih baik bukan. Ada sahabat, selepas menggunakan cara ini dapat menikmati barangan yang agak mahal kerana penjimatan tersebut memberinya alternatif menunggu jenama kegemarannya benar-benar murah dan dia dapat membeli dengan jumlah yang banyak.

Oleh itu, mula mengira budget dan fikirkan bagaimana anda boleh menyimpan stok dirumah. Kalau bukan makanan barangan kegunaan asas seperti sabun mandi, syampoo dan sabun basuh pinggan dan baju. Inilah barangan yang sentiasa memakan sebahagian besar budget anda.

Apabila anda menghadapi bulan-bulan dimana anda memerlukan wang lebih,  pengecualian pembelian barangan ini dalam bulan tersebut, mampu membantu anda, Percayalah.

Fikir fikirkan lah ya

No comments:

Post a Comment