Thursday, 31 October 2013

Kg Hakka Pemimpin DAP Sanggup Ditahan. Kg Buah Pala?

Hari ini beberapa pemimpin DAP ditahan kerana memperjuangkan hak penduduk Kg Hakka di Mantin Negeri Sembilan. Baca DAP-arrests-at-kg-hakka.

Kg Hakka Mantin, dikatakan wujud lebih daripada 100 tahun. Pada tahun 2005 tanah di kampung tersebut telah diserahkan oleh kerajaan negeri kepada pemaju Mega 9. Dari sinilah masalah bermula.

Setelah disiasat didapati Kg Hakka Mantin mengalami masaah yang sama dengan masalah yang dialami oleh penduduk di kg Buah Pala Pulau Pinang. Mereka membina Kampung di atas tanah asalnya  tanah Negeri.

Apa yang berbeza, penduduk Kg Hakka Mantin hanya mempunyai lesen Pendudukan Sementara (TOL = Temporary-Occupation-Licence-TOL ) yang diberikan kepada mereka pada tahun 60'an.

Dari sini isu bermula. Pada  tahun 1987 ada ura ura kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil alih tanah di Kampung tersebut atas tujuan pembangunan. Tetapi pengambil alihan tersebut hanya berlaku  secara rasminya pada tahun 2005.

Namun begitu, penduduk kampung telah membawa kes ini ke Mahkamah dan pengakhirannya pada 26 August 2013 apabila Mahkamah membuat keputusan memihak kepada kerajaan Negeri. Penduduk mengemukakan rayuan dan pada Khamis lepas Mahkamah Tinggi menolak  rayuan penduduk.

Kemuncak daripada itulah pada hari ini beberapa pemimpin DAP telah  ditahan antaranya ialah orang kuat LGE Anthony Loke.

Nampak gayanya Anthony Loke telah mendapat gelaran  wira daripada LGE apabila LGE sendiri mengucapkan syabas atas penahanannya itu. (TQ APANAMA untuk gambar dibawah)



Kenapa ya dalam isu Kg  Hakka ini  pemimpin DAP sanggup kena tahan tetapi untuk Kg  Buah Pala, bayang pun tak nampak? Adakah kerana Kg Hakka adalah Kg orang Cina dan dibawah pemerintahan BN?

Sebaik sahaja saya dapat  tahu isu Kg Hakka dimonopoli oleh DAP saya sudah bayangkan masalah yang bakal dihadapi oleh penduduk Kampung ini. Perasaan tidak sedap hati itu ada kerana saya tahu beberapa kes yang diterajui oleh Anthony Loke di negeri Sembilan ini selalunya akan menemui jalan buntu semenjak dia belum menjadi MP lagi.

Kes juga akan berpanjangan dan mereka yang terlibat akan terus membayar upah guaman sehinggalah keputusan akhir dibuat dan selalunya tidak memihak kepada pihak yang diwakilinya.

Akhirnya mereka akan berkata yang semua ini berlaku atas kesilapan kerajaan yang menerima rasuah dan dibayar untuk merampas atau menginaya rakyat kerana yang terlibatialah kroni kerajaan.

Persoalan yang bermain difikiran saya ialah apa tujuan mereka? Sekiranya mereka memperjuangkan untuk mempertahankan kewujutan Kg Hakka atas dasar ia telah wujud lebih dari seratus tahun, rasanya perjuangan penduduk Kg Buah Pala lebih kritikal lagi kerana Kg Buah Pala wujud lebih dari 200 tahun.

Sedar atau tidak, dari tweet diatas, LGE sebagai wakil DAP telah menunjukkan sikap berat sebelahnya dalam menangani masalah seperti ini. Agaknya kalau Kg Hakka ini di Pulau Pinang, adakah Anthony Loke sanggup mengambil tindakan seperti ini dan ditahan oleh polis?

Megahnya DAP wakilnya   ditahan. Agak-agaknya lepas ini penduduk Kg Hakka akan dilupakan atau tidak kerana wakil-wakil DAP ini dah dapat point untuk kutuk kerajaan negeri, betul tak? Adalah harapan untuk ambil alih satu lagi negeri yang semakin maju kan...... hmmmm

2 comments:

  1. Positif lol..u tau ke apa yg dalam fikiran dia..LGE punya cara x kecoh pun..

    ReplyDelete
  2. Tiada masa dengan cina dap lagi... beri apa pun, mereka tetap ludah !

    Oghang noghoghi cakap - oghang bobudi kito berbahaso. MB Hassan kato, takkan main bola pakai koting yo, cammano nak monang !

    ReplyDelete