Wednesday, 24 July 2013

Please...Janganlah Terlalu Ekstrem Dengan Politik Sampai Menipu


Jika anda seorang pembaca blogger tegar, anda tentu kenal dengan blogger APANAMA. Sudahkah anda baca tulisan terbarunya? http://apanama2020.blogspot.com/2013/07/hate-mongers-caught-red-handed.html .

Membaca kenyataan MP Kota Belut Datuk Abdul Rahman Dahlan membuatkan saya rasa agak takut. Takut melihat permainan politik yang agak keterlaluan kebelakangan ini. Permainan politik yang kini turut sama di mainkan oleh wartawan sesetengah media yang pada hemah saya, sekiranya anda tidak bersetuju sekali pun, janganlah di pusingkan kenyataan sehingga maknanya bertukar.

Menakutkan sekali bila difikirkan bahawa kenyataan seseorang boleh ditafsirkan sebagai anti sesuatu sekiranya dipolitikan berlebihan.

Apa yang menarik minat saya apabila YB boleh bertanya kepada pengamal media samada inginkan kenyataan dalamEnglish atau bahasa Malaysia. Bukankah itu telah merendahkan martabat wartawan itu sendiri?

Seolah-olah wartawan masa kini tidak lagi mencapai standart tertinggi dalam bahasa samada English atau bahasa Malaysia sehingga boleh dipertikaikan laporan mereka. Ramai juga wartawan yang samada sengaja atau tidak, salah faham dengan statement yang diberikan. Bukan seorang YB yang bertanya soalan begitu kini. Ramai.

Perkara yang menarik minat saya dalam tulisan blogger APANAMA ialah tentang transkrip media antara DARD dengan wartawan MK. Boleh didahului dengan "You want this in English or Malay" bagaikan YB telah menjangka sikap wartawan itu dan ingin menjelaskan sejelas-jelasnya isu tersebut kepadanya.

Dan kenyataan ini membuatkan saya hmm ok.

"This is not about your right, this is about maintaining harmoni kehidupan kita. Dan fakta bahawa mereka telah meminta maaf itu menunjukkan mereka telah mengakui mereka membuat kesilapan yang besar.

Negara kita ini, yang saya khuatirkan ialah apabila kita tidak mengambil tindakan-tindakan tertentu, ianya akan melibatkan pergeseran agama.

Dalam sejarah manusia ini, pergeseran agamalah yang paling susah (untuk) kita selesaikan apabila ianya bermula"

Ditanya tentang isu Ibrahim Ali ini jawapan beliau

"Saya difahamkan jawapan beliau ialah cara untuk melupuskan kitab suci al-Quran yang dianggap salah tafsiran, salah huruf, salah menulis ialah dengan membakar kitab (tersebut)... Ataupun kitab injil, kitab-kitab suci ini...ada cara di dalam agama Islam untuk melupuskan kitab-kitab suci termasuk kitab Bible. Dan membakarnya itu...menjadikannya abu dan ditebarkan di air adalah sebahagian daripada cara untuk kita melupuskan kitab-kitab suci yang kita mungkin terasa tersalah taip, tersalah tulisan. Other than that, you throw it in the garbage! Which one is more humane (berperikemanusiaan)? Which one is more respectful? Itu yang Ibrahim Ali kata.

Tetapi seperti biasa, portal-portal tertentu pusing dan mengatakan itu adalah kenyataan untuk membakar kitab injil. It’s not right...

In our religion, there is a respectful way of disposing sacred books. You have a choice (either) throw it in the dustbin and it goes into the dumpsite (landfill) or you burn it, kumpulkan ashes nya, simpan dalam plastic and then we go in the middle of the sea, recite some special doa, and then you buang di dalam air. You see, it’s a big difference you know.

But of course some portal would like to turn it the other way around. Ok? Alright. Thank you."

<Kenyataan penuh sila baca di blog APANAMA>

Nampak apa yang saya takutkan. Apabila tidak memahami sesuatu agama dan kita tanpa perlu cuba memahami dengan melakukan kajian lebih mendalam, membuat sesuatu andaian. Akhirnya andaian kita yang salah itu membuatkan sesuatu isu kecil menjadi besar.

Politik adalah politik, tetapi bermaruahlah sedikit dalam mencapaikan berita. Wartawan boleh mengamankan negara, dan wartawan juga boleh menghancurkan negara.

Kenapa? Anda tidak pernah dengar peribahasa mata pena lebih tajam dari pedang atau kerana mulut badan binasa? Jika ada yang tidak pernah mendengarnya, sila buat rujukan peribahasa terutama jika anda seorang wartawan.

Sengaja saya beri peringatan diatas, takut nanti ada pula yang kata saya suruh bagi pedang bunuh orang bukan islam pula. Bukan boleh percaya pun spinning gasing dia orang ni....

2 comments:


  1. Are we short on hikmah?

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=n8CaC4RMwsM

    ReplyDelete
    Replies
    1. NO we have a lots of hikmah but we lack of hemah. To respect each other of who they are not what we want them to be.....

      :)

      Delete