Wednesday, 3 July 2013

Kalaulah Mereka Tahu : Tak Ada Kerja?????

Ini bukan sambungan ttetapi berkaitan juga dengan siri dari tajuk di atas. Ini cerita yang berlaku sewaktu kempen pilihanraya dahulu.

Ada 4 anak muda datang kempen dari rumah ke rumah. 3 perempuan dan seorang lelaki. Mereka datang daripada jauh semata-mata untuk berkempen bagi memastikan Oppo menang pilihanraya.  Menurut mereka, atas dasar kesedaran inilah maka mereka datang untuk berkempen di NS. Lagipun mereka tak ada kerja buat masa itu.

Kerana kesian, cuaca pula panas waktu itu, saya ajak mereka duduk sambil minum. Ketika itu saya tanyakan kepada mereka kenapa sanggup buat semua ini. Bukannya mereka akan dibayar. Demi sebuah pejuangan, katanya. Kalau tak ada rasuah, salah guna kuasa dan pemimpin yang pentingkan diri sendiri, orang seperti mereka mudah dapat kerja. Tak perlu menganggur dan terpaksa pula bayar PTPTN. Mereka benar-benar berharap PTPTN itu dihapuskan. Jadi tidak perlulah bayar.

Kata mereka lagi, mereka memperjuangkan nasib bangsa dan agama. Mereka tidak mahu anak bangsa selepas belajar dibelenggu hutang dan sukar mendapat kerja seperti mereka. Pertukaran kerajaan amat diperlukan.

Saya tanyakan mereka, apa kursus yang mereka ambil. Seorang Engineering, dua Pengurusan Perniagaan dan seorang lagi IT. Bila saya tanyakan adakah mereka berempat punya kemahiran lain selain dari kursus yang mereka ambil, mereka menggelengkan kepala. Selepas itu saya tanyakan kepada mereka, adakah mereka mempunyai pengalaman kerja, jawapannya menggeleng juga.

Jadi, awak tidak ada semua itu atau awak ada tapi awak tak tahu? saya soal mereka lagi. Keempat-empatnya tercengang. Ok lah, apa kerja yang awak sudah minta setakat ini?

Jawapan yang saya terima, mereka minta kerja mengikut kursus yang mereka pelajari. Adoi hai budak budak sekarang. Semuanya kena diajarkan barulah boleh bergerak. Inilah kalau belajar sekadar menghafal sahaja. Pemikiran pun berada dalam kotak ABCD.

Jawapan mereka itu memanglah jawapan biasa yang diberi oleh pelajar-pelajar IPT yang menyokong pembangkang. Adik-adik sekelian, tahukah anda bahawa sekiranya anda belajar di Malaysia, anda belajar  banyak perkara,

Perhatikan kursus yang anda ambil. Tidakkah ada pembelajaran undang-undang kerja, perakaunan, programer, dan macam-macam lagi yang tiada langsung kaitan dengan kursus yang anda ambil? Itulah kemahiran anda yang lain-lain. Selain belajar menjadi Jurutera anda juga belajar menjadi akauntan dan pegawai HR. Itulah bila dikata ada ijazah tapi bo*** marah tapi hakikatnya itulah dia.

Bila belajar sesuatu jurusan, secara automatik otak terus aggap bila sudah dapat ijazah, perlu kerja mengikut bidang yang dipelajari. Hello, tiada undang-undang di dunia ini yang menetapkan ketetapan seperti itu. Belajarlah berfikir sendiri. Jangan harapkan orang lain fikirkan untuk anda. Kaau semuanya harapkan kerajaan, apa yang boleh anda banggakan sebagai pencapaian anda.

Salah seorang daripada mereka saya tanyakan apa kerja ibunya. Jawapannya, pengasuh kanak-kanak. Jaga 3 orang budak dirumah. Ibunya mendapat RM1500 setiap bulan. Saya katakan kepadanya, dia mempunyai ijazah pengurusan perniagaan. Cuba fikirkan, sejenak.

Seorang budak, anggaran bayaran sebulan RM500.00 Sekiranya dia jaga 6 orang budak, berapa pendapatannya sebulan. Cuma duduk di rumah RM3000.00 dalam tangan. Sabtu dan Ahad cuti. Kerja dari pukul 7.30pg hingga 5.30ptg. Kalau jaga sampai ke malam OT. Berapa agaknya pendapatan sebulan????  Makan sahaja yang ditanggung pengasuh. Susu, pempers dan jajan ibu bapa tanggung. Kalau budak berapa banyak sangat yang mereka makan?

Itu baru sedikit, peluang di depan mata tetapi tidak tahu mengambil manafaat. Adakah anda boleh mengatakan sebagai pelajar IPT anda benar-benar bijak atau anda sebenarnya lebih bengal dari budak SPM yang telah melakukan perkara diatas. Budak SPM itu kini menjaga 8 orang budak. Ada kereta dan sedang belajar part time ambil kursus Pengurusan Perniagaan setiap sabtu dan ahad.

Fikir-fikirkan anak muda....

No comments:

Post a Comment