Tuesday, 9 July 2013

Hmmmm Apa Boleh Buat

Ada beberapa perkara terjadi pada minggu ini iaitu
  1. TV rosak (spt biasa power supply lah tu). Umur TV itu pun dah 15 tahun.
  2. Kipas syiling rosak tetapi it expected lah kerana umur kipas itu sudah lebih dari 20 tahun.
  3. Beli TV baru plus kipas syiling baru
  4. Hantar TV lama ke kedai repair.
  5. Kawan minta tolong kupas ikan bilis 6kg (dia tiba-tiba sakit belakang)  
Oleh kerana perkara ini saya agak sibuk untuk meluangkan masa di blog sendiri. Of course, sempat jugalah jenguk kekawan blogger lain sebentar. Namun beberapa hari tidak dapat update kan blog ini.

Memang menjadi pengalaman kali ini bila dua perkara basic tiba-tiba tiada. Biasanya TV akan menjadi entertainment unit di rumah saya dan kipas syiling adalah keselesaan yang perlu ada di ruang tamu terutama dalam keadaan cuaca yang panas malam dan siang. Anak anak siap komplain. Hai budak-budak ni. Ini termasuk yang umur 3 tahun tu. Penting betul TV dalam hidup generasi sekarang ini.

Pejam celik hidupnya dengan TV. Kalau emaknya tak jadi harimau mengaum, tak bergeraklah. Bila tak ada TV dan kipas di ruang tamu banyak betul chekadaknya minta beli baru. Jemu lah, panas lah, boring lah dan macam-macam lah dalam hidup mereka.

Akibat daripada tiada kipas maka kipas meja menjadi mangsa keadaan. Di bawa kehulu ke hilir. DAri ruang tamu ke bilik dan tidak ditutup sepanjang sebelum kipas dibeli. Lebih kurang 48 jam tanpa henti. Oleh itu saya boleh memberi jaminan bahawa jenama kipas Panasonic adalah jenama kipas yang cukup tahan lasak (kipas meja lah).

Begitu juga dengan TV. TV yang rosak itu juga adalah dari jenama yang sama tetapi perlu saya tekankan disini bahawa TV tersebut ialah TV 21" Hypervision Tube ya. Bukan LCD atau LED. Yang tube saya boleh katakan tahan begitu lama. Dia rosak kerana power supply - Fius terbakar saja. Kos repair RM60 sebab susah nak dapat part sekarang. Dulu RM20 sahaja sebelum LED banyak di pasaran.

Banyak yang berlaku pada model TV dan kipas dalam 15 tahun ini. Yang pasti ia membuatkan saya lebih percaya bahawa jenama Panasonic memang tahan. Setakat ini lah. Kipas, peti sejuk dan TV saya bertahan sehingga lebih dari 15 tahun.

So ada tak sesiapa yang hendak jadikan saya sebagai duta Panasonic. Boleh runding ok hahahaha....

No comments:

Post a Comment