Wednesday, 5 March 2014

Penggunaan Kalimah Allah : Kesabaran Yang Di Pertikaikan

OutSyed Tle Bloc Catholics Push Umno and Pas Together dan Helen Ang Gambar-gambar Pejuang Islam  menyiarkan gambar perarakan beberapa NGO Islam dan parti politik di perkarangan Mahkamah Persekutuan hari ini.

Helen pernah menulis pada tahun lepas tentang kegagalan orang-orang Kristian Evangelist memahami keadaan sosio dan budaya orang Melayu di Malaysia.

Kegagalan ini membuatkan mereka merasa bebas melakukan apa sahaja kerana kekangan budaya orang Melayu Malaysia yang bukanlah dari jenis yang akan memberontak membuta tuli. Melayu Malaysia hanya memberontak apabila di provokasi.

Jika mereka tidak buta sejarah, kecenderungan ini pasti akan mereka sedari. Tetapi, oleh kerana begitu ramai yang ingin mentafsir sejarah mengikut tafsiran mereka sendiri, maka hasilnya ialah pengolahan fakta mengikut kemahuan pengkaji.

FAkta-fakta penting seperti ini sengaja di abaikan walhal secara saintifiknya, seseorang pengkaji tidak boleh mengabaikan setiap fakta yang diperolehi untuk dikaji secara terperinci.

Hasil dari mereka yang ingin menipulasi datalah maka fakta seperti orang China yang datang dari tanah Besar China memakai tudung terhasil. Benarkah fakta ini atau ianya diwujudkan hanya untuk menghalalkan cara.

Ia umpama seperti mengatakan bahawa uniform tentera itu adalah pakaian semua agensi Keselamatan Awam Malaysia hanya dengan melihat gambar angota tentera memberi bantuan  sewaktu kemalangan berlaku kerana pasukan bomba dan penyelamat serta polis tidak sampai ditempat kejadian lagi.

Fakta sebenar diabaikan dan dengan hanya melihat sekeping gambar pentafsiran dilakukan. Adakah gambar ini penerangan yang tepat?

Sudah tentu tidak tetapi oleh kerana sipentafsir sendiri yang jahil tentang sesuatu fakta maka penerangan seperti ini dicanangkan seolah olah menunjukkan kebijaksanaan pentafsir tersebut.

Pada yang memahami situasi, ianya adalah pentafsiran yang dangkal tetapi kepada yang tidak mengetahui fakta sebenar, sebenarnya penipuan telah dilakukan. Hak mereka untuk mendapat fakta sebenar telah diabaikan.

Pada saya, jika satu gambar sahaja anda tidak akan mengetahui apa yang berlaku. Mungkin anda tidak akan membuat konklusi bahawa penentangan Orang Melayu Islam sebenarnya adalah tinggi.

Apalagi jika anda dihidangkan dengan gambar seperti ini



Apa yang berlaku kini ialah penentangan sebahagian kecil yang menyatakan rasa tidak puas hati mereka melalui perkumpulan ini.

Untuk membuang rasa bimbang dengan kewujutan penentangan yang mereka anggap sebagai kelompok kecil ini, saya juga terbaca tentang pertelingkahan golongan NGO ini sesama mereka di perkarangan Mahkamah. Baca http://my.news.yahoo.com/peserta-himpunan-seperti-bergaduh-sesama-sendiri-063013091.html .

Berita yang ditulis seperti golongan ini tidak bersatu padu dan ganas dalam penentangan mereka. Apa yang pasti, berita seperti ini adalah umpama hujan ditengah kemarau buat mereka yang ingin menjustifikasikan tindakan mereka.

Mereka akan menggunakan berita ini bagi memaparkan imej bahawa perkumpulan ini sebenarnya berpecah.

Bagi saya, apa yang pasti, mereka ini hanyalah kelompok kecil dari segerombolan yang besar. Harus anda ingat, saya bercampur gaul dengan pelbagai golongan dan pangkat dalam masyarakat Melayu. Saya tahu penentang UMNO dan yang penyokong UMNO.

Perbezaan selepas PRU13 ialah, sokongan orang Melayu dalam isu kalimah Allah di Semenanjung ialah mereka menolak penggunaannya di dalam Injil versi Bahasa Malaysia dan juga dalam penerbitan Herald. DAlam hal ini mereka sepakat.

Mungkin kerana itu para peyokong PKR dan PAS kini kurang vokal berbanding dengan UMNO dan dalam isu Kalimah Allah, sokongan mereka sudah berbalik kepada satu iaitu menghalang penggunaan Kalimah Allah dalam Injil berbahasa Malaysia dan penerbitan Herald.

Jangan katakan bahawa mereka ini kurang pendidikan kerana dari satu sudut bila diajukan tentang penggunaan kalimah Allah oleh penduduk Sabah dan Serawak, mereka masih boleh membezakan dan menjustifikasikan kenapa bumiputera Sabah dan Serawak boleh menggunakannya.

Ya, mereka boleh menjustifikasikan kenapa penggunaan itu boleh di gunakan di Sabah dan Serawak. Perbezaan adat budaya disana dapat diterima menjadikan penggunaan Allah di sana tidak menjadi isu.

Mereka faham sejarah ketamadunan Sabah dan Serawak dan mengapa penggunaan Allah wujud di sana.

Persoalannya kini ialah, sejauh manakah asakan dan kesabaran ini akan dipertikaikan lagi? Atau apabila nasi sudah menjadi bubur barulah kita sedar bahawa selama ini kesilapan kita hanyalah kerana memperlekehkan toleransi orang lain sehinggakan mereka hilang kesabaran dan seterusnya mengundang malapetaka kepada masyarakat itu keseluruhannya?

Ketika itu dimanakah kita akan letakkan diri kita kepada anak cucu di masa akan datang?

Hendak tahu apa yang saya takutkan akan berlaku? Hendak tahu apa yang saya rasakan akan berlaku? Hendak tahu apa yang menjadi fobia bagi diri saya dan saya doakan tidak akan berlaku?

Peristiwa 13 Mei 1969 di alaf baru.

Bibit-bibitnya telah ada. Melayu kini diasak sehingga ke tahap mempertahankan diri. Jati diri mereka kini diperlekehkan. Mereka kini disalahkan hanya kerana ingin mempertahankan Melayu Islam mereka. Ya, Melayu disalahkan kerana mempertahankan  budaya orang Melayu.

Mereka juga diperkecilkan kerana mempertahankan raja-raja Melayu. Untuk perhatian anda semua, sesuatu yang perlu mereka ini jauhi ialah mempersoalkan Raja-raja Melayu.

Walaupun ramai yang berkata Sultan zaman sekarang tiada Daulat tetapi dari sudut budaya,  Sultan memainkan peranan penting dan dalam kedudukan yang tinggi.

Ditambah lagi, untuk sesuatu negeri, imej Sultan itu sendiri telah tersemai erat sebagai orang yang lebih berkuasa dari MB sendiri. Dalam banyak hal, sultan ialah pemangkin penyelesaian masalah dalam masyarakat Melayu.

Saya nyatakan sekali lagi, jika terjadi pertelingkahan antara kaum di Malaysia, keadaannya adalah berbeza dari 13 Mei 1969.

Keadaan sosio-ekonomi dan sosio-budaya kini berubah. Penduduk Malaysia kebanyakkannya kini lebih berpelajaran daripada dahulu.

Semua ini adalah resepi yang boleh membawa kehancuran yang lebih dasyat berbanding 13 Mei 1969. Ia boleh berlaku sekelip mata dan dalam masa yang singkat merebak keserata Malaysia.

Kemajuan teknologi yang mencanangkan kebebasan kepada semua memungkinkan perkara ini berlaku.

Adakah anda bersedia memikul tanggungjawab sebagai punca kepada masalah ini nanti? Fikir-fikirkan dan buatlah keputusan yang bijak.

Jangan jadikan diri anda sebagai minyak yang membakar setiap toleransi yang ada sehingga ia hilang menjadi abu.

Kerana akhirnya nanti, tanpa toleransi, keseluruhan masyarakatlah yang rugi.

Merosakan itu lebih mudah dari membina.


2 comments:

  1. Jika berlaku pertelingkahan mereka yakin Amrikia akan datang tolong mereka lawan melayu.sebab tu mereka jadi lebih angkuh.

    ReplyDelete
  2. Kena lebih berwaspada pada kali ini, sebab kebanyakan tokong2 ada tersimpan senjata bawah tanah.

    ReplyDelete