Monday 24 March 2014

MH370 : Takziah Kepada Ahli Keluarga Mangsa

Saya baru sahaja menulis tentang ratapan seorang ibu yang kehilangan anaknya yang menaiki penerbangan MH370.

Sewaktu saya menekan butang publish, saya mendapat maklumat bahawa PM akan mengadakan sidang akhbar pada pukul 10 malam.

Hati begitu bedebar-debar menjangkakan akan ada berita yang kurang menyenangkan.

Terbukti, jangkaan saya benar. Baru sahaja mendengar pengumuman bahawa MH370 dilaporkan terhempas di Lautan Hindi.

Takziah buat semua ahli keluarga. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Semoga mereka bersabar dan bertenang dengan apa yang terjadi.

Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment