Saturday, 22 March 2014

Menghargai Sesuatu Pabila Kehilangannya

Sudah dua hari saya mengalami  demam, batuk dan selsema.

Dalam masa dua hari juga saya tidak boleh menikmati kopi panas cap badak sumbu kegemaran saya. Tekak sakit dan kepala pening juga  mengakibatkan segala pekerjaan berlaku dalam keadaan perlahan.

Maklumlah untuk mengelap selsema dan batuk yang datang tanpa kawalan membuatkan banyak masa terhabis dengan melakukan dua kerja ini sahaja.

Ketika ini barulah disedari bahawa begitu pentingnya kesihatan kepada kita semua. Dengan badan yang sihat kita boleh melakukan banyak kerja dan menikmati kehidupan. Apabila sakit, kita akan teringat masa diwaktu kita sihat.

Inilah yang dikatakan apabila sesuatu yang kita miliki tetapi tidak kita sedari itu hilang, barulah kita akan sedar betapa pentingnya perkara tersebut pada diri kita.

Pada saya, menikmati secawan / semug kopi O panas kurang gula adalah nikmat kehidupan yang perlu saya nikmati untuk membolehkan saya melakukan segala kerja setiap hari. Setiap pagi saya akan menikmatinya.

Tetapi telah dua hari saya tidak dapat menikmati kopi kegemaran saya dan barulah saya sedar bahawa saya tidak cukup menghargai masa tersebut. 10 minit yang biasa saya ambil untuk duduk menikmati secawan/semug kopi O dan menoleh kebelakang atau memandang kedepan setiap apa yang mungkin berlaku dan telah berlaku dalam hidup saya.

Telah dua hari saya terpaksa minum teh O panas untuk melegakan tekak saya. Mungkin kerana terbiasa dengan kopi O kurang manis, saya terlupa mencampurkan gula dalam teh O. Anak-anak menjauhi teh O saya dan mengambil keputusan untuk membancuhnya sendiri.

Lebih selesa membiarkan emak minum teh emak katanya. Walau hakikat yang jelas, mereka tidak tahan dengan teh pekat saya hehhehheh. Ambil hati katakan.

Oleh itu, buat sementara waktu, saya mungkin akan postkan banyak artikel dalam bahasa Malaysia. Kepala yang agak pening ini tidak memungkinkan saya menulis dalam bahasa Inggeris.

Mungkin akan ada artikel pendek berbahasa inggeris tetapi artikel yang panjang mungkin dalam bahasa Malaysia.

Buat sementara waktu, saya akan berehat dan cuba sedaya upaya menikmati teh O ini walaupun apabila kesihatan saya kembali optimum, saya akan kembali ke hobi saya yang asal, minum kopi O cap badak sumbu.

Kalau hendak tahu bagaimana rasanya, beli sahaja di tesco okay hehhehheh

1 comment:

  1. Chicken Vindaloo22 March 2014 at 18:07

    Get well soon,Sarah. May Allah S.W.T. grant you good health. Ameen.

    ReplyDelete