Thursday, 20 March 2014

Reformasi AI : Adakah Yang Akan Berguling Lagi ?????

Baru dapat poster dibawah dari FB.



Cantik tak. Siap tarikh lagi. Perak, Serawak, Sabah, Johor, Kelantan dan Kedah akan mendapat perhatian istimewa daripada AI untuk jelajah Reformasi 2.0 nya.

Bagus sungguh lah buat kerja seperti ini. Disaat orang sedang menunggu berita tentang MH370, disaat pasukan keselamatan sibuk dengan SAR, dia sibuk nak buat reformasi.

Disaat keluarga mangsa MH370 menderita kerana tiada khabar berita tentang ahli keluarga mereka, dia sibuk hendak selamatkan dirinya sendiri.

Kenapa perlu ada reformasi? Kenapa sedang orang dilanda kesedihan dan kepayahan dengan MH370, jerubu dan kekurangan air, AI begitu sibuk memporak-perandakan Negara.

Itu belum dikira PRK Kajang yang diciptakan walaupun tidak perlu.

Lepas tangguh perbicaraan mahkamah sehingga 70 kali, dengan isu yang remeh temeh, hendak reformasi kerana dikatakan kerajaan tidak adil.

Habis itu adil sangatkah membazir duit rakyat dengan PRK yang tidak diperlukan?

Adilkah menghabiskan duit rakyat dengan penangguhan persidangan mahkamah sehingga 70 kali dengan isu yang remeh temeh?

Ingat persidangan mahkamah itu free ker? Hakim itu kena bayar gaji. Pendakwa raya kena bayar gaji. Masa yang dibazirkan oleh saksi yang berpangkat kakitangan kerajaan kena bayar gaji.

Kalau sudah 70 kali agak-agaknya berapa banyak masa yang sepatutnya digunakan untuk membuat kerja dibazirkan?

Lepas itu melalak sana sini kakitangan mahkamah tidak cekap. Habis kalau sudah kes itu sahaja mengambil masa bertahun-tahun, agak-agaknya berapa banyak kes mahkamah lain yang tertunggak disebabkan dia?

Untung betul menjadi orang yang kaya raya seperti ini. Boleh tangguh kes sesuka hati. Yang dibawah itu pula tidak buka mata lagi kah?

Kalau dia tidak bersalah, kenapa isu penangguhan itu semuanya isu teknikal sahaja. Kenapa isu penangguhan itu kerana seorang pendakwaraya? Kenapa isu penangguhan peguamnya yang dia sendiri pecat? Kenapa isu penangguhan dia kerana peguam dia sakit?

Kalau sudah mampu mengambil pakar dari luar negara, masakan peguam yang diambil tidak boleh  hantar peguam lain yang sama hebat dengan peguam yang sakit itu?

Tidakkah peguam selalunya bekerja dalam kumpulan untuk sesuatu kes besar. Kalau seorang sakit sudah tentu ada peguam bersama yang memahami kesnya yang boleh membantu bukan?

Semua ini persoalan yang dia sendiri tidak boleh jawab.

Ini hendak bazirkan masa rakyat biasa pula? RAkyat yang tidak terlibat pun mesti akan terbabit sama.

Jalan sesak, masa balik kerja menjadi panjang, yang mana kena ambil anak di nurseri dan kalau lambat kena bayar overtime, kena bayar overtime sebab tersangkut dengan jem.

Tidakkah itu membebankan rakyat?

Itu belum dikira peniaga yang kena tutup kedai awal sebab naya kalau sudah berkumpul ramai-ramai ini. Mesti akan berlaku kes orang masuk kedai beramai-ramai dan kemudian keluar beramai-ramai. Terutama kedai runcit dan kedai 24 jam yang menjual makanan dan minuman.

Dah biasa sangat sampai tak masuk berita dah. Itu sebabnya bila dengar ada perhimpunan macam ni dari PR dia orang pakat-pakat tutup kedai ramai-ramai.

Kalau tidak naya tanggung kerugian. Sekali dua tidak apa. Ini sepanjang masa perhimpunan itu, ada sahaja group ramai-ramai masuk kedai ini datang.

Yang ramai-ramai ikut itu pula, tidak sedarkah bila anda menghabiskan masa orang lain, begitu ramai orang yang menyumpah anda.

Ingat semua rakyat dalam Malaysia ini suka bila dipaksa habiskan masa dijalan? Habiskan duit terpaksa bayar OT sebab terlambat ambil anak di nursery? Habiskan minyak dijalanan sebab tersangkut dalam jem yang teruk sampai lima enam jam?

Kata hendak tolong rakyat berjimat kerana kos sara hidup yang tinggi tetapi semua kerja yang dibuatnya hanya menghabiskan duit rakyat biasa?

Yang ikut itu pun menghabiskan duit petrol memandu jauh-jauh keranan kononnya ingin menyokong. Selepas itu merungut harga minyak naik. Walhal kalau tak ikut program reformasi ini agak-agaknya keluar duit minyak tak?

Nasib baik tol tidak naik, kalau tidak merungut kena bayar tol mahal pula. Yang pergi itu kenapa wahai orang yang tidak berapa cerdik pandai oiiiii.

Kalau dari KL dah turun ke Johor agak-agaknya berapa duit minyak yang digunakan? Lepas itu melalak kononnya kerajaan tidak prihatin masyarakat mahreen. Engkau sendiri yang membazir, salahkan orang lain pula bila sendiri pakai banyak minyak.

Ini nasihat saya. Kalau anda ikut juga, jangan melalak kalau bila kira-kira cukup bulan duit minyak anda berlebih dari budget. Salah anda. Siapa suruh anda membazir untuk AI. Kalau sudah sokong berkorbanlah duit minyak itu. Untuk perjuangan juga kan.

Kalau anda terpaksa tidur ditepi jalan kerana hotel penuh dan disebabkan jerubu anda sakit dan pening, pergi klinik swasta je. Bayar sendiri. Jangan penuhkan klinik kerajaan. Siapa suruh anda keluar dalam keadaan yang tidak sihat ini. Salah anda.

Saya juga ingin memberi cadangan kepada pengarah Strategi PKR, Mr R.

Kalau hendak buat sekalipun, tunggulah apabila segala-gaalanya reda. Tunggulah jerubu hilang. Tunggulah air sampai ke rumah setiap orang setiap hari. Tunggulah apabila MH370 dijumpai. Tunggulah PRK kajang itu selesai.

Kalau degil juga, buat sangatlah. Kalau yang ikut itu ada masalah nanti, tolong minta tolong dekat  AI, Mr R dan PKR ye. Jangan hendak menyusahkan orang biasa yang menghadapi banyak masalah sekarang.

Lagipun anda-anda semua kaya raya seperti AI kan? ada banyak masa untuk pesta Reformasi 2.0 ini.

Kami rakyat biasa ini ada banyak kerja lain perlu dilakukan setiap hari. Jangan menyusahkan kami dengan kerja reformasi anda itu.

2 comments:

  1. Harap Kerajaan Sabah halau mereka. Jangan benarkan 'Yang tebukti' Peliwat masuk Sabah.

    Hairan sungguh. Pasal apa tak rampas balik gelaran Dato Seri bila seorang dah di dapati bersalah sebagai YB (Yang Beliwat).

    ReplyDelete
  2. Raja liwat tak dapat tidur (jauh sekali nyenyak) sebab terlampau bingung,terlampau celaru otaknya,terlampau stress,terlampau malu,dan terlampau tersiksa agaknya.Maka Reformasi 2 direncanakan utk memenuhi keperluan psikologi si peliwat.Itu saja tujuannya.

    Lagipun agak lama tak tidur berbaring di tepian longkang di bawah tenda2 biru.Bebudak yg dah habis exam amat suka dgn aktiviti perkhemahan.

    Tambah pula musim cuti persekolahan.Ibubapa tak payah fikir kemana nak bercuti atau tak perlu tempah bilik hotel..tidur di pentas,di padang,berbumbungkan langit.Seronoklah.Semuanya ini dah ada dlm kepala Rafizi.

    Lagipun pembekal2 nasi bungkus dan air sirap yg kroni PKR senyum dpt business musim cuti.Kegiatan ekonomi agaknya diaktifkan semasa Reformasi11.Mana Rafizi peduli tentang pekedai2 lainnya.

    Reformasi11 PKR menyusahkan rakyat,merugikan perniagaan,pelancong takut berkunjung (Tahun Melawat Malaysia 2014 terjejas).Bodohnya PKR.

    ReplyDelete