Tuesday, 28 January 2014

Akhirnya AI For Kajang hehhehheh

Akhirnya selepas sesi nafi menafi, AI diumumkan sebagai calon PKR untuk Kajang.

Adakah saya terkejut? Jawapannya "Tidak".

Teori Konspirasi saya ialah, Anwar setuju menjadi MB Selangor kerana gajinya lebih besar dari gaji PM. Oleh itu, kalau tidak dapat jadi PM pun dapat gaji lebih daripada PM pun jadilah kankankan hehhehheh.

Well, itu teori konspirasi saya. Berdasarkan fakta gaji MB Selangor lebih besar dari gaji PM hehhehheh.

Ingin analisis yang lebih mendalam, anda boleh baca di Blog Helen : anwar-pilih-kajang-kerana-bergantung-kepada-sokongan-gila-orang-cina

Bagi saya, analisis Helen itu ada kebenarannya. Dengan perpecahan undi Melayu, AI benar-benar mengharapkan undi orang Cina untuk memenangkan dirinya pada pilihanraya kecil itu nanti.

Dalam usaha menjadi MB bagi menamatkan kekalutan didalam PKR, AI terpaksa memilih memaksa Kerajaan mengadakan pilihanraya kecil.

Duit rakyat terpaksa dibelanjakan untuk mengatasi masalah kemelut didalam PKR. Duit cukai yang anda semua bayar.

Adilkah itu? Kalau anda diantara orang yang membantah BN menggunakan duit rakyat untuk kepentingan BN maka anda sepatutnya membantah AI menggunakan duit rakyat untuk menyelesaikan masalah dalaman PKR Selangor.

Tetapi sekiranya anda bersikap adil buat PR tetapi salah buat BN, duduklah anda dalam kepompong ketidak-adilan yang satu masa akan terkena juga kepada anda sekiranya usaha mereka memerintah tercapai. Karma tidak mengenal sesiapa.

Jika anda ingin berhujah bahawa peruntukan undang-undang membenarkan maka segala yang BN lakukan berasaskan undang-undang selama ini juga anda tidak lagi boleh pertikaikan.

Dari segi moral, mari saya jelaskan bahawa sebaik sahaja anda menyetujui setiap perbuatan PR secara automatiknya setiap perbuatan BN yang sama atau selari dengan perbuatan PR tidak lagi dapat anda pertelingkahkan.

Itulah sebabnya kenapa saya terus-menerus meminta anda kritikal terhadap Pemimpin anda tidak kira PR atau BN. Jika itu dapat anda lakukan, ahli-ahli politik ini tidak lagi sesuka hati melakukan sesuatu demi kepentingan diri seperti yang berlaku sekarang.

Saya baru terfikir. Ada satu strategi yang boleh BN praktikkan.

BN bertanding sahaja di Kajang tetapi bukan diwakili oleh MCA sebaliknya UMNO.

Kenapa? Kerana MCA belum lagi boleh bertanding kerana sentimen orang Cina terhadapnya masih negetif. Kepimpinan MCA juga masih belum stabil sepenuhnya.  Pinjamkan sahaja kerusi itu kepada UMNO.

Seperti Gelang Patah, letakkan UMNO disitu. Dari situ BN boleh melihat apakah sentimen orang Cina dikawasan bandar sebenarnya.

Bagi mereka pilihan samada untuk memilih UMNO aka BN atau terus memilih PKR aka PR. Sekiranya senario Gelang Patah berulang maka simpulkanlah sahaja bahawa undi Cina tidak lagi relaven untuk BN kejar. Abaikan sahaja.

Jika UMNO bertanding dan kalah, maka orang Cina tidak ada lagi alasan menyatakan bahawa Tsunami tidak berlaku. Kemenangan PKR di Kajang akan membuktikannya.

Ini adalah tektik terbaik UMNO. Gelang Patah adalah ujikaji PRU#13 manakala Kajang wajar menjadi makmal ujikaji sentiment orang Cina selepas PRU#13.

Inilah makmal terbaik untuk ujikaji samada orang Cina sudah berkerat rotan dan berpatah arang dengan Kerajaan.

Selepas ini, jika calon UMNO itu kalah, Najib perlu melepaskan niat untuk terus berusaha membina jambatan perpaduan dengan mereka.

Sudah tiba masanya bukan Najib yang menghulurkan tangan sebaliknya mereka yang perlu berusaha membuktikan kesetiaan mereka kepadanya.

Amalkan konsep sayang anak ditangan-tangannya itu hehhehheh.

Adakah UMNO akan mendengar cadangan ini? Mungkin tidak hehhehheh.

Tapi seharusnya mereka memikirkannya kerana dari segi politik itulah yang tindakan terbaik. Pilihan yang diumpamakan sebagai ditelan mati emak diluah mati bapa kepada orang Cina.

Kepada yang kurang faham bahasa Malaysia, ini adalah pepatah Melayu untuk pilih salah dan tidak pilih pun salah. Jangan pula ada yang kata saya suruh telan emak bapa pula hehhehheh.

Cadangan ini baru sahaja datang kepada saya dan saya rasa perlu saya fikirkan dan perhalusi lagi hehhehheh.

Next post maybe hehhehheh.

4 comments:

  1. Gaji MB sebanyak tu bagi BontotKing serupa income keling yang jual kacang putih tepi jalan saja. Awak ingat dia heran ka? Lepas tu nak bagi diri dia pening kepala tadbir negeri?

    Jadi PM memang gaji lagi kurang, tapi dia ada agenda dia yang lebih besar!

    ReplyDelete
  2. You don't have to approve this advise to you:

    Kalau nak write up jangan giggle. Makes our race looks inferior. Reminds me of those Malay chicks jaywalking crossing the road on a busy street.

    ReplyDelete
  3. Re. Teori Konspirasi saya ialah, Anwar setuju menjadi MB Selangor kerana gajinya lebih besar dari gaji PM. Oleh itu, kalau tidak dapat jadi PM pun dapat gaji lebih daripada PM pun jadilah kankankan hehhehheh.

    I got your tongue in cheek message Sarah. Will comment latter about this, need to attend my evening "thingy".

    Re. Kalau nak write up jangan giggle. Makes our race looks inferior. Reminds me of those Malay chicks jaywalking crossing the road on a busy street.

    It is writing style style Badpotato, don't be too harsh on her. Just like Annie's; which I personally didn't get her in the beginning and I had also commented about it in Helen's blog last year. I hardly commented in Annie's blog due that reason, but I will try when the issue is right especially when those Redbeanie starts to use my moniker to run Annie down.

    Both Annie and Helen are trained writers; Annie takes a "Story Telling" approach, while Helen takes a semi-critical analysis approach. Every writer has his/her style of writing. I am not sure whether Sarah has research, report and writing background, but I can see that she is taking a "santai" ( can't think of the right English word for that) approach. It is a kind of her personal journal as ordinary housewife and the way she sees and interpret issue based on her environment.

    You don't have to agree with me on this, but for you to come here and say that is very uncouth. I know this is an unsolicited advise, but "kita ni orang MELAYU, adat bertandang rumah orang, jagalah sopan santun".

    Re. Reminds me of those Malay chicks jaywalking crossing the road on a busy street.

    Why do you have issue on this? It is their thingy actually. I don't particularly like that but it doesn't give us the right to look down on them, fyi the Chinese and Indian chicks do that as well. I live in Bukit Bintang Area and Bukit Ceylon to be exact and this is my home for the last 15 years, I have seen the same among Chinese girls especially during weekend. Those are Jinjang Jane as they are fondly known.

    P.S

    Helen doesn't link Sarah's blog in her for thing. Helen is a trained writer and I believe she sees something in Sarah's point of view. We can't expect everybody writes the same for that will be boring.



    ReplyDelete
    Replies
    1. SPOT on ...
      Helen, Annie and Sarah, they have their on style ... and I love it ... Helen's writing sometime too heavy for me, Annie's just like reading a novel and Sarah's is like a mother approach .... salute to them ... because they write but us just read and critic.

      Fazilah

      Delete