Wednesday, 30 October 2013

GST, Gula Dan PRK Sg Limau

Sengaja letakkan tajuk diatas kerana itulah yang banyak saya diskusi dengan rakan rakan sejak semalam. Kerana terlebih diskusi, saya tidak sempat untuk mengemas-kini blog sendiri.

Perkara pokok yang banyak dibincangkan adalah ketakutan luar biasa tentang GST. SAya bukanlah amat pandai atau amat faham dalam GST ini tetapi pemahaman saya GST bermakna barangan hanya dikenakan cukai sekali sahaja. Du ulang sekali lagi, sekali sahaja.

SEkarang, kadang kala anda dikenakan cukai beberapa kali. Pertama cukai yang dikenakan kepada pengeluar. Kemudian cukai yang perlu anda serap  pada  pehak pengedar. Seterusnya peniaga dan pada peniaga ini juga kadang-kala anda juga akan dikenakan cukai perkhidmatan.

Contoh diatas adalah mengapa GST perlu dilaksanakan. Soalan mengapa dengan adanya GST kutipan cukai bertambah, sebenarnya,dengan GST membolehkan kerajaan mengawal cukai dengan lebih cekap. Sebarang abnormaliti akan dapat dikesan lebih awal. Melalui dokumentasi penipuan dapat dikesan dan diambil tindakan sewajarnya.

Cuma jika saya boleh beri cadangan lagi, saya harapkan agar pihak kerajaan, boleh jika sekiranya ingin membantu golongan pertengahan, dengan menjadikan GST boleh ditolakkan di dalam income tax orang persendirian. Terutama barangan keperluan bukan asas yang dikenakan  GST. Untuk memudahkan  urusan penyemakan, letakkan syarat seperti tolakan untuk buku/majalah/jurnal. Mengikut resit yang mereka ada.

Gula mengambil tempat walaupun perbincangannya tidaklah sehebat mana. Kebanyakkannya  dalam lingkungan teman-teman saya, merasakan kenaikan gula tidak memberi impak kepada mereka. Setiap satu daripada lingkungan teman-teman saya mempunyai ahli keluarga atau sahabat handai yang sudah disahkan mengidap diabitis. 

Dua tahun lepas kami semua dikejutkan dengan berita salah seorang dari  anak sahabat saya meninggal dunia  akibat diabitis.  Anak sahabat itu baru berumur 11 tahun.

Mengejutkan saya dan menyedarkan saya bahawa diabitis kini  bukan ekslusif untuk golongan tua atau pertengahan umur. Ia menular kepada kanak-kanak juga.

Mungkin kerana itulah kami tidak terasa dengan kenaikan gula. Teman saya, ibu kepada allayarham selalu mengingatkan kami agar sentiasa hidup secara sihat. kurangkan penggunaan gula. Jangan jadi sepertinya yang kini hanya mampu menangisi pemergian anaknya. Dua orang anaknya lagi juga mengalami masalah yang sama tetapi masih lagi terkawal walaupun salah seorang daripada anaknya itu mengambil suntikan insulin.

Ada seorang teman yang merungut dan berkata bahawa kenaikan gula akan menyebabkan Syed Mokhtar bertambah kaya. Hehhehheh memanglah dia tak faham apa maksud subsidi tu.

Subsidi tu maksudnya kerajaan membayar perbezaan harga terus kepada pengeluar. Penghapusan subsidi menyebabkan kerajaan memberhentikan pembayaran kepada pengeluar.

Kalau dahulu pengeluar akan mendapat pendahuluan mengikut jumlah pengeluaran sebelum diedarkan kepada pengguna, kini pengeluar terpaksa menjual dahulu barulah boleh mendapat keuntungan.

Jumlah keuntungan masih sama cuma tak dapat duit subsidi yang juga boleh dianggap sebagai duit pendahuluan walaupun gula tersebut belum sampai ke tangan pengguna lagi. Boleh dikira seperti keuntungan awal sebab samada gula itu dijual atau tidak kerajaan perlu membayar subsidi.. Pemansuhan subsidi bernakna tiada lagi keuntungan awal.

Itu lebih baik bukan. Menggalakkan persaingan yang lebih telus. Apahal lah bising-bising. Makanan dan minuman dikedai naik? Kurangkanlah makan dan minum di kedai. Kalau tak boleh mana kedai yang naikkan harga itu, report je kat persatuan pengguna. Gunakanlah kuasa pengguna itu. Lagi ramai lagi bagus.

Tidak dapat dielak, perbincangan tentang PRK Sg Limau kerana salah seorang kenalan adalah ahli Pemuda PAS Sg Limau.  Walaupun telah lama tidak berjumpa tetapi sesekali terdengar jugalah berita tentang pembangkang daripadanya.

Kali ini memang agak negetif. Berlainan sewaktu TS Azizan dahulu, beliau memang bersemangat, tetapi kali ini tidak. Dia ada juga menceritakan tentang perpecahan dalam PAS  Kedah. Ada ura-ura sesetengah ahli PAS ingin mengundi BN kerana Mukhriz dan kerana apa yang telah berlaku antara PAS pusat dengan TS Azizan.

Kata teman itu, kalau calon  PAS anak kepada arwah, mungkin PAS tiada masalah. Sekarang katanya PAS cuma bergantung harap kepada kesetiaan pengundi PAS di Sg Limau. Dia sendiri mengakui kepada kami akan mengundi BN kerana alasan diatas.

Benar atau tidak apa yang diperkatanya itu, saya hanya  menunggu keputusan PRK nanti.

No comments:

Post a Comment