Saturday 26 October 2013

Income Tax : Anda Isytihar Atau Tidak?

Ada rahsia tentang income tax yang ramai tidak tahu. Bila sebut pasal income tax sahaja ramai yang mengeluh, merungut dan ada yang kata Kerajaan tak adil kerana kenakan mereka dengan Income tax.

Selalunya rungutan ini bertambah parah taktala mereka mahu menggunakan wang tetapi kerana potongan PCB membuatkan duit tersebut agak berkurangan.

Tahukah anda bahawa anda selalunya membayar lebih cukai pendapatan? Saya tahu ramai yang marah selepas baca statement ini kan? Sabar dulu kawan. Baca lagi.

Tahukah anda bahawa lebihan itu berpunca dari kesilapan anda sendiri? Kenapa?

Dibawah adalah senarai perkara yang boleh mengurangkan cukai pendapatan tetapi ramai yang tidak menyedarinya.
  1. Tidak isytihar jumlah pendapatan anda. Dapat EA form simpan dalam laci.
  2. Tolakkan pembelian buku, majalah, jurnal.
  3. Insurans
  4. Pembelian Komputer, setiap 3 tahun boleh ditolak.
  5. Zakat pendapatan bagi yang Islam
  6. Rawatan perubatan keluarga dan ibubapa (mak RM5000)
  7. Yuran pendidikan sendiri(mak :RM5000)
  8. Peralatan sokongan asas keluarga dan ibubapa kurang upaya ( >RM5000)
  9. Bayaran perubatan penyakit sukar diubati (>RM5000)
  10. Simpanan SSPN (>RM6000)
  11. Pembelian peralatan sukan (>RM300)
  12. Yuran langganan Jalur Lebar (>RM500)
  13. Faedah pinjaman perumahan - yg ini ada syarat (>RM10,000)
  14. Bayaran Alimoni kepada bekas suami/isteri (>RM3000)
  15. Suami/isteri kurang upaya (>RM3500)
  16. Insuran nyawa dan KWSP (>RM6000)
  17. Skim persaraan & Anuiti tertunda (>RM3000)
  18. Insuran pendidikan dan perubatan (>RM3000)
Semua di atas adalah penolakkan tahun lepas. Bayangkan, kalau anda ada semua diatas dan anda tidak isytiharkan Income tax anda, kerajaan akan beranggapan anda tidak ada perbelanjaan luar biasa seperti diatas. Berapa banyak anda rugi?

Sepatutnya kerajaan tahu? Hello, kecuali anda setuju untuk kerajaan tanam microship yang membolehkan kerajaan tahu setiap perbuatan anda (kalau sudah wujudlah), maka tiada kerajaan dalam dunia ini yang boleh mengetahui perbuatan setiap individu di negara mereka.

Jadi andalah yang perlu memberitahu kerajaan apa yang anda telah lakukan dengan duit anda dengan mengisytiharkannya. REsit pembelian dan pembayaran perkara-perkara yang boleh ditolak cukai, simpan baik-baik.

Cukup tahun, isytiharkan semua pembelian dan pembayaran tersebut.

Biar saya kongsi satu rahsia. Selepas mengisytiharkan dan mengemas kini fail saya di LHDN, saya menikmati pulangan untuk PCB saya. Dan saya anggap penolakkan PCB sebagai simpanan yang akan diperolehi setiap bulan Mei/Jun/Julai  sebaik sahaja pengisytiharan income tax saya selesai.

Untuk mendapat tolakkan maksimum, kepada  keluarga yang mempunyai anak lebih dari lima, suami isteri tidak akan berkongsi fail income tax. Pengasingan membolehkan mereka mendapat tolakkan dua kali ganda untuk satu keluarga.

Jadi, fikirkanlah samada anda ingin mengisytiharkan atau tidak pendapatan dan perbelanjaan anda kepada kerajaan. Kalau tidak, tak guna merungut. Salah anda pun. Tak isytihar, tiada penolakkan diatas. Kalau penolakkan itu melebihi jumlah PCB yang anda bayar, yang rugi anda bukan orang lain pun.

Tahun lepas, selepas saya terangkan kepada seorang teman yang selama sepuluh tahun telah bekerja tetapi tidak pernah menjejakkan kaki ke LHDN untuk perisytiharan income tax, dia membuat keputusan untuk mengisytiharkan pendapatan sepuluh tahun tersebut.

Selama dua minggu proses untuk dia mencari dan memohon kembali semua EA form yang hilang @ tidak dapat dikesan, selepas berbincang dengan pegawai LHDN dan disebabkan banyak  resit yang telah hilang, maka untuk kebanyakkan tahun  hanya anggaran yang boleh dibuat, beliau terkejut apabila  pulangan cukai beliau berjumlah RM5000 plus.

Dia  kini menyesal kerana tidak bertindak awal. Sekiranya dia mengisytiharkan income tax lebih awal, anggaran pulangan adalah lebih tinggi. Ini kerana anggaran akan dibuat oleh LHDN apabila dokumen kurang atau tidak lengkap terutama jika anda tidak pernah mengisytiharkan income tax.

Berapa ramai agaknya dikalangan anda rugi seperti teman saya? Fikir-fikirkan ya.....

Tetapi waktu anda berfikir, saya sudah lima tahun menikmati tolakkan dan pulangan wang dari LHDN atas keterlebihan pembayaran kerana PCB dan dalam lima tahun itu ada ketikanya LHDN memulangkan kembali semua PCB yang ditolak. Anda????? hehhehheh

Jadi suka hati andalah samada untuk isytiharkan  atau tidak. Lagi pun itu duit anda. Kalau tidak mahu isytihar, redha dan sedekah sahajalah duit tersebut. Jangan merungut kerajaan tak adil dan sebagainya, sebab kena bayar penolakan PCB atau income tax. Terima sajalah. Anda yang dot  dot dot dot dot hehhehheh

2 comments:

  1. Aslmkm. Pd tahun 2013 lepas, sy tidak mebuat e filing krn sibuk dgn urusan keluarga. Mmg salah sy sendiri, sy akui. Akibatnya bermula bulan julai 2014 yg lepas, pcb sy bertambah dr rm30 kpd rm189. Soalan sy adakah sy masih boleh buat e-filing pd tahun ini utk tahun lepas? Atau sy perlu tunggu tahun 2015 utk buat e filing yg baharu shj?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,Apakah Maksud anda Tidak isytihar jumlah pendapatan anda. Dapat EA form simpan dalam laci? EA FORM tu apa ye?

    ReplyDelete