Friday 20 December 2013

Perlukah PM Letak Jawatan?

Persoalan ini bermain difikiran saya. minggu ini.

Dan hari ini blogger otai DinTurtle mengutarakan persoalan yag sama. Baca bancian-najib-berundur

Ringkasnya, dengan apa yang berlaku sekarang, dari sudut perspektif perjuangan UMNO dan orang Melayu, Najib dilihat perlu berundur.

Imejnya yang dilihat terlalu mengikut telunjuk orang Cina, (ya ini lah, persepsi orang Melayu kepadanya) membuatkan dia dilihat sangat lemah. Beliau juga dilihat tidak dapat membantu isterinya yang diserang secara berterusan oleh RBA atau RYA menyebabkan dia dilihat lemah.

Ditambah lagi dengan pengekalan Shahrizat sebagai ketua wanita dan KJ sebagai ketua pemuda dan Hishamudin dalam jawatan Naib Presiden menyebabkan dia dipandang sebagai pemimpin yang dikelilingi oleh penasihat yang lemah dalam politik dan juga dalam pengurusan negara.

Dan sekarang, kenaikan beberapa barang dan utiliti dan juga tol, menjadikan rakyat tertanya tanya samada beliau layak memegang jawatan yang sedia ada.

Mungkin apa yang diperkatakan oleh Gomo adalah betul. Penasihat dan PMO yang patut meletak jawatan, tetapi DinTurtle juga betul. Ketua harus bertanggung jawab dan sebagai ketua yang datang daripada UMNO, sebagaimana tradisi Presiden UMNO sebelum ini yang mengambil tanggung jawab, DS Najib harus berundur.

Ini adalah UMNO. Bukan DAP, PAS atau PKR yang hanya boleh mengata tetapi tidak mempraktikkannya.

Dalam waktu yang sama, saya juga memikirkan siapa pula yang layak untuk menggantikannya. Buat masa ini saya tidak nampak pengganti Najib. Saya tidak pasti dengan TS Muhyiddin kerana mungkin bertindak sebagai Timbalan, beliau lebih banyak mendiamkan diri.

Tetapi jika itu keperluan untuk menaikkan kembali imej UMNO dan melayu keseluruhan, rasanya Najib perlu bertindak gentleman dan meletak jawatan. Orang melayu perlukan pemimpin yang tegas bukannya yang banyak mengalah sehingga dilihat tiada jati diri.

Banyak juga tindakannya yang kini dipersoalkan (walaupun tidak sebanyak  LGE) dan bagi seorang pemimpin itu sudah cukup untuk meminta beliau memikirkan samada beliau perlu kekal atau tidak.

Untuk saya, beliau perlu meletak jawatan kerana kegagalannya mempertahankan Rosmah. Itu emosi saya memberi jawapan sebagai seorang wanita kerana pada saya seorang suami itu perlu mempertahankan isterinya sebagaimana dia perlu mengajar isterinya. Itu tanggungjawab.

TEtapi masalah ini ialah masalah negara. So, jika Najib letak jawatan, siapa yang perlu mengantikannya. Yang kedua, bolehkah penganti itu bertindak lebih tegas dan matang berbanding dengan Najib.

Dan yang ketiga, adakah pemimpin pengganti itu akan dilihat melutut dan menyembah Cina sebagai mana orang Melayu melihat Najib lakukannya sekarang.

Kata seorang sahabat yang saya panggil Uncle, untuk Cina, Najib adalah yang terbaik dan jika Cina pandai, mereka perlu menyokongnya.

Dia meminta saya menuliskan ini.

Cina dulu pandai berbanding dengan Cina sekarang. Cina dulu tahu menjaga mulut dan budi bahasa supaya diterima oleh semua orang.  Dengan itu bisness lebih maju dan dan duit lebih banyak masuk. Itu penting.

Kena bebas politik dan selalu bantu orang tidak kira siapa, supaya bisness sentiasa berulang sehingga ke anak cucu. Orang Melayu ingat pada orang yang berbudi dan menolong. Kalau susah, orang melayu paling cepat tolong.

Cina sekarang sudah kurang ajar dan lupa diri. Mengikut pengamatannya, orang yang kurang ajar dan lupa diri akan jatuh tersungkur juga nanti ditindas oleh orang yang lebih kurang ajar dan lupa diri dari diri mereka sendiri.

Okay, uncle, I get it. Orang yang tahu menjaga budi bahasa dan berbudi sesama insan akan sentiasa mendapat kesenangan betul tak? Got it.

Uncle, saya sudah tulis apa yang uncle hendak saya sampaikan. Peringatan kepada bangsa Cina. Saya juga tahu uncle mahu Najib terus kekal.

Tapi persoalannya uncle, adakah orang lain mahu Najib kekal dengan keadaan sekarang? Mungkin saya akan bersetuju dengan uncle tetapi bagaimana dengan melayu yang lain dan orang Cina yang menghentamnya setiap hari seolah olah Najib bukanlah Chinese Friendly sepertimana pengamatan uncle.

Maka sehingga sekarang saya masih memikirkan samada PM perlu meletak jawatan atau tidak. Pro dan kontra Hmmmmm

2 comments:

  1. Adakah ramai Melayu yang menyalahkan Najib kerana memberi muka kepada Cina? Bukan kerana terlalu bergantung kepada pendapat Mrs Najib dan gerombolan consultan Rm 7.2 billion yang gagal memberi perubahan kepada iklim ekonomi dan pertumbuhan pelaburan terkini? GFI mendapati pengaliran wang haram dalam 2011 sahajs sebanyak RM 17.38 billion, kemana dan macam mana?
    Yang saya nampak baru-baru ini Petron mula menjadi pembekal gas bersaing dengan Petronas dan Shell. Malah Petronas juga dikatakan membeli syarikat Kanada dengan harga tinggi. Ade mirip dengan FGV membeli hotel and condos dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran.
    Untuk siape harga beza pasaran dan yang dibayar?
    Ade peranan orang Cina disini ke?
    Saya hanya nampak dua entiti yang melondehkn Najib - isteri Boros dan bongkaknya dan kegagalan Najib mengawal faktor kalut ini.
    Tidka mengkotakan yang dijanji dalam Manifesto BN PRU13 dan menodai Aku JanjiNYa.
    Ade berbillion lagi yang diperuntuk kepada PMO dalam Bajet 2014. Jadi soal berbillion Permata, PMO, konsultant, PEMANDU, aliran wang haram (mencecah RM trillion) menjadi sasaran utama perlu diatasi disebalik usaha menurunkan segala harga yang dikurang subsidi dan dijangka akan naik seperti Letrik 15%, tambang bas 40% dan GST 6% (2015).
    Harap jangan marahkan nyamok kelambu dibakar!!
    BUANG bisul yang menanah umpama barah. Siape tahu pembunuh Tuya Shaariibuu penyebab Najib jadi kaku, lesu dan tumpul daya fikiran?

    ReplyDelete
  2. Lbh baik beliau berundur dr UMNO diundurkan. With present trend, very likely UMNO bakal diundurkan next election.

    ReplyDelete