Monday 30 December 2013

Perbelanjaan Berhemah : Perkataan Yg Dipolitikkan

Sebelum mengulas lebih lanjut, izinkan saya menjawab e-mail daripada seseorang mempersoalkan kenapa saya menulis perbincangan tentang bagaimana mengatasi masalah kenaikan harga dalam bahasa Melayu..

Saya menulis mengenai bagaimana menjimatkan belanja dalam bahasa Melayu kerana saya mahu lebih ramai orang Melayu tahu bagaimana caranya untuk berjimat. Selama ini saya dapati, terlalu ramai orang Melayu yang berbelanja kurang bijak.

Saya mempelajari caranya dari seorang Uncle Cina. Kerana itu saya tidak membenci orang Cina keseluruhannya kerana masih ada yang baik seperti Uncle yang sanggup mengajar saya bagaimana berjimat dan mendapat lebih nilai dengan wang yang saya ada walaupun dilarang oleh sahabatnya.

Kebanyakkan pengguna Melayu terpengaruh dengan iklan dan momokan bahawa barangan buatan tempatan dan barangan keluaran bumiputera tidak bagus. RAmai juga percaya harga menentukan kualiti. Saya ingin memecah kepercayaan itu dikalangan orang Melayu.

Jesteru itu, saya menulis dalam bahasa Melayu agar lebih ramai memahami teknik dan tektik bagaimana menjimatkan perbelanjaan dan mendapatkan lebih nilai dari wang anda.

Saya boleh menggunakan bahasa Inggeris untuk artikel yang lain.

Berbalik kepada Perbelanjaan berhemah yang dipolitikkan.

Sepanjang minggu ini saya ada mendengar tentang bagaimana kerajaan boleh boros tetapi rakyat disuruh berjimat. Wahai rakan rakan, bukan rakan-rakan dan musuh-musuh yang dikasihi, berhemah bukanlah bermakna anda kena berjimat cermat.

Perkataan berhemah bermakna anda berfikir sebelum berbelanja. Kalau anda rasa boleh, belilah. Kalau tidak fikirkan untuk apa pembelian itu perlu dilakukan. Jika tidak perlu, jangan beli.

Itulah maknanya berhemah.

Pergi bercuti 5 kali setahun. Adakah perlu.? Jika anda mengamalkan perbelanjaan berhemah, anda kena fikirkan keperluan bercuti 5 kali setahun itu. Mungkinkah ia boleh dikurangkan kepada 2 kali setahun dengan menambah masa penginapan daripada 2 hari 1 malam setiap kali pergi bercuti kepada 4 hari 3 malam?

Puaskah anak anda mandi kolam atau laut dalam masa 2 hari satu malam itu? Dapatkah anda berjalan-jalan dalam masa itu? Dapatkah anda betul-betul berehat pada waktu itu? Bagaimana jumlah pengangkutan sebanyak 5 kali itu berbanding 2 kali?

Lihat lah jumlah wang yang anda gunakan. Campurkan semua. Anda akan dapati kos 5 kali untuk percutian 2 hari 1 malam itu lebih mahal daripada 4 hari 3 malam, dua kali setahun itu. Paling berhemah, jika anda boleh mendapatkan harga promosi untuk percutian anda.

Terus terang saya katakan, ramai yang kurang faham bila perkataan perbelanjaan berhemah itu digunakan. Perbelanjaan berhemah adalah perbelanjaan yang melibatkan anda berfikir. Perbelanjaan yang membolehkan anda mendapat nilai yang lebih untuk wang anda.

Fikirlah dahulu sebelum komen. Lihatlah dari semua sudut. Ambil tindakan bukannya komen menkinzir buta (pinjam daripada Maharaja Lawak Mega).

Contoh bil elektrik. Tahukah anda bahawa penggunaan lampu kalimantan biasa akan meningkatkan bil elektrik anda semakin lama anda menggunakannya? Adakah orang yang memberitahu anda bahawa setiap kerlipan lampu kalimantan apabila ia hendak menyala akan meningkatkan bil elektrik anda?

Ada atau tidak orang yang memberitahu anda peningkatan suhu dibilik anda apabila anda memasang lampu kalimantan berpunca daripada lampu itu?

Ada atau tidak orang beritahu anda bahawa terdapat jenis lampu kalimantan yang tidak berkelip apabila dinyalakan dan ianya lebih menjimatkan dan lebih sejuk berbanding dengan pemasangan lampu kalimantan biasa?

Tidak bukan. Dengan sedikit reaserch anda boleh mendapat kelebihan ini. Lampu kalimantan yang cukup terang.

Saya telah berjaya mengurangkan bil elektrik di rumah saya sebanyak 10% sejak menggunakannya. Dan pengurangan itu termasuk dengan penambahan pendingin hawa dalam peralatan elektrik saya.


Pelik. Tidak. Saya cuma menukar set lampu kalimantan saya sahaja satu demi satu. Setiap bulan saya beli satu set. perbezaan  laib hanyalah amalkan penutupan lampu apabila tidak digunakan. Cara yang mudah tapi berkesan.

kalau saya boleh buat, kenapa tidak anda.

Saya tersenyum bila membaca kenyataan bahawa RM12,000 tidak cukup. Tetapi perhatikan kenyataannya,. Begitu banyak pembaziran yang beliau lakukan. kenapa tidak beliau menstukturkan semula perbelanjaan beliau.

Jika itu beliau lakukan, beliau telah mengamalkan perbelanjaan berhemah. Percayalah, jika dilakukan dengan betul, beliau boleh menyimpan dalam RM5000 dari jumlah RM12,000 itu.

Saya bukanlah berpendapatan RM12,000 sebulan tetapi bil Astro saya lebih tinggi darinya dan tidak pula saya perlu merungut tidak cukup. Beliau mempunyai seorang anak dengan seorang lagi akan dilahirkan.

Saya ada empat orang anak. EMPAT orang anak.

Kenapa beliau boleh merungut dengan jumlah RM12,000 sebulan itu? Kenapa RM12,000 tidak cukup?

Bila difikirkan kembali, mungkinkah orang Cina sebenarnya lebih tertekan untuk tinggal di Penang sekarang berbanding dengan orang India dan Melayu? Adakah cara pemerintahan Iguana membuatkan orang Cina semakin susah di sana?

Fikir-fikirlah ya.

No comments:

Post a Comment