Sunday, 3 November 2013

Sg Limau : Antara Mukhriz Dan Mahfuz

Ketawa saya menengar jawapan Mahfuz diatas tawaran Mukhriz untuk menjadikan Sg limau sebagai Adun angkatnya. Mahfuz ingin  jadikan Sg Limau sebagai bini muda.

Amboi, Bini muda yang  bila ada masalah akan ditinggalkan dan balik kepada bini tua ke? Sakit pening kat  bini tua tapi bila nak berseronok  pergi kepada bini muda.

Sarah, awak cakap begini sebab awak tak faham konsep poligami, itulah ungkapan seorang sahabat  kepada saya.

Jawapan saya ialah, kerana fahamlah saya tanyakan soalan itu. Perkara begini sering  berlaku. Jarang sekali bila sakit lelaki akan balik kepada bini muda. Kalau ada memang jarang-jarang berlaku. Dan itulah nasib yang akan menimpa Sg Limau nanti.

Membenarkan suami berkahwin lain balasannya payung emas disyurga, katanya lagi.

Jawapan saya, nampak gayanya ramailah isteri tua yang  akan dapat payung emas tapi adakah akan ada suami yang mengiringi bersama? Soal berkahwin satu hal, kalau dua isteri dua tanggungjawap untuk diadili diakhirat nanti. Bolehkah keadilan yang dituntut itu ditanggung sepenuhnya. Ingat, apabila isteri membuat dosa atas sebab suami tidak mengajari isteri maka dosa isteri itu ditanggung oleh suami.  Kalau dua, dua dosa, kalau tiga dan empat? Empat kali ganda dosa.  Mampu ke tanggung semua itu?

Diam pula dia bila saya tanyakan soalan itu.

Ramai lupa, isteri itu amanah dan tanggungjawab suami. Sebaik seseorang wanita itu berkahwin, syurganya ada pada suami. Berbahagia wanita itu maka banyaklah pahala suami kerana si isteri mendoakannya setiap hari. Sekiranyanya isteri itu tidak bahagia, berapa banyak pahala yang si suami rugi setiap hari. Menambahkan dosa  pula kerana mendukacitakan hati makhluk yang dicipta oleh Allah untuk kebahagiaannya. Kalau empat hati yang diruntun duka? Empat kali dosa.

Seperti Sg Limau menjadi bini muda, adakah nanti habis madu sepah dibuang???? Renung renungkanlah ya.....

Tapi bini muda? Alahai, dah ketandusan idea ke????  hehhehheh

No comments:

Post a Comment