Friday, 15 November 2013

Mukhtamar PAS dan Hudud : Bagai Aur Dengan Tebing

Hahahaha sorry OK. Tak sengaja tergelak waktu nak mulakan artikal ini.

OK. Adakah anda pemerhati politik atau terlibat dalam politik tetapi bukan dari jenis yang Mudah lupa? Kalau YA pasti anda akan perasan bahawa setiap kali ada Mukhtamar PAS ataupun setiap kali ada Pilihanraya (kecil atau Umum) pasti Hudud akan dicanangkan oleh PAS.

Sampai boleh diramalkanlah, kalau pemimpin tertinggi PAS mula bersuara tentang hudud bermakna Mukhtamar PAS akan berlangsung tidak lama lagi.

Ketika itu juga secara automatiknya KS akan melenting dan berkata OVER MY DIED BODY hehhehheh.

Macam telenovela kan? Kenapa telenovela? Sebab perkara ini bukan berlaku satu dua tahun tapi bertahun tahun. Sama je plot nya cuma watak utama tu makin tua dan tak juga pencen-pencen. Payment berlakon mahal kot hehhehheh.

Kenapa ya kisah hudud ni tiada penyudahnya dalam PAS. Kalau hendak kata yang sebab pemimpin PAS tiada kelayakan untuk meneruskan agena hudud ni tak mungkinlah kan. Bukankah ramai pemimpin dan poenyokong PAS terdiri dari golongan profesional?

Ramai peguam dan kalau tidak silap saya ada profesor undang-undang dalam PAS yang boleh mentafsir undang-undang bagi meneruskan agenda hudud PAS. Malahan ramaiya golongan profesional dalam PAS yang boleh membantu melengkapkan undang-undang hudud dalam segala sudut.

Tidak dapat dinafikan dari satu sudut PAS mempunyai ahli yang terdiri dari CEO GLC, Doktor, Peguam, Accountant, Engineer and other walks of profesioal, tetapi kenapa minda yang ada ini tidak digunakan untuk menzahirkan undang-undang hudud yang diperjuangkan oleh PAS?

Kadang-kala saya terfikir bahawa hudud sebenarnya hanyalah satu isu malar hijau pada PAS. Untuk menarik perhatian dan menunjukkan bahawa pemimpin ini more islamik dalam perjuangan agama maka ia dibawa ke pemukaan setiap kali mukhtamar dan pilihanraya berlangsung.

Bila mukhtamar dan pilihanraya berakhir maka isu ini tidak lagi menjadi agenda sebaliknya akan diletakkan dalam bonet kereta. Bawa ke mana-mana dan bila perlu, bersihkan sikit dan tunjuk pada orang ramai.

Kerana inilah saya ketawa. Saya ketawa kerana makin dekat dengan mukhtamar semakin kuatlah isu hudud dimainkan. Makin semangat untuk melaksanakannya tetapi habis mukhtamar simpan dalam almari bersama dengan fail minit mesyuarat. Hangat-hangat taik ayam katakan.

Hudud hilang bagaikan puing-puing debu yang diterbangkan angin.

Bila mukhtamar berlangsung kembali maka ia akan dikeluarkan kembali, dibersihkan habuk-habuknya dan apabila mukhtamar tamat sekali lagi bersedia untuk disimpan.

Sampai bilalah game ini akan dimainkan ye? Kalau buat on-line game dah tentu cepat kaya sebab unlimited level. Terpaksa bermain sampai bila-bila hehhehheh

1 comment:

  1. UMNO pun sama. Dekat nak buat PAU, Najib umumkan 'Memperkasa Ekonomi Melayu'. Lepas tu, lama kelamaan, senyap sunyi.

    Nampaknya PAS ada kelebihan kali ini. Selepas Karpal terlepas cakap mengenai pembubaran Party yang berteraskan Islam dan di bidas oleh orang PAS, mereka tidak akan berani lagi membantah jika PAS mahu menegakkan Hudud di Kelantan, menjelang Muktamar. DAP & PKR pun sedar, adalah mustahil untuk Hudud di luluskan oleh kerajaan pusat. Daripada membuat rakan mereka marah dan untuk menjaga hati PAS, lebih baik mereka diam. Jika DAP & PKR setuju pun, kita boleh faham bila Muktamar hampir tiba. Memang di ketahui umum, ramai penyokong mahu mahu PAS keluar dari Pakatan. Itu yang DAP & PKR paling takut.

    ReplyDelete