Tuesday 26 November 2013

PAS : Suara Sedih Penyokong Tegar

Semalam saya berbual dengan seorang kawan dari Sg Limau. Beliau adalah penyokong tegar PAS dan merupakan ahli Pemuda PAS.

Dari panggilan talifon tersebut dapatlah saya nyatakan bahawa beliau begitu kecewa dengan keputusan pemilihan PAS.

Nampaknya makin kuatlah pengaruh kumpulan Anwarinas dalam PAS ini Sarah kalau Mat Sabu menang - Katanya kepada saya.

Dan makin kuatlah UMNO selepas ini. Macam badi pula, selepas ketiadaan Arwah Azizan, kami penyokong setia PAS makin terpinggir.

Sedih bunyinya tapi sebagai pendengar, saya sekadar meng hmmm kan sahaja.

RAmai orang PAS sedar siapa Mat SAbu dan kemenangannya menjadi persoalan. Kata kawan saya, ada juga dia terfikir samada apa yang berlaku dalam UMNO dahulu kini telah meresap dalam PAS.

Bila saya tanyakan permainan apa, dia katakan permainan wang. Mat sabu memang kaya tambah lagi selepas menjadi ahli politik. Saya katakan kepadanya, itu saya tahu selepas menonton satu program petani jaya dan beliau adalah salah seorang daripadanya. Dengan ladang dan kebun yang dia ada memang patutlah.

Tidak dapatlah saya komen apa-apa lagi kerana apa yang dia katakan itu adalah dari persepsi ahli PAS sendiri.

Cuma soalan yang saya tanyakan kepadanya ialah, adakah selepas ini dia akan menjadi penyokong tegar PAS? Jawapannya ialah ya.

Bila saya tanyakan mengapa? Jawapannya, dia ahli PAS, dan akan berjuang untuk PAS tetapi apa yang dia pasti undinya kini akan berpihak kepada yang mana dia lebih percaya dan buat masa ini dia lebih mempercayai UMNO untuk menyelesaikan masalah berbanding dengan PAS.

Undinya akan kembali kepada PASsebaik sahaja PAS sedar bahawa ia menjadi barua dan kuli kepada PKR dan DAP dan keluar daripada pakatan.

Saya hanya boleh mendiamkan diri kerana dengan line-up yang ada sekarang, saya tidak pasti samada itu akan berlaku dalam masa terdekat.

Hmmmmm

No comments:

Post a Comment