Wednesday, 20 November 2013

Apa Ada Di PD : Medan Ikan Bakar PD

Semasa bercuti, waktu mencari tempat makan yang sesuai dengan selera anak-anak, saya ronda Bandar PD untuk mencari tempat makan.

Sewaktu meronda saya ternampak papan tanda Medan ikan bakar PD. Oleh kerana saya sudah tiga tahun tidak berkunjung ke PD maka Medan ikan bakar ini adalah baru pada saya walaupun ia telah bertapak 3 tahun (kalau tidak silap).



Rate yang saya berikan pada Medan Ikan bakar ini ialah Baik. Kebersihan terjaga dan harga makanan juga berpatutan. Terdapat kepelbagaian jenis makanan laut.

Menu saya ialah sotong goreng tepung, pepahat berlada, udang goreng kunyit, ikan masak sweet sour, sup sayur dan nasi putih. Pilihan saya agak terhad kerana saya makan pada pukul 9.30 malam. Rasa masakan juga sedap.

Menurut peniaga gerai di mana saya menikmati juadah, waktu puncak adalah bermula dari pukul 7malam sehingga 9malam. kalau anda ingin berkunjung ke PD jangan lupa mengunjungi medan ikan bakar ini.

Bagi saya, saya telah menemui alternatif  dalam senarai tempat makanan laut. Selain dari Bagan lalang dan Jeram di Selangor dan Umbai di Melaka, Medan Ikan bakar PD ini telah termasuk dalam senarai saya.

Bagi golongan muda rasanya mereka mungkin akan tertarik untuk makan di seaview dimana terdapat beberapa restoran, bistro dan restoran makanan segera. So, jika berkunjung ke PD, ambil masa untuk ronda bandar PD.

Oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya hanya mampu berkunjung ke beberapa tempat makan sahaja.

Ringkasannya, kami sekeluarga makan di Medan ikan bakar PD, di Gerai Ayam Bakar Cowboy dan Restoran Buluh (berhampiran simpang dihadapan Kedai Al-Ikhsan - Ada pokok buluh dihadapan restoran itu). Sarapan pagi saya di hotel sahaja.

Jika berpeluang ke PD lagi, saya akan memasukkan seaview sebagai tempat makan keluarga. Hmmm bilalah agaknya tu.....

No comments:

Post a Comment