Wednesday, 13 November 2013

Politik & Kesopanan Dan Kesusilaan : Kisah KJ

Heboh semalam bila CT Nurhaliza komen KJ. Kalau baca dalan Fb macamlah CT komplen tenang bola. Selidik punya selidik barulah tahu yang CT komen tentang budi bahasa menegur orang tua yang KJ tunjukkan.

Sememangnya KJ diketahui kelantangannya dalam menghentam orang dan kekurangan budi bahasa KJ memang telah tersohor di seluruh pelusuk nusantara hehhehheh.

Tetapi sejak peristiwa hitam (hehhehheh) antara KJ dengan FAM bermula rasanya sudah berkali kali juga KJ ni kurang ajar bahasanya bila memberi ulasan aka komen

Nak dijadikan cerita bertambah panas, semalam, CT tweet tentang cara KJ menegur Jamal Nasir bekas pemain kebangsaan. Memang kebiadapannya terselah. Kalau betul KJ sangatlah sukakan bolasepak takkanlah begitu caranya menegur bekas pemain kebangsaan. Macam dia tidak kenal siapa itu Jamal Nasir. Ataupun dia sebenarnya memang tidak kenal? hehhehheh

Pelik kan? Agaknya lah, kalau begini contoh yang ditunjukkan oleh ketua pemuda, adakah ini menunjukkan sikap pemuda itu sendiri. Biadap dan pentingkan diri sendiri?

Tapi biadap.Hmmmm. BiaDAP. Haaaa betul cakap Helen (oo-la-laa). - baru dapat posting ini semasa sibuk membuat rangka posting sendiri hehhehehe. Kena pula tu. Thanks Helen.

Kalau beginilah perangai pemuda nampak gayanya lebih baiklah saya tolong puteri Umno je. Lebih sopan nampaknya bahasa mereka berbanding dengan pemuda. Kurang sungguh kesopanan dan kesusilaan KJ ni. Ini mesti lupa nak menghayati Rukun Negara ni.

Mr KJ (tak guna encik sebab KJ kan standard), apasal penyokong awak tu meloncat-loncat bila awak kena tegur? Ke salah satu yang tweet tu awak sendiri, manalah tau ada akaun kedua pulak kan? hehhehheh. Kalau tidak, oklah ramai penyokong awak yang sokong untuk awak kurang ajar.  Jangan marah pula bila satu hari nanti ada orang yang kuran ajar dengan anda Mr KJ. jangan merajuk pulak ye. Hehhehheh

Semalam saya juga ada membaca tentang Ustaz Kazim menegur orang yang sibuk-sibuk mengingatkan dia supaya pencen dari memberi ceramah agama. Dari cara tegur, macam Encik Ustaz dah tau siapa yang tegur  dia dan dengan lembut dan selamba beliau menegur orang tersebut. Itu cara menegur. Pedih tetapi mengingatkan. Bila baca kelakor pun ada.

Belajarlah dari Tun M sewaktu menjadi PM dahulu. Menegur dengan cara berhemah tapi sinis dan pedih. Sehingga sekarangpun beliau seperti itu lagi. Kalau menjawab tidak kena caranya, akan menunjukkan kelemahan dan ketidak bijaksanaan pemimpin dunia pertama waktu itu.

Ramai yang sudah terkena ketika itu mengambil langkah mendiamkan diri bila Tun M bersuara. Sekarang pun ada yang terloncat-loncat bila kena tegur dengan Tun terutama ayah kepada Tokong. Hehhehheh.

Paling saya ingat, bila Tun M komen tentang double standard yang ditunjukkan oleh negara dunia pertama tentang isu penebangan hutan. "Kalaulah Robin Hood hidup di hutan di Britain sekarang, dia akan menangis kerana tiada lagi hutan tebal untuk dia bersembunyi" -lebih kurang macam itulah komen dia kalau tidak silap saya.

Teguran yang pedih dan menusuk hati dan membuatkan pemimpin dari duania ketiga waktu itu sedar tentang double standard dunia pertama. Hutan di dunia ketiga suruh preserved, hutan balak dinegara dia selamba je tebang.  Sampai ada negara dunia pertama yang jumlah simpanan hutannya cuma 25% termasuk semak samun. Bukan hutan tebal. cheh....

Oleh itu kesimpulan saya, KJ bukanlah pemimpin yang boleh dianggap idola ye. dia lebih kepada pemimpin yang biadap. Diulang, biaDAP. Mari main buang huruf pertama. BiaDAP iaDAP aDAP DAP? huh DAP? patutlah....hehhehheh

No comments:

Post a Comment