Friday, 10 January 2014

Kenaikan Harga BArang : Agenda Terancang???

Lama juga saya memikirkan isu ini. Maklumlah, kenaikan harga barang akan mempengaruhi saya juga walaupun tidak banyak tetapi sedikit sebanyak memberi impak juga kepada saya.

Tetapi persoalan yang ingin saya kemukakan di sini ialah, kenapa sekarang?

Mengikut pemikiran saya yang bukan ahli ekonomi ini, setiap kenaikan adalah bersangkut paut dengan penawaran. Penawaran yang tinggi akan menaikkan harga sekiranya sesuatu barangan itu berkurangan.

Tetapi apabila isu kenaikan tarif elektrik yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 dijadikan isu untuk menaikkan harga barang pada  Januari 2014, bagi saya ia tidak logik.

Cuba tengok tarikh pengeluaran barang tersebut. Bagaimana harga barang boleh berubah jikalau tarikh pengeluarannya ialah September 2013? Adakah pihak pengilang tanpa pengetahuan kita telah dikenakan caj kenaikan tarif elektrik lebih awal dari kita rakyst biasa?

Jika ada bila ia berkuat kuasa? Adakah Januari 2013?

Jika tidak, maka dimanakah rasionalise untuk menaikkan harga barang pada Januari 2014? Itu persoalan yang bermain didalam kotak pemikiran saya sekarang.

Perkara kedua, isu barang tiada di pasaran. Contohnya yang paling baik ialah gula.

Logiknya, jika dulu gula sentiasa ada masalah pengedaran sehingga membuatkan harga gula perlu dirombak dan kita terpaksa membeli dengan jumlah yang terhad.

Kenapa sekarang tiada masalah itu lagi? Adakah kerana selepas tiada subsidi maka gula tiba-tiba dilambakkan dalam pasaran.

Ini yang paling saya musykil. Ada sesetengah pasaraya membuat jualan dari pembekal dengan mengumpul beberapa barang untuk membuat kuih iaitu tepung, gula dan beberapa barang yang lain, dan barang ini dijual dengan harga yang lebih murah. Saya lihat tarikh pengeluaran gula tersebut dan saya dapati bahawa gula itu telah dikilangkan sebelum pembubaran subsidi.

Jika ikutkan logik saya, gula yang dikeluarkan sekurang-kurangnya akan mengambil masa sebulan atau sebulan setengah dari tarikh pengilangan betul? Jika betullah alasan yang sentiasa kita dengar dahulu bahawa gula dipasaran kurang kerana penawaran yang berlebihan.

Tapi kenapa sekarang boleh dijual dalam bentuk set seperti itu. Bila dikira semula, harga barang tersebut memang murah. Jika ikut harga penawaran paling murah untuk barang tersebut, harga set itu memang betul-betul murah. Kenapa ya?

Ada yang menjustifikasikan bahawa kejayaan BBC menjadikan syarikat tersebut terpaksa berbuat demikian, tetapi mana mungkin mereka sanggup menurunkan harga serendah itu.

Kemungkinan yang bermain di fikiran saya sekarang ialah, selain dari tidak laku, apa yang berlaku ialah, barang tersebut mungkin tergolong daripada barang yang disorokkan dahulu.

Apabila pengumuman penarikkan subsidi dilaksanakan, mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Lambakan simpanan adalah tinggi. Untuk menyelamatkan keadaan, kemungkinan besar apa yang boleh mereka lakukan ialah dengan mengeluarkan barangan tersebut dan dijual dalam bentuk seperti itu.

Lagipun pengumuman itu adalah secara tiba-tiba. Bayangkan gula yang disorok itu bertan-tan jumlahnya. Bagaimana agaknya mereka yang selama ini menerima subsidi secara terus daripada kerajaan dapat mengembalikan semula modal dari barang yang mereka sorokkan itu?

Ingat, subsidi dibayar terus kepada pengilang. Ini bermakna mereka dapat menampung kos pengeluaran dengan serta merta. Jika arahan kerajaan agar pengeluaran gula ditingkatkan, setiap tan akan dibayar subsidi.

Jika pengeluaran dibuat sebelum penarikkan subsidi dengan harapan apabila arahan penambahan dibuat mereka boleh mengeluarkan stok simpanan mereka, mereka sebenarnya menjimatkan kos buruh.

Pengeluaran seperti biasa dan lebihan disimpan. Apabila arahan penambahan dibuat, stok yang disimpan di keluarkan dan subsidi akan dibayar.

Penarikkan subsidi membuatkan stok yang disimpan tidak lagi dapat menampung kos pengeluaran kerana ia tidak diisytiharkan dimasa permohonan pembayaran subsidi dibuat.

Saya rasa itulah senario yang telah berlaku.

Dengan harga yang murah barangan tersebut dapat diedarkan tanpa dapat dikesan oleh orang  ramai dan menutup harga sebenar. Mereka terpaksa menjual dengan harga kos pengeluaran supaya barang tersebut dapat dikeluarkan dari tempat penyimpanan dengan cepat sebelum disedari oleh orang ramai.

Selepas membaca artikal ini, cuba lihat pek gula dalam simpanan anda. Bila tarikh pengeluaran dan berapa yang anda telah bayar.

Selepas ini kalau anda terjumpa gula murah, cuba lihat tarikh pengeluarannya. Jika lebih dari enam bulan, memang ada yang tidak kena pada gula tersebut. Mungkinkah gula tersebut adalah gula yang disorokkan selama ini? Sehingga menghuru-harakan banyak kedai dan pasaraya.

Satu lagi perkara yang membuatkan saya musykil tentang kenaikan harga barang sekarang ini ialah ia berlaku sebaik sahaja perisytiharan GST akan berkuat kuasa pada 2015.

Maksud saya, jika diikutkan dari sudut psikologi pengguna, kenaikan harga barang akan menjadi isu selama tiga bulan sahaja. Selepas itu, pengguna akan menjadi tepu dan kenaikan tersebut akan diterima oleh orang ramai.

Mungkinkan untuk mengelakkan penurunan harga yang melampau maka peniaga menaikkan harga barang sekarang? Selama setahun keuntungan tinggi boleh dinikmati.

Selepas perlaksanaan GST, mereka akan menurunkan sedikit harga dan margin keuntungan masih lagi tinggi. Ini kerana starting point atau harga permulaan yang sememangnya telah pun tinggi. Kenaikan sekarang adalah persediaan mereka menghadapi GST.

Persoalan juga sekarang ialah, apa yang ada tentang GST yang mereka enggan terangkan sejelas-jelasnya kepada kita? Pelik bukan apabila isu GST dan penerangan tentangnya begitu sukar untuk diperolehi.

Bagaikan ada yang sedang mensanbotaj perlaksanaan dan pengedaran maklumat tentangnya.

Itulah kemusykilan yang sedang bermain di minda saya sekarang. Untuk saya memahami tentang GST saya perlu mencari dan melakukan kajian sehingga ke sistem maklumat penerangan GST di Amarika dan UK. Kemudian saya perlu lihat pula bagaimana perlaksanaan yang akan diguna pakai di Malaysia.

Untuk mencari maklumat bagaimana di Malaysia adalah begitu sukar sekali berbanding dengan informasi GST di Amarika dan UK. Ini yang membuatkan saya pelik.

Jika tentang kesilapan kerajaan, berbondong-bondong informasi tetapi perlaksanaan GST yang bagi saya menguntungkan rakyat, tiada siapa yang ingin menjadi juara.

Cerita harga barang mahal, banyak tetapi cerita bagaimana harga barang boleh murah langsung tiada.

Adoi, kenapa ini terjadi di Malaysia. Kenapa ramai yang buta hati dengan perkara yang berlaku sekarang ini. Rasanya banyak informasi yang membolehkan kita membuat konklusi yang betul tetapi kenapa masih ramai yang tertipu dengan permainan perdagangan ini?

Tepuk dada tanya selera.

No comments:

Post a Comment