Tuesday 1 April 2014

Income TAX : Masanya Perisytiharan Telah Tiba.

Saya pernah menulis tentang Perisytiharan cukai  pada 26 Oktiber 2013 income-tax-anda-isytihar-atau-tidak .

Oleh itu anda sedia maklum bahawa saya menggalakkan anda semua mengisytiharkan jumlah pendapatan dan perbelanjaan anda.

Anda semua juga maklum bahawa bagi saya mereka yang merungut tentang pembayaran PCB tetapi begitu malas untuk melaksanakan tanggungjawab dengan melakukan perisytiharan cukai, tidak perlu di endahkan.

SAlah mereka kerana sebahagian daripada mereka ini tidak pernah menyedari bahawa mereka boleh menuntut PCB yang mereka terlebih bayar.

Setiap tahun saya mendengar rungutan yang sama. Kerajaan tidak adil. Kalau boleh memotong gaji mereka melalui PCB, maka kerajaan sepatutnya boleh mengetahui apa yang berlaku dalam kehidupan mereka.

Kerajaan perlu memulangkan lebihan atau kerajaan sepatutnya tahu mereka ini perlu di kecualikan dari penolakan PCB.

DAn seperti biasa saya akan berkata perkara yang sama, Hello kalau anda setuju untuk kerajaan menanamkan cip pada tengkuk anda dan kehidupan anda di monitor oleh kerajaan 24 jam maka anda layak mempertikaikan potongan dan pembatalan PCB.

Contoh mudah ialah pembelian buku-buku.

Logiknya, kerajaan tidak akan tahu bila anda membeli buku-buku.

Kebanyakkan kita membeli buku di kedai seperti Popular dan MPH. Kecuali anda adalah ahli Clubcard kedai seperti ini, Tiada sebarang cara untuk mengesan siapa membeli buku apa.

Urus niaga anda biasanya melalui pembayaran tunai. Ada ketikanya anda membeli buku di kedai suratkhabar.

Bagaimanakah pula agaknya kerajaan dapat mengesan pembelian kecil dari kedai kedai seperti ini?

Contoh lain ialah tentang peralatan bantuan perubatan. Apa yang selalu berlaku ialah, si anak akan membeli peralatan tersebut untuk ibu bapa yang telah bersara.

Dalam resit mungkin akan tercatat nama pengguna tetapi jarang tercatat nama pembeli. Soalannya bagaimana kerajaan boleh memastikan pembelian ini dilakukan oleh si anak dan bukannya ibu bapanya jika tiada perisytiharan dilakukan.

Terutama dalam urusan yang melibatkan pembayaran tunai?

Satu perkara yang ramai terlepas pandang ialah pembayaran Zakat fitrah yang boleh mengurangkan pembayaran cukai kepada LHDN.

Kenapa? Kerana pada Zakat Fitrah segala tanggungan akan dikira. Jika LHDN memperuntukkan untuk sehingga anak ke lima, Zakat akan mengira jumlah anak yang ada. Tidak kira enam atau sepuluh, semuanya termasuk dalam tanggungan.

Itulah untungnya penganut Islam di Malaysia. Pembayaran Zakat Fitrah akan akan mengurangkan cukai secara drastik.

Ramai juga yang terlupa bahawa derma kepada NGO berdaftar juga menerima penolakan cukai. Kerajaan dalam hal ini sebenarnya menggalakkan orang ramai menderma kepada yang memerlukan dan memberikan kelebihan penolakan cukai untuk penderma-penderma ini.

Hanya satu derma sahaja yang tidak boleh ditolak cukai. Derma yang tidak boleh ditolak cukai hanyalah derma darah walaupun nilainya amat tinggi kerana membantu menyelamatkan nyawa.

Jangan pula anda pandai-pandai cuba mengira berapakah nilai Darah anda sendiri semata-mata untuk tolak cukai. Kojo tak semonggah kata orang NS hehhehheh.

Boleh dikatakan bahawa keuntungan memang berpihak kepada golongan pertengahan yang mengishtiharkan cukai pendapatan.

Alasan untuk tidak ada masa tidak boleh digunakan lagi kerana dengan kewujutan e-Filling semua urusan boleh dilakukan di rumah.

Tidak perlu lagi anda menjejakkan kaki ke LHDN dan bersesak-sesak seperti dahulu.

Dan seperti biasa, ini adalah bonus pertengahan tahun yang akan saya tuntut setiap tahun. Anda bagaimana????

Renung-renungkanlah. hehhhehheh.

No comments:

Post a Comment