Wednesday, 12 February 2014

Politik Sentimen Kebencian : Siapa Yang Untung?

Pertama saya ingin katakan bahawa posting ini dalam bahasa Malayu. Bukan Bahasa Malaysia tetapi Bahasa Melayu.

Kadang-kala saya terfikir bahawa terdapat seseorang yang sedang mengaut keuntungan disebalik pergolakkan politik sekarang.

Apabila membaca bahagian Perniagaan atau Biz section, terdapat beberapa pergolakkan dalam beberapa pengambil  alihan syarikat besar terutama syarikat yang mencatatkan keuntungan besar sebelum ini

Antara yang menarik perhatian saya ialah kes Bernas. Bernas mencatatkan keuntungan yang cukup tinggi. Sebagai pengimport beras yang merupakan makanan ruji penduduk Malaysia, keuntungan yang diperolehinya memang akan bertahan lama,.

Ialah, selagi masyarakat Malaysia makan nasi, selagi itulah ia sepatutnya akan untung.

Masalah Bernas selama ini pun ialah masalah pengurusan yang lemah. Penstrukturan semula Bernas menyebabkan ia mencatatkan keuntungan.

Tetapi jika kita membaca tentang Bernas setakat ini, segala-gala tentang Bernas adalah negetif. Bagaimana syarikat yang berdaya maju seperti ini menjadi negatif sedangkan dari profile perniagaan, ia adalah syarikat yang boleh mengkayakan kita hingga ke anak cucu.

Bayangkan jika kita adalah pengerusi Bernas atau shareholder atau Tuan Punya Bernas. Bukankah selain daripada masyarakat Malaysia secara total menukar cara pemakanan kepada bukan nasi, kita akan terus dapat keuntungan.?

Sekarang Bernas terpalit pula dengan senario politik. Bernas UMNO, Bernas BN, Bernas korup, Bernas rasuah, Bernas seludup beras dan lain-lain.

Bagi saya ini pelik. Pertanyaan yang saya ada ialah, kenapa Bernas?

Adakah ini satu cara untuk mengambil alih Bernas kerana prospek keuntungannya yang tinggi. Siapa yang boleh mengambil alih Bernas? Anda atau ahli koperat?

Hari ini saya terbaca yang IJM dan Gamuda akan mendapat peratusan terbesar dalam pembayaran pampasan kerajaan kerana tidak menaikkan tarif tol di Lembah Klang.

Menarik bukan. GAMUDA dan IJM.

Siapakah majoriti pemegang saham didalam IJM dan GAMUDA? Persoalan ini yang sepatutnya anda tanyakan. Duit cukai yang anda bayar menampung operasi dua syarikat besar ini. 

Mereka kini menikmati dua kali keuntungan. Satu pembayaran dari kerajaan dan satu lagi pembayaran tarif tol yang sedia ada yang tentunya terdapat keuntungan di dalamnya.

Selepas dua tiga tahun, kontrak kenaikan akan dikaji lagi dan anda semua akan meloncat-loncat marah. Sekali lagi anda meminta kerajaan menyelesaikannya dengan cepat.

Untuk mendapat efek yang lebih, umumkan dalam media. Dapatkan liputan. Umumkan sahaja masalah yang dihadapi dan kenapa kenaikan diperlukan.

Naikkan sentimen kebencian dan kesusahan orang lain. Bila orang marah, katakan sahaja kontrak telah termaktub sebegitu.

Cukup tekanan, kerajaan akan cuba selesaikan masalah secepat mungkin. Sewaktu itu, tunjukkan kepada kerajaan segala kenaikan yang berlaku semaksimum yang boleh. Umumkan perkara itu di media juga.

Kerajaan terpaksa menurut kehendak rakyat yang dikatakan terbelenggu dengan kemiskinan. Akhirnya, kerajaan perlu menggunakan wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk memperbaiki infrastuktur dan pengangkutan awam.

Cuba fikirkan kembali. Penaiktaraf pengangkutan awam bermakna semakin kurang orang yang menaiki kenderaan yang akan menggunakan jalan raya. Itu adalah ideanya.

Bayangkan, berapa ramai orang yang kini menggunakan LRT setiap hari dan BAS SKS setiap hari dari Seremban ke Kuala Lumpur.  Jika mereka semua menggunakan kereta, berapa banyakkah PLUS boleh mendapat keuntungan?

Bayangkan, tanpa pengguna ini, PLUS masih lagi untung dan tidak menaikkan harga tol. Itu Seremban ke KL.

Bagaimana pula lebuhraya di Lembah Klang? Berapa banyak kenderaan yang menyusuri lebuhraya yang ingin menaikkan tol ini?

Dengan kepadatan penduduk yang tinggi, tidakkah mereka mendatatkan keuntungan? GAMUDA dan IJM setiap tahun mengumumkan peningkatan keuntungan yang tinggi.

Jika bahagian konsesi lebuhraya mereka tidak mencatatkan keuntungan juga, masakan mereka boleh mengumumkan keuntungan seperti itu.

Cuba lihat analisis ini. http://markets.ft.com/research/Markets/Tearsheets/Financials?s=GAMUDA:KLS .


Cuba lihat analisis untuk IJM pula : http://markets.ft.com/research/Markets/Tearsheets/Forecasts?s=IJM:KLS

Adilkah syarikat seperti ini menerima keuntungan tanpa bekerja keras hanya kerana untuk kesenangan kita selama dua atau tiga tahun, gara-gara kita mengganggu sewaktu proses perbincangan.

Inilah syarikat yang akan mendapat sebahagian besar daripada RM400 juta daripada kerajaan itu.

Saya pasti Kerajaan mempunyai alternatif lain dalam perbincangan tetapi disebabkan kita meminta penyelesian yang cepat maka tiada pilihan lain selain daripada pembayaran RM400 juta.

Sekiranya diberi masa pasti kerajaan mampu memberi alternatif lain kepada GAMUDA dan IJM sebagai balasan untuk pengurangan jumlah kenaikan tol.

Kerana itulah saya ingin bertanya kepada anda semua, dengan segalanya dipolitikan dengan politik perkauman sekarang, siapa sebenarnya yang untung.

Adakah anda orang kebanyakan atau syarikat-syarikat seperti ini.

Adakah syarikat seperti ini  melakukan kesalahan? Tidak.

Mereka mengambil kesempatan dari keadaan sekarang. Mereka melihat bahawa dengan cukup tekanan politik, kerajaan akan tunduk kepada tuntutan rakyat.

Tuntutan seperti inilah yang membawa keuntungan kepada syarikat koperat. Samada mereka untung atau tidak untuk tahun ini, tanpa kerja keras, pampasan iaitu pembayaran telah didapati dari Kerajaan.

Tetapi akhirnya nanti kenaikan akan berlaku juga. Ketika itu adakah kita masih boleh menyalahkan orang lain sedangkan pada hakikatnya kita sendiri yang buta tentang perniagaan koperat dan juga permainan politik.

Fikir-fikirkanlah ya. Jika anda seorang yang bijak nilaikan sendiri.

No comments:

Post a Comment