Saturday, 31 August 2013

Etika Apabila Melalui Road Block Polis Di Waktu Malam

Ok. Saya tidak boleh tidur. Mungkin disebabkan terlalu letih atau disebabkan kerap terjaga.

Dalam terjaga dan terkelip-kelip saya teringatkan Road Bock Polis yang saya lalui tadi.

Tahukah anda bahawa anda perlu memasangkan lampu di dalam kereta dan membuka cermin tingkap bahagian pemandu/penumpang kereta sewaktu melalui Road Block Polis di waktu malam???

Sewaktu memperlahankan kenderaan, saya dapati hanya segelintir yang berbuat demikian. Akibatnya, pihak polis terpaksa menyuluh ke dalam kereta sebelum melepaskan sesebuah kereta. Ini membuatkan kerja mereka menjadi lambat.

Akibatnya mereka dimaki dan dicaci kononnya sengaja melambatkan perjalanan anda. Sedangkan anda tidak menyedari bahawa kesilapan itu terletak dibahu anda sendiri dan pemandu yang lain yang tidak menyedari kewujudan etika ini.

Sekiranya anda membuka lampu dan cermin pintu tempat duduk pemandu/penumpang dan anda tidak ada apa apa kesalahan trafik, anda akan dilepaskan tanpa perlu memberhentikan kereta. Perbuatan membuka lampu dan cermin tingkap menunjukkan anda tidak ada membuat apa-apa kesilapan.

Seorang teman (nama dirahsiakan) pernah menyatakan bahawa dia terlepas dari road block polis beberapa kali kerana melakukan perkara sedemikian walaupun hakikatnya lesen memandunya telah tamat lebih dua bulan (perbuatan ini adalah salah disisi undang-undang. Jangan ditiru aksi ini- grrrrr).

Tidak percaya, anda boeh mencubanya apabila anda terserempak dengan road block polis. Perhatikan juga jiran pemandu yang lain. Anda akan rasa perbezaan diantara tidak membuka lampu dan tingkap dengan membuka lampu dan tingkap. The best things is, lampu suluh tidak akan disuluh kemuka anda dan anda tidak akan silau (dan muncul tompok-tompok gelam di depan mata - siapa suruh tak buka lampu, rasakan hehhehheh).

Ohhh, tidak ada orang yang beritahu anda??? OK sekarang sudah tahu, so apa tunggu lagi, beringatlah ya.

Lepas ini jangan lupa Etika Melalui Road Bock Polis Di Waktu Malam. Moga perjalanan anda lancar selepas ini..... Kalau tak buat dan kene suluh, jangan marah, nanti cepat tua hikhikhik

1 comment:

  1. Logik, tapi seringkali tidak terfikir.

    Terima kasih!

    ReplyDelete