Tuesday, 28 May 2013

Pengalaman Membuat MyKad Anak Pertama

Pada 7hb Mac 2013, anak pertamaku genap berumur 12 tahun. Oleh itu, mengikut syarat-syarat sebagai seorang warganegara, dia layak untuk membuat mykad atau nama lain yang masih digunakan IC. Dia sememangnya seronok. Maklumlah dengan adanya mykad bermakna dia sudah dewasa.

Malam itu saya sibuk menyediakan
  1. Satu salinan surat beranaknya
  2. Satu salinan mykad suami ( salinan depan belakang pada satu mukasurat)
  3. Fail berisi sijil kelahiran asal dan salinan surat beranak dan mykad suami
  4. Baju berkolar yang anak saya akan pakai (faham2lah anak lelaki katakan)

Pada 8hb Mac 2013, kami sekeluarga pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Senawang. Sampai disana, kami dapati ramai orang berada dalam pejabat tersebut menunggu giliran. Apa yang dapat saya katakan pada ketika itu ialah, perjalanan urusan disitu adalah dalam keadaan baik. Flow nombor giliran juga adalah lancar.

Kalau hendak di komen pun hanyalah proses pengambilan nombor giliran. Ini kerana proses pengambilan nombor giliran perlu melalui kaunter yang juga tempat pengambilan mykad. Ini agak mengelirukan orang ramai kerana tiada papantanda menunjukkan dengan jelas dimana nombor giliran perlu di ambil. Cadangan saya, buat satu notis di depan pintu masuk memberitahu dimana nombor giliran boleh diambil.

Setelah mengambil nombor giliran dan mengisi borang yang diberi bersama nombor tersebut, kami menunggu lebih kurang 30 minit. Sebaik sahaja nombornya dipanggil, suami saya ke kuanter 2 dimana proses pendaftaran dilakukan. Setelah selesai, mereka berdua beralih ke kaunter 4 untuk mengambil gambar. Oleh kerana anak saya memakai baju berkolar, maka dia tidak perlu menukar baju.

Dalam masa sejam, proses pendaftaran membuat mykad anak saya telah selesai. Nampaknya, berbeza dengan apa yang selalu diceritakan tentang pengalaman pahit berurusan dengan JPN, urusan saya berjalan dengan lancar. Betul kata kawan2 saya, dengan dokumen yang lengkap urusan di JPN akan menjadi lancar.

Jadi kalau nak urusan mudah dan lancar untuk apa2 urusan kerajaan, saya cadangkan gogle atau talifon jabatan berkaitan dan tanya apa yang diperlukan dahulu. Janganlah main datang berlenggang dengan informasi kawan2 dan kemudian mengamuk sebab urusan tak dapat dilakukan pada hari tersebut.

Nanti nampak sangat anda tak berapa pandai sebab mengamuk dan marah2 orang yang bekerja disitu. Pada masa yang sama bila marah terkeluarlah pula perkataan yang tak berapa elok maka anda akan dipandang serong pula. Selepas itu jangan pula anda mare ye kalau bila anda datang sekali dia orang layan tak layan je. Maklumlah hati dah terluke...hehhehheh...

ps : info kekawan yang boleh pakai selalunya ialah kat mana cawangan jabatan kerajaan yang anda akan berurusan boleh siapkan urusan dokumen anda dengan cepat dan kat mana yang tak ramai sangat orang....Itu wajib tanya ye.....heheheh

1 comment:

  1. Sekadar pengkongsian info n pengalaman:
    Jika anak mencapai umur 12 tahun...nak buat mykad...pastikan ibu jari tangan anak dlm keadaan baik. Terutama bagi anak yg mengalami eczema..jika ibu jari mengalami kerosakan...yg menjejaskan cap jari.. jgn tergesa2 utk buat mykad. Tunggu sampai baik br mohon utk buat mykad. Biarlah didenda rm10 krn lewat buat mykad drpd terpaksa hadapi kesulitan di masa hadapan ketika anak nak berurusan di tempat2 yg memerlukan pengesahan cap jari!
    Jika anak didaftarkan dlm jpn utk buat mykad pd pertama kali tanpa cap jari...setiap kali dia nak berurusan rasmi yg memerlukan pengesahan cap jari...surat pengesahan dr jpn perlu diperolehi dgn bayaran rm5/setiap kali dikeluarkan!
    Bayangkan betapa byk urusan yg memerlukan pengesahan cap jari dlm kehidupan kita. Susahnya!!! Kesian anak.
    Jika dh terlanjur buat...bukan boleh diatasi dgn buat mykad baharu...bukan boleh lapor hilang dan buat semula... data cap jari dlm simpanan jpn adalah data mykad ketika berumur 12 tahun!
    Saya kongsikan pengalaman saya dan anak yg mengalami eczema..langsung tiada cap jari ketika mohon mykad..
    Sewaktu ambil mykad, pegawai minta scan cap jari...di bhgn perut ibu jari mmg tiada lingkaran...tp di bhgn bwh sedikit...ada...dan inilah maklumat yg saya terima. Hmmm..kesian Aida Nadhrah...ada mykad...xde data cap jari...apa boleh buat...kita xtahu..jd...biar ibu kongsikan info...utk kwn2 tahu. Smoga dipermudahkan segala urusan berkaitan...insyaallah.

    ReplyDelete