Wednesday 22 May 2013

Ahli Politik Selepas Pilihanraya Ke 13


Kiranya diletakkan orang yang sebarang, tidak mungkin mereka mampu bertahan apa lagi sekiranya yang diletakkan itu orang yang mementingkan keluarga. Ini kerana setiap kenduri kahwin, doa selamat, kesyukuran, tahlil arwah, cukur jambul dan pertunangan sahaja boleh memenuhi jadual hari cuti sabtu dan ahad. Terutama sekiranya dimasukkan sekali dengan kenduri sahabat handai. Itu belum dikira lagi, company dinner, majlis hari jadi, reunion, friendly tea session (mengeteh... hahaha) dan lain-lain.

Lihat sahaja acara di atas sudah cukup membuatkan orang biasa sibuk. Bayangkan pula, ahli politik ini. Pastinya dalam acara-acara di atas, mereka juga terpaksa memasukkan di dalam jadual mereka kenduri dan majlis kariah mereka. Di samping itu juga, terpaksa meluangkan masa untuk ceramah-ceramah, mesyuarat bahagian (tentunya pada sabtu dan ahad kerana hari itu sahaja ramai yang boleh meluangkan masa kerana faktor pekerjaan), majlis rasmi kerajaan dan lain-lain yang berkaitan dengan parti.   Itu belum dikira hari isnin sehingga jumaat terpaksa menguruskan segala rutin harian dan sekiranya mereka dilantik sebagai AJK bahagian, melakukan kerja-kerja yang diperlukan oleh parti. Tidak terkecuali, mesyuarat tergempar sekiranya ada isu-isu yang memerlukan perhatian segera. Tidak kiralah siang atau malam.

Dan selepas PRU 13, untuk yang tidak menang, terpaksa memasukkan juga Raptai Blackout 505 diseluruh negara. Sibuklah sesangat kan... hahaha

1 comment: