Friday, 24 May 2013

Undi Popular Oh Undi Popular

Masuk FB hari ini, masih ramai yang memperkatakan tentang undi popular. Ramai juga yang menyokong membuta-tuli tanpa tahu tentang sistem pilihanraya di Malaysia. Ada yang terus terang mempertikaikan sistem tersebut walaupun sudah dua tiga kali mengundi. Tu baru betul pengundi hantu (hahaha jangan marah ye) kalau dah mengundi dua tiga kali tapi tak faham-faham sistem lagi.

Kerana itulah, saya rasa terpanggil untuk menulis tentang undi popular yang mula menjadi makanan asasi untuk membantutkan hujah kemenangan pemerintah. Kerana undi popularlah mereka kata kemenangan sebenarnya berpihak pada mereka.

Ini sah dah terpengaruh dengan siri realiti TV nih.

Agaknya dia orang ini ingat memilih pemimpin macam pilih artis popular kot. Hello, kita nak memilih orang yang akan wakilkan kita ke Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. Bukan hendak menghiburkan kita.

Kita nak orang yang ada tokoh pemimpin, boleh mintak tolong dan nasihat bila perlu. Bukan nak mintak autograf. Nak orang yang boleh majukan kawasan kita, biar kita mudah cari makan dan banyak peluang kerja. Kalau boleh jalan depan dan belakang rumah kita tak ada lubang dan sampah sarap dikutip hari-hari. Rumput di tepi jalan dan padang pendek dan jalan-jalan besar cantik dengan hiasan pokok bunga dan lampu jalan menyala bila malam. Bolehkah artis popular buat semua itu.

Hello, geng, kalau suka sangat undi popular, apa kata anda ikuti rancangan realiti. Lepas tu undilah calon-calon kegemaran korang untuk menang. Korang boleh pilih sape sahaja dan tiada orang yang akan melarang. Lebih baik lagi, korang buat rancangan TV pemimpin paling popular. Kurang-kurang korang boleh dapat banyak penajaan dan dapat banyak duit. Setiap kali orang sms korang dapat komisyen tau.

Kalau korang kemaruk sangat dengan undi popular ni, apa kata korang kumpul duit banyak-banyak untuk beli berita harian semasa dia orang buat anugerah bintang paling popular. Suruh pemimpin korang tu jadi artis (alah suruh je dia berlakon apa-apa drama atau filem asal boleh masuk nama sebagai calon), lepas tu korang beli berita harian banyak-banyak dan undi dia orang. Jadikan dia pemenang Artis Paling Popular.

Tapi harus diingat, pemenang tidak akan dilantik secara automatik sebagai Presiden Seniman atau Karyawan tau. Jangan lupa lak. Kang melalak pulak cakap dah menang undi popular maka layaklah mereka dilantik jadi Presiden persatuan itu lak... hihihi

Tambahan 26 05 2013

lagi tentang undi popular ( ini untuk pembacaan yang lebih details ok.

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/05/pakatan-rakyat-lost-popular-vote-in-9.html
http://bigcatrambleon.blogspot.com/2013/05/remembrance.html#comment-form

1 comment:

  1. Hi there! I could have sworn I've visited your blog before but after browsing through some of the posts I realized it's new to me.
    Nonetheless, I'm definitely pleased I found it and I'll be bookmarking it and checking back regularly!


    Here is my homepage ... collagentareview.org

    ReplyDelete