Ada beberapa perkara yang mencuri perhatian saya pada beberapa hari ini.
Pertama : Mukhriz menawarkan diri menjadi calon Naib Presiden UMNO
Kedua : MP pembangkang melawat mendiang Chin Peng di Bangkok
Ketiga : DAP CEC drama.... ops DAP CEC melodrama....
Kalau diikutkan, saya ingin sangat mengikuti perkembangan Mukhriz dalam pemilihan UMNO nanti tetapi perkara kedua dan ketiga tetap menarik perhatian saya.
Perkara kedua kerana saya amat tidak menyukai Chin Peng atas apa yang telah dilakukan kepada orang Tanah Melayu. Saya tidak kata Malaysia tetapi Tanah Melayu kerana yang terkena dengan kekejaman Komunis dibawah kepimpinan Chin Peng ialah semua bangsa. Tidak ada yang terkecuali termasuklah keluarga penyokong mereka sendiri. Ramai yang lupa tentang itu bukan?
Perkara kedua jugalah membuatkan saya merasakan bahawa pemimpin pembangkang sememangnya tidak tahu tentang aliran pemikiran penduduk luar bandar. Walau bagaimana meningkat majunya, tetapi golongan yang berumur 50 tahun dan keatas masih ramai yang menghuni luar bandar.
Kebanyakan mereka tahu tentang sejarah kekejaman komunis yang diketuai oleh Chin Peng. Adakah lawatan ini akan membuatkan sokongan kepada mereka bertambah? Tidak.
Sebaliknya sokongan semakin berkurang. Saya kini banyak mendengar bagaimana orang ramai dikampung (sewaktu beberapa kenduri kendara) mula mempersoalkan pembangkang. Lawatan-lawatan atas kapasiti peribadi tidak boleh diterima oleh mereka.
Mungkin dibandar sokongan meningkat tetapi di kampung sokongan semakin merosot. Kecuali mereka dapat merahsiakan lawatan tersebut tetapi dalam dunia teknologi kini bolehkah mereka menidakkan lawatan itu atas dasar apa sekalipun?.
Perkara ketiga, Well saya suka katakan sebagai melodrama. Begitu banyak perkara di dalam pemilihan CEC lepas diperkatakan tetapi mereka tetap menidakkan apa yang telah berlaku. It everyone fault but mine... itulah perinsip yang mereka gunakan.
Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah saya terfikir sekiranya ini berlaku dalam UMNO agaknya bagaimana tindakan DAP dan PKR dan PAS ya. Agaknya mahu tak cukup wartawan hendak membuat liputan dan press conference kan hahahaha.
Jadi perkara ketiga adalah lawak antarabangsa untuk saya dan percayalah ini adalah perkara yang akan menjadi batu asas untuk mempercayai pemimpin DAP. By the way, kalau diikutkan alasan demi alasan yang diberikan oleh mereka semakin childish dan kadang kala bila difikirkan balik amat luar biasa kan...hikhikhik
Untuk Mukhriz Good Luck t
Tapi untuk yang terlibat dengan perkara kedua dan ketiga ish ish ish anda adalah orang yang sepatutnya lebih tahu dari kami orang biasa tetapi nampak sangatlah anda tidak lebih dari profesional politician. Getting what popularity you can get. After all bad publicity is still a publicity right? Standard PR man standard PR....(that public relation but can be convert to other PR whatever you like hikhikhik)....
No comments:
Post a Comment