Tuesday, 3 September 2013

Minyak Naik : Dari Merungut Baik Bertindak

OK bukan bertindak bodoh pergi ke jalan raya tetapi bertindak pandai mencari penyelesaian.

Tahukah anda yang selama ini kita hidup dalam pembaziran.

Tak percaya? Berapa ramai diantara kita yang apabila membeli barang membeli dalam kuantiti yang besar tetapi tidak menghabiskannya?

Berapa ramai diantara kita yang pergi ke pasaraya dan kemudian membelanjakan lebih dari keperluan kerana melihat offer yang kita rasa murah atau anak minta itu dan ini?

Berapa ramai diantara kita yang sanggup membayar lebih kerana ia jenama kegemaran kita sedangkan hakikatnya di waktu lain boleh pula pakai jenama biasa sahaja?

Jadi rasanya inilah masanya untuk bertindak bijak. Bagaimana?

1. Beli banyak ketika murah. Simpan duit anda bila melihat harga barang lebih mahal aka tiada offer. Saya tahu surirumah pasti kenal dan tahu harga barang itu murah atau mahal. Maklumlah setiap bulan beli barangan yang sama, betul tak?

2. Kira penggunaan barang seperti sabun basuh, sabun mandi,ubat gigi, syampoo dan barangan lain dan buat aggaran berapa lama anda boleh gunakan untuk setiap pek per keluarga. Simpan stok untuk tiga bulan ke empat bulan. Ini kerana selalunya, pasaraya akan membuat tawaran harga dalam jarak masa seperti itu. Selepas habis tawaran, harga akan naik semula.

3. Beli stok bila murah. Lebih baik jika barangan bukan makanan, anda mempunyai stok enam bulan. Jadi mulai sekarang, mulakan mengumpul stok anda. Tidak perlu tergesa-gesa. Ambil masa anda. Lebihkan pembelian satu atau dua dahulu. Simpan. Lama kelamaan stok anda dengan sendirinya akan bertambah.

4, Beli dalam peket yang lebih kecil. Lebih kecil, lebih jimat sebenarnya. Ini kerana anda akan secara tidak sedar akan menggunakan sesuatu itu sedikit apabila melihat bekas yang kecil. Selain lebih baik untuk kebersihan ia secara tidak langsung mengurangkan belanja anda. Bekas yang lebih kecil, lebih murah. Jadi disitu sahaja anda menjimatkan beberapa ringgit. Cuba pakai botol yang  kecil sedikit itu sebulan.

5. Pergi pasaraya seminggu sekali. Ini paling mudah untuk dilaksanakan. Ajar anak anda window shopping. Beli makanan dan jalan-jalan tengok barang sambil berbual dengan mereka Ia mengeratkan lagi hubungan anda dengan anak-anak.

Perkara di atas itulah yang saya lakukan. Saya ada stok makanan dan stok barangan kegunaan harian. Saya ada stok yang bertahan sehingga setahun tanpa perlu membelinya.

Malahan, stok saya di rumah mengikut system FIFO (macam office kan tapi memang berguna). Stok saya siap berlebel dengan bilakah tarikh luput terlekat dibahagian depan jenama.

Hording??? Tidak. Saya sudah mengira kegunaan bulanan saya. Saya tahu bila ingin menambah jumlah stok dan bila menggunakan stok yang ada. Pembelian barangan bulanan saya selalunya hanya untuk mengisi kekosongan stok. Kecuali barang basah, semuanya sudah dikira dan siap tersedia untuk bulan seterusnya.

Siapa kata sistem kerja dipejabat tidak boleh digunakan dirumah. Bukan saya.......

Nota Tambahan  @ 1.48am : Selepas ini saya akan kongsikan tips berjimat dengan anda semua ok.

2 comments:

  1. Setuju benor Sarah! Bila harga barang naik, wealth disparity akan bertambah besar. Why? The poor will complain and yet do nothing to adjust the spending, while the rich will immediately take action to neutralise (or at least minimised) the increase.

    Semalam I pergi shopping kat TESCO, ada satu family Melayu, dari luaran nampak macam orang susah.. tapi bila beli kicap, tak tengok kiri ke tengok kanan .. terus ambil Kicap Cap Kipas Udang yang harga RM10 sebotol. Kalau dia pembeli berhemah, kat AEON dulu masa sale harga RM7.50 je satu. Boleh beli berapa botol. Berapa banyak dah boleh save.

    In my case, I beli brand Jalen. Sama sedap je in my opinion dengan brand Kipas Udang. Lagi pun bukan kita minum kicap tu to know the difference. Harga dia RM4.90.

    ReplyDelete
  2. Hmmm ... info menarik ni ...

    ReplyDelete