Sebentar tadi saya telah republish artikel dari Parit Buntar Rebel ADUN PD & Takziah tentang Adun Port Dickson yang tidak faham apakah maksud perkataan Takziah. Ini berlaku dalam persidangan ADUN di Negeri Sembilan.
Tetapi pada waktu yang sama saya juga membaca tentang WA. : Wan Azizah Blur dan tidak tanduknya semasa memberi ucapan di ADUN Selangor.
LKS yang begitu galak hendak menyekolahkan MCA sepatutnya menyekolahkan kedua ADUN ini dahulu. Mereka begitu blur dengan banyak perkara hehhehheh.
Kalau diikutkan, jika ini berlaku kepada ADUN BN sudah pasti gagak gempita satu Malaysia ini. TEtapi sebab ini ADUN PR, maka susah betul hendak dapat highlight dari oppo blogger.
Begitu maksum sekali pemimpin PR sehinggakan mereka begitu mudah dimaafkan. Mungkinkah kerana mereka mempunyai pemimpin yang boleh menghapuskan dosa hehhehheh.
Inilah berita yang mencuit hati saya hari ini. Seorang tidak faham maksud perkataan dan seorang tidak faham undang-undang persidangan.
OH LKS tolonglah sekolahkan ahli PR anda dahulu sebelum anda sekolahkan MCA. Takut nanti tak pasal-pasal kena gelak lagi di persidangan ADUN hehhehheh.
Memang hebat PR kerana dapat menghasilkan pelawak dan juga artis gila publisiti sehinggakan anak-anak sanggup dibawa ke dewan Parlimen kerana hendak meminta nursery disediakan di Parlimen.
Bestkan jadi wakil Rakyat PR. Tak payah buat kerja, boleh minta kerajaan NEgeri dan Persekutuan sediakan macam-macam untuk mereka secara percuma dan dinegeri pentakbiran mereka boleh naikkan gaji diri sendiri.
Kalau buat kenaikan cukai atau yuran berkaitan dengan negeri pun tidak apa. Tidak salah. Yang salah jika perkara itu dibuat oleh BN.
Sungguh beretika, telus dan bertanggung-jawab pemimpin-pemimpin PR. Pada diri sendiri lah hehhehheh
You all, Melayu, Cina, India dan lain-lain, tolong balik kampung tanam kangkung opsss tanam jagung hehhehheh......
HELLO SARAH
ReplyDelete1ST TIME AKU BCA BLOG YOU OK NOT BAD KEEP IT UP
BM YOU POWER , KITA MAHU RAMAI YG BERFIKIRAN ''DAMAI'' SEPERTI YOU AND HELAN DAN RAMAI LAGI
LAGI PUN KITA DIBUMI BUKAN HIDUP TAK MATI2
JADI BAIK KITA HIDUP BER HARMONI DAN SALING MENGHORMATI
HANYA SECARA KEBETULAN ADA DIANTARA KITA MENJADI MELAYU CHINA INDIA DLL
BUANG FIKIRAN POLITIK SEMPIT