Sila baca dari Sematan Ke Lawas artikal Kerajaan Bazirkan Wang Untuk Mencari MH370?
Sekarang cuba anda fikirkan sendiri kenapa saya mempersoalkan siswa dan siswazah ini.
Saya juga kecewa. Saya adalah antara rakyat yang tidak dapat melanjutkan pelajaran atas faktor kekurangan kewangan.
Walaupun saya mendapat tawaran ke Universiti Teknologi Malaysia, tetapi atas kekangan kewangan, saya terpaksa melupakan hasrat melanjutkan pelajaran.
Namun saya sempat melanjutkan pelajaran ke Politeknik kerana itu sahajalah kemampuan keluarga pada waktu itu.
Tetapi saya tidak pulalah menjadi seperti mereka walaupun terdapat movement di Politeknik ketika itu untuk membersihkan minda dan mengajak saya menjadi ahli sebuah parti Islam.
Saya hanya berminat untuk menamatkan pelajaran dan kemudiannya terus memasuki alam pekerjaan bagi membantu keluarga.
Bila saya membaca artikal di atas saya sedih dan pada waktu yang sama hanya mampu beristiqfar.
Persoalan yang bermain di minda saya ialah, adakah mereka-mereka ini tidak tahu befikir dan membuat kajian sendiri tentang isu yang dikemukakan?
Kenapa mereka ini tidak mengkaji dan menilai sesuatu isu itu dari sudut saintifik, moral dan tanggungjawab. Sebagai seorang mahasiswa yang mempunyai otak yang saya pasti cukup cerdas, tidakkah mereka boleh melakukan kajian tentang GST?
Berbanding dengan orang seperti saya yang mempunyai ekses limited terutama untuk membaca jurnal-jurnal kajian yang dikeluarkan oleh pakar-pakar luar negara dan juga ekses untuk mengkaji tentang GST yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia, pasti mereka ini sebagai pelajar Universiti mempunyai ekses yang agak mudah untuk membuat kajian.
orang seperti saya terpaksa pergi dari satu web side ke webside yang lain hanya untuk mendapatkan separuh dari apa yang mereka boleh perolehi secara percuma di Universiti.
Kenapa mereka gagal menggunakan kemudahan yang disediakan? Adakah kerana mereka tidak tahu atau mereka sebenarnya memang malas untuk membuat kajian?
Saya begitu terperanjat apabila bertanya kepada seorang pekerja baru hari ini tentang GST dan jawapan yang diberikan ialah, Kerajaan mengenakan cukai tambahan kepada rakyat malaysia.
Bila saya minta terangkan, dia hanya berkata bahawa itulah yang difahaminya.
Urghhh, singkatnya pemikiran kalau itu sahaja yang boleh diterangkan sedangkan beliau adalah pemegang ijazah kelas ke dua Pengurusan Perniagaan. patutlah dia hanya berjaya mendapat Ijazah kelas Kedua.
Mentaliti seperti inilah yang perlu mahasiswa di Malaysia ubah. jangan hanya pandai menjerit perkataan Ubah tetapi diri sendiri tidak pula diUbah.
Akhirnya nanti jadilah mereka orang yang sentiasa menyalahkan orang lain tanpa menyedari bahawa kesilapan itu sebenarnya datang dari diri sendiri.
Saya dapat merasakan bahawa jika mereka, mahasiswa ini merasakan pencarian MH370 sebagai membazir dan GST adalah cukai yang dikenakan kerana ingin menindas rakyat, saya boleh katakan mereka ini adalah mahasiswa yang berfikiran mementingkan diri sendiri.
Dalam diri mereka hanya ada perkataan beri kepada saya dan beri kepada saya dan beri kepada saya sahaja. (Me and Me and me alone)
Sayang bukan. Mereka ini sekiranya dapat menyalurkan amarah dan tidak puas hati itu dengan belajar bersungguh-sungguh, sudah pasti mereka akan mendapat menafaat daripada ketekunan dan semangat mereka itu.
Saya pasti mereka ini akan masuk dalam golongan pelajar yang tidak perlu membayar PTPTN dan akan mendapat pekerjaan dengan mudah.
Al-maklum, dengan semangat yang ada pasti mereka tidak akan gementar apabila ditemuduga dan dengan kelulusan kelas pertama itu mereka pasti diminati oleh ramai majikan.
Pada waktu yang sama, kerana kelulusan kelas pertama, mereka akan dapat menikmati gaji tanpa potongan pihak PTPTN. Alangkah mudahnya kehidupan mereka nanti.
Tapi hendak buat macam mana, mereka rela mengorbankan diri mereka demi kata-kata yang mereka sendiri tidak memahaminya.
Mereka rela membayar PTPTN kerana mereka malas berusaha dan apabila ada kekangan untuk membayar, mereka akan salahkan kerajaan kerana tidak memberi pelajaran percuma.
Jika mereka bernasib baik, mereka akan menamatkan pelajaran. Jika tidak, salahkan kerajaan seolah-olah kerajaanlah yang perlu mengambil kelas dan peperiksaan dan menyiapkan assignment.
Mereka hanya perlu mendaftar ke Universiti dan mengambil ijazah sewaktu konvokesyen.
Aduh! Bangkitlah mahasiswa dan gunakan otak yang berjaya membawa anda sehingga ke menara gading itu untuk berfikir dan mencari fakta. Jika tidak, keluar dari universiti dan jadilah ahli politik sepenuh masa.
Tiada gunanya anda belajar bidang pilihan anda jika anda hanya ingin berpolitik 24 jam. Itu hanya membazir masa dan peluang orang lain yang ingin belajar ke Universiti.
Berilah peluang kepada mereka yang betul-betul ingin belajar. Okay.
No comments:
Post a Comment