Hari ini saya telah mendengar rungutan oleh seorang rakan yang memang telah diketahui sebagai penyokong tegar PR.
Katanya, jika tiada peristiwa MH370 pasti semua tidak akan tahu betapa Kerajaan BN telah membazir membeli peralatan ketenteraan seperti Kapal Selam.
Apa guna beli kapal selam jika tidak boleh digunakan. Berapa banyak agaknya duit yang telah masuk ke tangan kroni untuk pembelian kapal selam yang langsung tidak boleh digunakan itu agaknya?
Dan seperti biasa, saya malas hendak layan orang yang tidak tahu perbezaan antara operasi menyelamat dengan serangan ini.
Maklumlah, dia adalah lulusan ijazah kejuruteraan awam.
Beberapa rakan cuba menerangkan kepadanya kenapa dan apa perbezaan antara jenis kapal selam yang wujud dan kenapa kapal selam Malaysia tidak boleh digunakan.
Tetapi, memang betullah jika otak sudah tepu, apa sahaja penjelasan teknikal tidak boleh diterima.
Walaupun dia berkelulusan ijazah kejuruteraan awam, akhirnya saya terpaksa mengambil alih penerangan daripada sahabat saya yang lain.
Penerangan saya mudah.
Beli kapal selam umpama membeli kereta. Kereta ada beberapa jenis. 1.5, 1.6 dan 1.8. Walaupun jenama dan modelnya sama, tetapi specifikasi menentukan harga.
Disamping itu harga kereta juga ditentukan oleh aksoseri yang anda akan beli bersama dengan kereta. Contohnya aksoseri penuh memberikan harga yang berbeza. Begitu juga jika kereta itu dari jenis auto atau manual.
Bertambah lagi harga sekiranya kereta itu mepunyai warna yang berbeza dan biasanya kereta warna matelik harganya berbeza dengan warna biasa.
Jika anda membeli kereta 1.8, dengan aksoseri penuh, disertakan dengan TV LCD 8", GPS, warna matelik, fully auto dan siap dengan cukai jalan dan insuran setahun dan tempat duduk ditukar dengan tempat duduk beralas kulit sepenuhnya, anda perlu membayar harga yang tinggi untuk semua itu..
Sebaliknya jika anda membeli kereta 1.5, aksoseri minimum, transisi manual, tanpa cukai jalan dan insuran, harganya jauh lebih murah.
Memang jauh lebih murah.
Sama juga dengan kapal selam. Jika ia dilengkapi dengan sonar terbaru, program analisa terkini, mempunyai kemampuan melancarkan serangan peluru berpandu dan sistem radar terkini, harganya tentulah lebih mahal berbanding dengan kapal selam yang hanya mempu membuat tinjauan sahaja.
Harga kapal selam juga ditentukan menerusi berapa ramai angota yang boleh ditempatkan didalamnya dan berapa lama ia boleh bertahan di dalam air.
Kerana itulah, walaupun sesebuah negara itu membeli kapal selam model yang sama tetapi hakikatnya harganya berbeza mengikut spesifikasi yang diperlukan oleh sesebuah negara.
BErgantung kepada keperluan sesebuah negara, mereka akan meminta penambahan tertentu untuk dimuatkan ke dalam kapal selam mereka.
Lebih banyak permintaan khusus aka peralatan ketenteraan, semakin tinggi harga yang perlu di bayar.
Contoh lain, sekiranya anda memerlukan jenama radio terbaru untuk kereta anda, anda perlu membayar harga radio berjenama tersebut bersama harga kereta, begitu jugalah jika membeli peralatan peperangan.
Penambahan sistem radar terkini berbanding dengan sistem radar versi sebelumnya akan mempengaruhi harga kapal selam tersebut.
Bila ditanya kepada saya jika itu sebenarnya berlaku, kenapa tidak dihebahkan sahaja kepada rakyat?
Jawapan saya kepadanya ialah, hanya orang bodoh yang memerintah akan memberitahu kepada dunia apa sistem pertahanan yang dia gunakan kerana itu umpama memberitahu kepada orang lain apa yang anda ada.
DAri situ mereka boleh mencari kelemahan dengan membeli sistem pertahanan yang lebih baik dan membeli peralatan perang yang lebih canggih.
Jika itu berlaku, lebih baik menyerah sahaja kerana apa lagi yang boleh digunakan sebagai taktik untuk mempertahankan negara kerana semua sistem pertahanan telah diketahui oleh orang lain.
Mendengar penjelasan saya, dia sekadar boleh berkata, beli kereta dengan beli kapal selam berbeza. Harga kapal selam lebih mahal dari kereta.
Dan saya katakan kepadanya, memang lebih mahal tetapi konsepnya tetap sama. Banyak aksoseri lebih tinggi harganya.
Dan bila dia mula mempersoalkan keperluan aksoseri kapal selam, saya cuma boleh katakan kepadanya, jika ada kemampuan kenapa mesti membeli peralatan yang sama dengan orang lain. Lebih baik beli yang lebih baik dari mereka.
Saya juga mempersoalkan pembelian keretanya. Kenapa dia yang begitu bangga menggunakan BMW dengan tempat duduk bersarung kulit. Jika difikirkan, mengapa dia perlu menukar tempat duduknya kepada kulit sedangkan dia boleh sahaja menggunakan sarung kerusi yang biasa datang bersama BMWnya itu.
Dan kenapa dia perlu membeli peralatan gps sedangkan dia hanya menggunakan keretanya itu untuk ke tempat kerja dan balik kampung. Bukankah dia sudah tahu jalan ke pejabat dan balik ke kampung?
Mendengar persoalan itu, dia segera menukar tajuk. Kali ini catuan air di Shah Alam yang membuatkan dia kini tinggal di Seremban bersama mertuanya. Mujur anaknya tidak bersekolah lagi.
Kami semua sekadar tersenyum kerana kami tahu isu air terlalu sensitif untuk sahabat ini.
Al maklum baru minggu lepas kami suruh dia menghadapi masalah air di Shah Alam seperti penyokong PR yang lain. Kenapa dia mesti lari selepas memilih orang yang terbaik untuk memerintah negerinya.
Kami juga katakan jangan menumpang di negeri yang diperintah oleh BN yang setakat ini masih bertahan dan tidak mencatu air kepada rakyatnya.
Lagipun Kerajaan Negeri Sembilan terlalu kotor sehingga rasuah bermaharaja lela. Itulah sebabnya boleh membekalkan air kepada rakyat. Rasuah rakyatlah tu hehhehheh
No comments:
Post a Comment