Tuesday 25 March 2014

Ketua Perhubungan UMNO Selangor : Perlukah Ditukar?

Mungkin pandangan ini akan memeranjatkan ramai pembaca blog ini memandangkan anda semua tahu apakah perasaan saya terhadap Ketua Wanita UMNO.

Tetapi apa yang akan saya utarakan ini ialah pandangan peribadi saya dan dari analisis saya berpandukan pembacaan dan perbualan bersama beberapa wakil dan AJK beberapa bahagian UMNO Selangor beberapa tahun ini.


Bagaimana BN Boleh Merampas Selangor? Mungkinkah Jawapannya ada pada Wanita BN


Artikel ini bukan bertujuan merendahkan peranan lelaki tetapi ia berdasarkan pemerhatian saya dari jauh sebagai pemerhati luar.

Saya berminat memerhatikan PRK Kajang kerana saya dapati ada satu kelainan pada PRK kali ini. Datin Paduka Chew Mei Fun..

Dia mula mendapat perhatian saya kerana ketegasannya meletakkan jawatan atas dasar tidak mahu bekerjasama dengan CSL atas sebab kredebiliti.

Jarang ada pemimpin yang akan melakukan apa yang beliau lakukan terutama pemimpin Cina.

Ditambah dengan beliau sebagai pemimpin wanita, menjadikan tindakannya adalah luar biasa sekali. Beliau bagi saya telah menaik taraf kredibiliti pemimpin wanita dalam BN.

Beliau ada pendirian dan sanggup meletak jawatan atas dasar tidak akan berkompromi dengan pendiriannya.

Disebabkan pemerhatian saya itu juga membuatkan saya menemui sesuatu yang saya sudah tahu kewujutannya tetapi tidak pernah dapat membuktikannya. Terdapat perbuatan sembotaj dikalangan ahli UMNO.

Namun yang paling memeranjatkan ialah PRK Kajang kali ini membuktikan bahawa UMNO, Ketua Bahagian UMNO dan Pemuda UMNO bahagian di Kajang memang tidak boleh di pakai. Terlalu banyak yang berpuak-puak.

Namun terdapat juga perkara yang menarik perhatian saya. Sekali lagi Puteri dan Wanita UMNO membuktikan bahawa mereka adalah kuasa yang perlu diberi perhatian.

Jika tidak ada sembotaj dari Ketua Bahagian UMNO dari beberapa bahagian dan Pemuda UMNO di beberapa bahagian, saya pasti, undian yang BN perolehi adalah lebih tinggi.

Dengan kredibiliti Datin Paduka CMF, undi terhadap MCA meningkat sedikit (???). Agak-agaknya, jika wanita UMNO diberi lebih kuasa menjaga dan mentakbir bahagian bermasalah ini, mungkinkah, BN akan mendapat undi yang lebih tinggi lagi?

Maklumlah, dengan gerak kerja yang mereka lakukan, tidak mustahil mereka lebih berkebolehan berbanding dengan lelaki dan pemuda yang ada di dalam UMNO Selangor sekarang.

Kenapa saya berani nyatakan perkara ini, kerana bagi saya, apabila berhadapan dengan calon seperti Datin Paduka CMF, saya dapati PR tiada jawapan untuk menandinginya.

Mereka bernasib baik kerana WA mengantikan AI. Jika tidak, parah juga mereka untuk mejawab kewibawaan CMF sebagai pemimpin.

Bagi saya, PRK Kajang kali ini membuktikan bahawa Wanita BN adalah kuasa yang perlu di beri perhatian.

Ia juga membuatkan saya terfikir samada penyelesaian kepada masalah kepimpinan yang kacau bilau di Selangor sebenarnya ialah dengan melantik Ketua Wanita UMNO sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor yang baru mengantikan Noh Omar.

Mungkin kelihatan ekstrem tetapi hakikatnya  adalah lebih baik beliau mengambil alih jawatan itu ketika ini.

Kak Jat pernah mengendalikan portfolio menteri Wanita dan Masyarakat dan terkenal dengan ketegasannya dalam melaksana tanggungjawab.

Jika tidak kerana kes suami dan anaknya, beliau mungkin akan terus memegang portfolio kementerian tersebut. Atas faktor kredibiliti juga beliau sanggup melepaskan jawatannya itu.

Oleh itu saya merasakan beliau memang sesuai untuk memegang jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor untuk membersih dan menstrukturkan semula UMNO di Selangor.

Beliau boleh membuat keputusan tanpa memperdulikan apa yang berlaku selepas ini kerana beliau hanyalah Ketua Wanita UMNO sahaja dan mengikut desas desus yang saya dengar akan meletakkan jawatan selepas PRU 14. 

Dalam waktu yang sama beliau boleh menggunakan masa yang ada untuk menasihatkan pucuk pimpinan siapakah yang layak menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor bagi mengantikannya.

Beliau juga boleh mengarahkan wanita dan puteri turun padang berjumpa rakyat dan beliau memang terkenal sebagai Ketua yang pandai mengaturkan strategi dan membahagikan kerja mengikut keperluan setempat.

Wanita dan Puteri pula, di bawah Ketua masing-masing memang rajin turun berjumpa rakyat dan bertanyakan masalah mereka. Mereka sudah biasa di maki dan di caci tetapi mereka juga yang banyak membantu.

Mungkin inilah jawapan yang sebenarnya. Rakyat sudah muak dengan gelagat sesetengah pemimpin UMNO di Selangor yang terlalu egoistik dan berebut kuasa.

Mereka jarang turun bertanyakan masalah rakyat sebaliknya, pergilah ke banyakkan bahagian dan anda akan lihat berapa serabutnya perebutan kuasa di situ. Mungkin tidak semua tetapi kebanyakkan bahagian mempunyai masalah seperti ini.

Sudah tiba masanya seseorang yang tegas perlu diletakkan untuk menyelesaikan kekusutan ini dan saya rasa Ketua Wanita UMNO itu layak.

Jika WAnita menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, secara automatiknya beliau akan menjadi Pengerusi Perhubungan BN Selangor. 

Bagi memudahkan urusan perhubungan adalah lebih baik MCA dan MIC juga melantik Ketua atau Naib Ketua sebagai ahli Jawatankuasa bertindak BN Selangor mengetuai MCA dan MIC.

Melihat daripada kepimpinan WAnita MCA dan MIC, saya merasakan mereka layak memegang jawatan penting seperti ini.

Saya rasa adalah lebih baik sekiranya cadangan saya ini diberi pertimbangan.

Lagi pun yang rajin turun mengundi adalah wanita dan sekiranya Wanita diberi kepercayaan oleh BN memimpin sebuah negeri seperti Selangor saya pasti sokongan kepada BN bertambah.

Tidak perlulah menjadi MB tetapi sekiranya gerak kerja wanita ini berjaya mengambil alih Selangor, saya pasti ia adalah penyelesaian yang boleh digunakan dalam permasalahan di mana mana negeri selepas ini.

Wanita BN mungkin adalah jawapan terbaik kepada permasalahan yang di hadapi oleh BN ketika ini kerana saya dapati bahagian yang paling kurang permasaalahan di dalam BN adalah bahagian Wanita dan juga Puteri.

Apa kata anda juga fikirkan samada cadangan ini perlu di pertimbangkan dengan mengambil kira kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh Wanita BN selama ini.

P/S : Saya tidak melibatkan MIC dalam permasalahan ini kerana saya mendapat maklumat bahawa MIC di Selangor begitu aktif sewaktu kempen di kawasan India.

SAya ingin melihat sejauh manakah keberkesanan perubahan MIC ini dalam masa dua tiga tahun lagi.

Buat masa ini dengan sentimen menyelebahi pembangkang yang masih lagi tebal, MIC masih perlu melakukan lebih banyak kerja lagi.

Namun saya puji segala gerak kerja yang telah mereka lakukan dalam kempen di Kajang kali ini. Mereka bekerja lebih kuat berbanding MCA.


4 comments:

  1. Masaalah dalaman UMNO ,terutama kepimpinan memang ditahap kritikal dan megheret sekali UMNO sebagai parti yang menjadi tungak perjuangan orang Melayu semua.
    Kalau nak dihalusi , seluroh keperibadian kepimpinan UMNO itu sendiri tidak lagi menampakan pegangan yang kukoh dan iklas terhadap matlamat perjuangan UMNO yang sebenar . Adalah dikhuatiri satu hari nanti UMNO juga akan ditolak olih Melayu sendiri ,jika ianya belaku apakah Melayu membuat pilihan yang betul bukan berdasarkan sentimen kebenchian terhadap lagak kepimpinan dalam UMNO.
    Marahkan nyamok kelambu dibakar.

    ReplyDelete
  2. Putri umno bolehlah buat rock zumba banyak lagi..kah..kah..kah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAn bolehlah dikutuk dan di fitnah banyak banyak dalam FB untuk sedekahkan pahala kepada Puteri UMNO yang zumba tu kan ;)

      :-Psarah

      Delete
  3. Bukan setakat ketua perhubungan Selangor sahaja perlu ditukar, Penang pun perlu ditukar juga. Dah laa kalah teruk. Kawasan sendiri pun tak boleh defend. Bikin malu aja.

    ReplyDelete