Mari kita memberi sokongan kepada mereka yang terlibat.
Tolonglah, janganlah sebarkan berita yang menyedihkan buat ahli keluarga yang terlibat. Ingatlah, ini masa mereka bersedih. Jangan tambahkan kesedihan mereka.
Tolong jangan juga sebarkan perkara yang tidak sahih lagi. Jangan beri harapan yang tidak pasti. Itu perkara yang paling kejam kerana memberikan harapan dan kemudian memusnahkannya.
Kepada ahli politik, janganlah buat statement yang menunjukkan betapa tidak bijaknya anda., Kalau tidak tahu diam dan doakan kesejahteraan kepada mangsa dan ahli keluarga. Doalah mengikut agama masing masing.
Tunjukkanlah kebijaksanaan anda dengan berdiam diri.
Sebarkan gambar di atas banyak-banyak adalah lebih baik. Setiap kali ada yang membacanya bermakna sekali orang berdoa.
Sekali lagi, janganlah tambah kesedihan keluarga yang terlibat. Kehilangan orang yang tersayang dalam keadaan ini sudah cukup memberi tekanan emosi kepada mereka. Fikirkan apa yang anda akan rasai sekiranya anda berada ditempat mereka. Tolonglah prihatin.
Biar pihak berkuasa selesaikan misi mencari dan menyelamat dahulu. Proses pencarian untuk kehilangan kapal terbang adalah sangat rumit. Protokol antarabangsa harus dipatuhi disamping mengimbangi emosi kemanusiaan.
Cari maklumat bagaimana kerajaan setiap negara yang menghadapi krisis kehilangan dan kemalangan kapalterbang ini menanganinya. Susah sangat buka National geografic dan tengok Air Crash Investigation.
Perkara yang diutamakan pada awalnya sebaik laporan kehilangan kapalterbang dilaporkan ialah operasi mencari dan menyelamat. Ia mungkin memakan masa terutama jika ia berlaku di lautan. Banyak contoh di dalam episod Air Crah Investigation itu.
Selepas Kemalangan disahkan, barulah penyiasatan boleh dilakukan. SELEPAS.
Itu juga mengambil masa yang lama.
Ia terlalu rumit dan melibatkan keseluruhan agensi antarabangsa. Bukan sahaja pengeluar kapalterbang itu tetapi juga pengeluar enjin dan pengeluar bahagian-bahagian yang membentuk kapalterbang itu sendiri.
Dari material membuat dinding kapalterbang sehinggalah sekecil-kecil screw dan setiap alatganti yang digunakan di periksa. Dari cara memeriksa sehingga cara pembaikan dilakukan perlu di periksa. Minyak enjin, hydrolic dan minyak yang digunakan untuk membuat pembaikan turut sama perlu di periksa.
Dari keadaan intrument yang ada di dalam sehingga system komputer termasuk program perlu dianalisis. Keadaan kepten, pembantunya, anak kapal, penumpang, krew pembaikan dan pemeriksa yang mengesahakn pembaikan perlu diperiksa. Juga setiap barang dan kontena yang dibawa perlu dianalisis juga.
Membacanya sahaja membuatkan separuh daripada anda akan pening bukan.
Oleh itu, biar pihak berkuasa lakukan operasi menyelamat dahulu. Ia mengambil masa tetapi ia perlu dilakukan. Ini melibatkan nyawa yang bukannya seidkit. Paling saya sedih bila memikitkan ialah terdapat dua orang bayi didalam kapal terbang tersebut.
Tolonglah, beri ruang untuk mereka yang terlibat melakukan tugas mereka.
Kasihani orang lain sebagaimana anda mengasihani diri anda. Insyaallah anda akan diberi kemudahan hidup di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment