Monday 3 March 2014

BR1M : Perlu Atau Tidak? Kenapa Menentang?

RAmai yang memperkatakan tentang BR1M. Jika anda melayari laman web, anda akan perasan bagaimana begitu ramai yang menentang pemberian BR1M.

TApi pada waktu yang sama, persoalan yang perlu diketengahkan ialah, adakah ianya wajar ditolak sama sekali.

Dalam hal ini saya bersetuju dengan beberapa perkara yang diketenghkan oleh Saudara Rocky's Bru dalam artikalnya http://www.rockybru.com.my/2014/03/whats-wrong-with-br1m.html .

Apa yang dikemukakannya ada benarnya.

Tapi bagi saya, yang pernah telibat dalam pemprosesan data, walau bagaimana saringan yang ingin dilakukan, ketirisan akan berlaku.

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat rahsia yang semua orang tahu bahawa terdapat individu yang akan menyorokan hasil pendapatan mereka. Ya, terdapat individu yang menyorok pendapatan kerana tidak mahu membayar cukai.

Saya pernah berjumpa dengan individu yang membayar deposit kereta rendah pada permulaan pembelian, dan kemudian dalam masa tiga tahun boleh melangsaikan hutang kereta. Perlu anda ingat bahawa kereta ini ialah kereta berjenama import.

Jika disemak, mereka sentiasa terlepas dari membayar cukai dan pada waktu yang sama nilai harta yang tidak diisytihar adalah jauh lebih tinggi. Ini berdasarkan rumah dan kereta yang mereka miliki.

Ada separuh yang mempunyai pelbagai akaun di Malaysia dan di Indonesia dan Thailand. Jika tidak mampu masakan mereka boleh membuka akaun di luar negara?

DAn mereka ini mempunyai pendapatan yang layak untuk diberi BR1M. Pelik bukan, tetapi itulah kenyataan.

Perhatikan borang perisytiharan cukai anda. Adakah anda mengisi setiap baris yang penolakan cukai? Saya pernah berjumpa dengan orang yang mengisi semua baris yang ada.

Waktu itu saya tidak bernasib baik kerana beratur di belakangnya, dan terpaksa menunggu lama. DAri situ saya dapat melihat  dia mengeluarkan segala macam resit dan mengisi borang. Walaupun tidak tahu jumlahnya tapi dari pandangan kasar saya dapat melihat dia menekan butang satu per satu.

Pegawai yang menolongnya juga beberapa kalai meminta dia mengira resit yang ada. Lucunya, ada beberapa perkara dimana sumbangannya telah mencapai had maksimum dan dia marahkan pegawai itu kerana memberitahu dia hanya boleh mengisi jumlah minimum sahaja. Lucu bila pegawai itu memberitahunya supaya lain kali jangan lagi beli buku lebih dari jumlah RM1000.00.

Lucu juga kerana uncle itu sudah berumur lebih dari 70 tahun (saya tanyakan umurnya pada pegawai tiu) dan beberapa resit buku yang dicampaknya itu adalah dari pembelian buku Al Quran dan Terjemahan, Tentang Rasullullah dan Memahami Sastera Melayu.

Saya ingat tajuk itu kerana saya tuliskan dalam dairi saya. Melihat tajuk saya menjadi pelik. Benarkah mereka ini membeli buku seperti itu?

Saya setuju supaya BR1M diteruskan dengan saringan yang lebih ketat tetapi bagaimanakah kerajaan dapat mencari penyuruk harta seperti ini? Ini kerana harta mereka ada dalam pelbagai bentuk dan ada yang menyimpan tunai di dalam peti keselamatan di Bank. Tunai dalam peti keselamatan bank, tidak akan dapat dikesan. Begitu juga emas.

Saya terbaca komentar dari salah seorang pembaca Helen tentang penerima BR1M yang datang dengan kereta mewah. Saya tidak pertikaikan kereta mereka tetapi apa yang saya pertikaikan dari mana hasil pendapatan mereka untuk membeli kereta itu?

Satu lagi yang menjadi persoalan sekarang pada saya, di dalam FB banyak menceritakan tentang pendapatan yang lebih sedikit dari RM4000.00 boleh memohon BR1M tetapi mereka tidak akan mendapat jumlah yang penuh.

Jika ini benar kenapa perkara ini tidak diwar-warkan kepada orang ramai? Kenapa saya mempersoalkan perkara ini adalah kerana beberapa rakan memberitahu yang seorang dari rakan kami yang punya pendapatan tinggi mendapat BR1M.

Sedangkan kami, tidak memohon kerana jumlah tangga gaji yang melebihi  dari mereka yang layak mendapat BR1M. Bila saya utarakan, dia memberitahu bahawa dia memasukkan nama anak saudaranya seramai 4 orang sebagai tanggungannya. Dia layak menerima RM450.00.

Saya pasti kes beliau bukanlah kes terpencil. Ada ramai lagi penerima BR1M sepertinya. Semakin ditinggikan tangga gaji yang berhak menerima BR1M semakin ramai yang akan cuba menipu data untuk menerimanya.

Itu kes BR1M yang kini sarat bertebar di FB. Ada movement untuk meminta orang Melayu memohon BR1M kerana ada yang tidak layak kini menerimanya walhal Melayu tidak momohon pun.

Itu kes BR1M. Ada juga berita tentang PR1MA. Dalam FB kecoh memeperkatakan tentang keburukkan PR1MA selama beberapa bulan yang lalu dan ini mengakibatkan ramai yang patah hati untuk memohon.

Tetapi khabar angin bertiup kencang dalam FB yang laman web PR1MA kini mencatatkan permohonan yang tinggi dari satu kaum. Pelik bukan???

Anda fikir-fikirkanlah. Saya telah katakan sebelum ini, jika ada sesuatu berita buruk yang tersebar tentang program kerajaan, saya tidak akan percaya seratus peratus.

Telah terjadi beberapa kes dimana sebaik sahaja kerajaan tambah masa program itu ditutup, pada waktu itulah ramai yang beratur membeli atau memohon.

Yang ketinggalan adalah orang Melayu dan India. Pelik....pelik.....

1 comment:

  1. Dizaman IT ni, LHDN tak cross check ke nama-nama dalam borang supaya tak bertindih.

    Juga LHDN tak cross check ke pada satu alamat ada berapa pemohon. Saya dengar warga emas (dah kematian suami) dapat BR1M tapi anak dan menantu adalah guru sekolah menengah yg sudah lebih 15 tahun bertugas. Adakah gabungan gaji mereka in kurang dari RM3,000.

    Saya pohon LHDN dan pihak kerajaan gunakan IT sepenuhnya supaya mereka lebih efficient. Jangan gunakan IT untuk menjalankan (mechanise) tugasan manual mareka.

    ReplyDelete