Saya selalu membeli barang basah seminggu sekali dengan bajet dalam lingkungan RM100. Saya akan pastikan dengan RM100. saya boleh membeli lauk-pauk cukup untuk seminggu atau seminggu lebih.
Dari RM100 itu juga saya akan top-up stok simpanan barangan kering dan juga keperluan lain.
Sewaktu harga gula meningkat selepas penarikan balik subsisdi, saya mempunyai simpanan gula melebihi 5 kilo. Dengan penggunaan 1 ke 2 kilo sebulan, saya mengagak saya mempunyai tiga bulan lebih gula subsidi untuk kegunaan sendiri.
Oleh itu kenaiikan tidak memberi impak yang banyak kepada saya kerana saya masih mempunyai masa untuk mengendalikan kenaikkan itu dengan menganalisa keperluan dan kehendak yang boleh di tambah atau tolak bagi meminimumkan impak kenaikan tersebut.
Begitu juga dengan kenaikan petrol. Stok buffer barang keperluan di rumah benar-benar membantu saya. Shampoo, sabun dan pencuci muka dengan stok yang boleh bertahan selama lebih dari enam bulan memungkinkan saya menguruskan kenaiikan tersebut.
Ada yang mungkin akan dengan baik hati membantu memberikan alasan bahawa saya mempunyai pendapatan yang tinggi yang boleh membantu saya mengumpulkan stok tersebut. Jawapannya, tuan puan, adalah tidak.
Stok tersebut mengambil masa setahun sehingga dua tahun untuk dikumpulkan dengan budget yang cukup terhad.
Saya terpaksa membuka mata luas-luas dan menganalisa harga barang benar-benar murah sebelum membelinya. Semasa proses tersebut, saya belajar tentang trend jualan murah yang betul-betul murah dan bilakah ia akan tiba.
Saya tidak kata ia mudah tetapi ia mampu dilakukan. Kerana itu sekiranya ada orang yang bertuah dapat melihat stok simpanan saya, mereka akan berkata saya seorang yang kedekut.
Kenapa? Bayangkan keadaan ini.
Stok tisu muka saya adalah dari jenama Giant dengan bungkusan plastik yang berharga RM6 per set. Satu set mempunyai 8 bungkusan dengan kuantiti 100 pcs. Saya ada tisu kotak primeer tetapi saya simpan untuk digunakan apabila tetamu datang ke rumah. Untuk kegunaan harian, tisu Giant itulah yang akan saya dan keluarga gunakan.
Pencuci pinggan saya adalah dari jenama Tesco yang berharga RM0.99. Penggunaannya adalah seminggu satu pek. Bermakna jumlah penggunaannya dalam empat atau lima pek. Jumlahnya ialah RM4.95.
Jauh lebih menjimatkan berbanding dengan RM5 hingga RM6.00 untuk jenama lain-lain. Jika ada yang murah, saya dapati kurang berkesan atau terpaksa membeli dua yang meningkatkan lagi harga yang perlu dibayar.
Stok susu saya adalah dari jenama tesco yang dijual RM11.99 per set 6 tin. Saya menggunakan lebih kurang 2 tin seminggu. Tetapi untuk kegunaan harian, itulah jenama yang saya gunakan. Dengan harga RM11.99 aka RM12 per set memungkinkan harga setin jatuh ke RM2 per tin. Jika Tesco membuat tawaran lebih murah, harga setin jatuh kurang dari RM2.
Bayangkan berapa penjimatan yang saya perolehi. TEtapi jangan kata saya tidak beli susu berjenama lain. Ada, tetapi apabila harga benar-benar rendah. Itu pun untuk kegunaan khas sahaja seperti apabila mertua atau emak saya datang ke rumah. Mereka gemarkan rasa tertentu maka saya akan hidangkan minuman dicampur dengan susu kegemaran mereka.
Sabun mandi saya pula dibeli di kedai dua ringgit. Sabun mandi jenis bar selalunya dijual dalam set 3 untuk RM2.00. Saya akan beli RM10 iaitu lima set. Kuantiti yang saya akan dapat ialah 15 biji. Cukup untuk setahun penggunaan.Kalau ada duit lebih, saya akan beli lebih. Hakikatnya, selain dari susunan yang cantik pada stok, nilai duit RM10 saya itu beoleh bertahan setahun.
Gas memasak pula, biar saya kongsikan kepada anda rahsia saya. Saya jarang membeli gas masakan di kedai runcit. Sebaliknya saya membeli gas masakan dari lori penghantaran gas yang juga bertindak sebagai pengedar.
Di rumah, saya mempunyai dua tong gas. Jika habis setong, saya ada masa untuk menunggu pengedar datang dan membeli dengan harga yang lebih rendah serendah RM2 dari harga biasa di kedai runcit berdekatan rumah saya.
Saya juga tidak dikenakan upah penghantaran kerana lori tersebut melalui depan rumah sahaja. Ada seorang sahabat yang tinggal di rumah flat pula, mempunyai nombor talifon pengedar tersebut. Apabila gasnya habis, dia boleh menalifon pengedar itu meminta supaya singgah untuk mengambil tong kosongnya.
Katanya, lebih menjimatkan jika dia sendiri yang menjemput tong gasnya di tingkat bawah berbanding dengan membayar upah penghantaran. Sahabat saya itu terpaksa membayar upah sehingga RM3 untuk penghantaran ke tingkat rumahnya jika dia membeli dari kedai runcit.
Bila mood pengedar baik, kadang kala pengedar tersebut menghantar tong gas sehingga ke depan rumahnya tanpa bayaran.
Jika dia membeli dari kedai runcit berdekatan dia kena membayar upah penghantaran. Sudahlah harga mengikut harga pasaran, dikenakan pula upah penghantaran. Bukankah ini membuatkan harga setong meningkat kepada sama atau lebih dengan RM30.
Ada yang berkata, suri rumah bolehlah buat begitu, bagaimana kami yang bekerja. Jawapannya, sahabat saya itu bekerja dari Isnin sehigga jumaat dan kadang kala sabtu mengikut giliran. Dia boleh lakukannya, mengapa tidak anda?
DEngan memunyai extra tong, anda boleh berjimat dengan banyak selagi anda menggunakan gas. Jika harga gas masak naik sekali pun, jika anda membeli dari pengedar, anda sebenarnya membayar harga yang biasa dibayar oleh orang ramai sebelum ini. BEzanya anda bayar selepas orang lain telah membayarnya bertahun.
Jika kena gayanya, anda mendapat pengedar yang boleh bertolak ansur, anda mungkin berjimat lebih lagi jika mendapat harga kawan-kawan.Selalunya jika anda telah berusan lama dengan pengedar tersebut.
Lebih banyak anda berjimat, lebih banyak anda akan mendapat menafaat dari wang anda. Dengan penjimatan seperti ini, saya mampu membawa anak-anak bercuti dengan tabung yang saya namakan sebagai tabung pecutian. Tabung tersebut adalah penjimatan yang boleh saya dapat melalui penjimatan duit belanja mingguan.
Kerana itulah ada yang berkata saya kedekut. Tetapi bagi saya, sebenarnya saya memanjangkan dan meningkatkan nilai wang saya. Jika saya boleh berbelanja RM10 untuk kegunaan setahun, anda juga boleh melakukannya. Itulah yang dikatakan perbelanjaan berhemah sebenarnya
Kerana apa yang dipanggil oleh seseorang, sudah jimat hendak jimat lagi, maka saya akan berusaha lebih untuk pastikan, nilai wang yang saya bayar itu adalah berbaloi. Jika tidak, saya tidak akan mengeluarkan wang tersebut.
Anda juga harus melakukan seperti itu. Jadilah kedekut semasa membeli barang keperluan. Cari barang yang murah tetapi memenuhi standart yang anda tetapkan.TEtapi ingat, periksa juga tarikh luput supaya anda tidak ditipu dengan harga murah. Cadangan saya, lebelkan dengan marker besar-besar bila tarikh luput sebaik anda membelinya.
Saya pula selalu amalkan FIFO atau First In First Out didalam menguruskan stok barangan harian saya. Dengan cara ini, peningkatan harga memberi impak kecil kepada anda sebagaimana ia memberi impak kecil atau tiada sama sekali kepada saya.
Bukan kerana saya orang yang kaya raya, tetapi kerana saya berjimat. Ia tidak merugikan saya dan apa yang anda perlu persoalkan ialah adakah ia merugikan anda?
Teori saya adalah mudah. Jika kualiti barang tersebut adalah baik, walaupun ia bukan jenama kesuaan saya, saya akan membelinya. Bermula dari sos, kicap dan garam, sehinggalah kepada sabun mandi, sabun basuh atau pempers sekalipun. Walaupun ia hanya sekadar jenama pasaraya sahaja.
Saya juga mengikuti saranan membeli barangan buatan Malaysia dan juga mengutamakan keluaran bumiputera terlebih dahulu :0;);)
Kalau saya boleh buat, kenapa tidak anda yang mempunyai pendapatan lebih tinggi kan? hehhehhehheh
No comments:
Post a Comment