Tuesday 24 December 2013

Nak Joint Himpunan 31 Dec : Baca Ini Dulu

Tentu sudah ramai yang mendengar tentang rancangan untuk berhimpun pada 31 Disember membantah kenaikan harga barang bukan?

Anda juga ingin sama mengikuti perhimpunan itu sebab semua orang marah dengan kenaiikan harga barangan dan perkhidmatan dan siapa yang tidak marah kan? Orang seperti saya juga terpaksa melupakan sesuatu yang saya ingini kerana perubahan corak pembayaran, bukankah begitu?

TApi, sebelum anda bercadang menyertai atau berhasrat untuk ikut serta, mari kita lihat apakah yang akan menaikkan harga sesuatu barang.

Baca perkara di bawah betul betul, OK.

Pertama kos penghasilan barang.

Jika harga barang mentah naik, harga barang akan naik. Jika sewa kilang naik, kos akan naik. Jika harga buruh naik harga barang akan naik. Jika harga khidmat penghantaran naik, harga akan naik. Jika sewa kilang naik, harga akan naik. Dan jika harga lesen perniagaan naik harga akan naik. Jika cukai tanah naik, harga akan naik. Jika harga utiliti naik, harga akan naik. Dan jika pelabur hendakan keuntungan lebih tinggi, harga akan naik.

Diatas adalah pada pihak pengilang.

Mari lihat pada pihak pengedar pula.

Bila harga sewa gudang naik, harga barang naik. Bila harga lesen perniagaan naik, harga akan naik. Bila kos upah pekerja naik, harga barang akan naik. Bila harga utiliti naik, harga akan naik. Bila harga kos penghantaran naik, harga akan naik. Jika pengusaha inginkan keuntungan lebih tinggi, harga barang akan naik.

So, itu adalah sebab mengapa harga barang boleh naik pada pihak pengedar.

Mari lihat pada pihak peniaga pula wokay.

Harga sewa kedai naik, harga barang naik. Harga lesen perniagaan naik, harga barang naik. Jika harga cukai pintu dan tanah naik, harga akan naik. Jika harga lesen perniagaan naik, harga akan naik. Jika harga perkeja naika, harga akan naik. Jika harga utiliti naik, harga akan naik. Jika peniaga itu inginkan keuntungan lebih, harga barang akan naik.

Cukup tiga atau empat impak perkara diatas naik, harga kos sesuatu barang itu akan meningkat. Jika satu yang naik, selalunya kenaikan jarang dilakukan.

Okay sekarang korang hendak menyertai himpunan tersebut sebab korang nak salahkan kerajaan Persekutuan kerana menaikkan harga barang kan.

Cuba korang baca link dibawah.
1. selangor-pecah-rekod-naik-harga
2. Tawaran Pakatan
3. http://www.mykmu.net/?p=38277

Selepas itu baca sekali komen-komen yang pembaca-pembaca itu bagi ye. ambil masa 30 min cari info. Tak mungkin korang tidak boleh habiskan masa sedikit kerana selepas ini dalam demonstrasi itu korang akan habiskan masa lebih dua ke tiga jam.
 
Sudah faham kenapa harga barang naik. Kalau disebabkan harga tol naik, fikir balik, lori satu trip boleh masukkan berapa tan barang didalamnya. Agak-agak korang lah, kalau peniaga minta supaya pengedar hantar barang lebih sedikit supaya trip lori itu kurang, agaknya ada effect kepada peniagaan kenaikan tol itu kah.

Kalau dulu penghantaran 10 kali dengan tol RM10 dia orang kena bayar RM100, tapi kalau tol naik RM2, penghantaran dikurangkan kepada 8 kali, bayaran tol boleh dijimatkan kepada RM98. Dan korang ingat, syarikat pengedaran itu bodoh (kan sudah keluar). 

 Dia orang sudah lama amalkan pengurangan kos ini. Kalau tidak, mana mungkin dia orang boleh bertahan sehingga sekarang walaupun merungut harga semua naik. Jimat dua ringgit boleh ditambah dalam baki hujung tahun. dan keuntungan syarikat bukankah bertambah. Itu baru Satu trip kalau beratus jimat RM2 berapa agaknya keuntungan dia orang?
 
Tempat kerja korang ada amalakan kos saving kan? itulah dia asalnya. Dengan kos saving kos pengeluaran dikurangkan dan keuntungan meningkat. Ada faham sekarang?

So, janganlah korang ditipu oleh politician yang hanya fikirkan diri sendiri itu. Korang pengguna, jika korang faham mengapa harga sesuatu barang itu boleh meningkat, korang boleh gunakannya untuk kelebihan korang sendiri.

Harga barang naik sebab diesel. Cuba applykan tol itu dengan diesel. Sudah nampak sekarang. Harga naik tapi kenapa syarikat tetap untung juga. Bukan sebab harga barang dinaikkan tetapi pengurangan kos disebabkan oleh kenaikan. Naikkan produktiviti kurangkan westages.

TApi kalau sewa atau harga bangunan perniagaan meningkat agak-agak korang kos itu siapa yang tanggung ye? Lesen perniagaan dan cukai pintu dan tanah naik, siapa yang tanggung itu ya. Agak korang mana impak kenaikan harga barang akan berlaku lebih tinggi.

Okay, Ini cerita seorang sahabat. Dia tinggal di KL dan anaknya sulungnya tinggal di Shah Alam. Emaknya tinggal di Taman Purba Ampangan.

Dua minggu atau tiga minggu sekali dia dan anaknya akan pulang ke rumah emaknya di taman Purba. Setiap kali pulang, dia akan membeli barang keperluannya di Seremban. Bagi kami orang Seremban, Jusco adalah tempat ekslusive. Harga barang juga mahal bagi kami orang Seremban lah.

Tetapi bagi sahabat saya ini, harga barang di Jusco adalah murah. Dan beliau akan ke Tesco atau ke Giant setiap bulan membeli barang keperluan bulanan. Murah katanya berbanding KL.

Cuba anda fikirkan kembali, barang yang sama tetapi kenapa mahal di KL tetapi murah di Seremban? Kos pengeluaran atau penghantaran atau Utiliti kah? Atau kos logistik yang lebih murah?

Dah dapat jawapannya? Kalau hendak pergi demonstrasi, pergilah.

DAn ini yang saya jumpa pagi tadi. Ada orang lain post benda macam ini Rancangan Peserta Demo yang dia hendak buat masa demonstrasi nanti.

So, sebelum korang rasa korang nak joint, baca dahulu semua di atas dan tengok semua link-link itu. Kalau korang nak joint juga, ingat den dah bagi tau. Jangan nak salahkan orang dengan alasan tidak tahu sebab korang sudah tahu dan segala kesilapan itu terletak di bahu korang dan bukanya orang lain faham. 

Nah sekarang keputusan ditangan anda. Tapi tolong,ya, saya ulangi, tolong, kalau korang hendak bawa anak-anak tu batalkan saja. Anda minta emak, ayah atau kawan baik atau jiran tolong jaga anak anda dan anda pergilah laki bini. Tolong jangan bawa budak-budak.

 Kalau tidak ada yang hendak jaga free, upahlah sikit pada jiran-jiran yang anda tahu orang baik-baik jaga anak itu. Anda berjuang untuk dia orang juga kan tapi dia orang pun hendak happy-happy tahun baru juga. bukan anda sahaja. Jadi bayarlah masa mereka ya.

Itu pun kalau anda masih tidak faham bagaimana kenaikan berlaku. HMMM

No comments:

Post a Comment