Semasa saya kecil, lebih kurang dalam umur 10 dan 11 tahun, saya mengikut ayah tinggal di Kelantan. Waktu itu, selain dari sekolah biasa pada hari ahad hingga khamis, pada hari jumaat dan sabtu saya ada mengikuti kelas agama pondok.
Di situ saya belajar tentang fardu ain, sembahyang dan mendengar ceramah agama. Ceramah agama biasanya pada hari jumaat manakala kelas lain-lain pada hari sabtu.
Kelas hanyalah dari pagi pukul 8am sehingga 12pm. Setiap hari jumaat, dua jam diperuntukan untuk membetulkan surah lazim dan setiap sabtu pula untuk belajar mengaji.
Di sinilah, salah satu pelajaran yang saya perolehi ialah fitnah adalah dosa besar. Jika kita memfitnah dan mengata orang lain, selain balasan neraka, kemungkinan antara hukuman yang akan dikenakan oleh Allah ialah pahala kita di dunia akan diberikan kepada orang yang kita fitnah atau perkatakan itu.
Mungkin apa yang kita perkatakan kita rasa betul, tetapi bagaimana kita perlu menilai samada ia betul atau tidak? Bolehkah kita membaca hati dan pemikiran manusia terutama apabila kita tidak melihatnya dengan mata kita sendiri?
Inilah yang bermain di pemikiran saya bila membaca tentang perkara yang diperkatakan tentang Rosmah, isteri kepada PM.
Dan apa yang ditulis oleh Bloger MIK memang betul. Baca dosa-kering-mahfuz . Blogger Unspinner juga dengan nada menyindir menulis tentang perkara ini. Baca macamlah-mahfuz-balik-pokok-sena-naik bas.
Kadang-kala saya terfikir, adakah ahli politik ini sebenarnya agak tidak berapa pandai sebenarnya (tak mahu gunakan perkataan B itu, nanti ramai yang terasa kankankan hehhehheh).
Kalau saya sebagai orang biasa boleh menilai keperluan dan peranan seorang isteri PM dizaman ini, sepatutnya ahli politik perlulah lebih peka lagi, bukankah begitu?
Rosmah terlalu banyak diperkatakan shinggakan sekiranya seseorang yang tidak mengetahui tentang siapa itu Rosmah akan beranggapan bahawa Rosmah adalah ahli politik yang setaraf dengan Shahrizat atau Wan Azizah.
Menariknya, Rosmah juga diperkatakan tentang keglamorannya sehingga berat badannya turut diperhati dan dijadikan modal politik.
Terus terang saya katakan, sekiranya saya seorang wanita yang gemuk, saya akan memilih untuk mengundi BN setelah membaca penghinaan demi penghinaan yang Rosmah terima berkaitan dengan berat badannya.
Sedangkan, bila saya perhatikan, tidak ramai isteri ahli-ahli politik pembangkang ini langsing seperti model pun. Hendak dikatakan Rosmah terlalu gemuk tidaklah pula. Bagi daya berat Badan Rosmah adalah berpatutan dengan umurnya.
Begitulah TErkenalnya Rosmah sehingga dia diperkatakan sebegitu rupa. Saya juga tidak dapat memahami mengapa PR begitu taksub dengan Rosmah. Sikap mereka bagaikan Rosmah itu ialah bekas kekasih yang meninggalkan mereka untuk bersama dengan orang lain. Sebab itulah segala perbuatan Rosmah buruk di mata mereka.
Bagi saya, tidak ada masalah Rosmah memberi ucapan terutama berkaitan dengan wanita dalam mana-mana persidangan antarabangsa. Sebagai wanita dan isteri kepada PM beliau layak memberi ucapan diacara seperti itu.
Saya juga tiada masalah sekiranya Rosmah begitu bersemangat untuk menjayakan Program Permata yang menitik beratkan kanak-kanak mencapai tahap optimum kapabiliti mereka. Bagi saya itu lebih baik dari Emelda Marcos yang meminta wang dari suaminya untuk membeli beribu kasut berjenama.
Bagi saya, tidak selayaknya Rosmah mendapat perhatian dari ahli politik seperti itu. Dia bukan artis dan dia bukan ahli politik. Dia sekadar isteri PM sahaja. Acara dimana beliau memberi ucapan memang memenuhi peranannya sebagai isteri PM.
hmmmm
Tapi siapa tahukan, yang bercakap tentang Rosmah ni betul-betul ex-kekasih yang dia tinggalkan atau kekasih kepada ex-kekasih yang masih tidak dapat melupakan cintanya pada Rosmah. Kerana itulah dendam membara. hehhehheh... Macam novel atau Teori konspirasi nih hikhikhik.
hmmmm.....
No comments:
Post a Comment