Friday 14 February 2014

PRK Kajang : AI & Mahkamah Rayuan....

Ahem...ahemmm....

Agak meanrik juga bila memperkatakan tentang kes mahkamah AI. Terlalu banyak masalah untuk membicarakannya. Ada sahaja yang tak kena.

Selagi ada perkara yang boleh melambatkan process perbicaraan, maka akan dihujahkan oleh peguam-peguam AI untuk memastikan perbicaraan dilambatkan.

Dari isu siapa akan menjadi hakim sehinggalah siapa yang akan menjadi pendakwa raya, akan menjadi masalah kepada AI.

Apabila ianya tidak mendatangkan hasil, isu-isu remeh pula menjadi persoalan. Kemudian saya pasti selepas ini akan timbul pergolakan dalam kalangan peguamnya dan ada yang menarik diri. Tangguh lagi.

Selepas itu, perkara seperti bahan bukti yang perlu dikaji semula atau dikatakan masih tidak lengkap, tangguh lagi.

AI tidak sihat dan peguamnya tidak sihat (KS kan jadi peguamnya, anda semua tentu tahu taraf kesihatan KS kan?), tangguh lagi.

Sehinggalah tidak ada lagi isu yang boleh dibawa, pada masa itu nanti tiada siapa yang ambil peduli, maka barulah proses mahkamah boleh mengambil tempat seperti biasa.

Perkara ini berlaku berulang-ulang kali setiap kali kes mahkamah melibatkan AI mengambil tempat.

Dari sini saya merasakan bahawa jika anda seorang yang kaya raya, boleh mengupah peguam untuk jangka masa yang lama, dua atau tiga tahun, anda boleh mengambil contoh AI sekiranya anda mempunyai kes mahkamah untuk sebarang perbicaraan.

Bayangkan, setiap point of referance boleh anda pertikaikan. Dengan budget yang tidak terhad, anda boleh juga memanggil pakar atau yang dipanggil pakar dari luar negeri untuk memeriksa bukti-bukti yang ada.

Semua itu memerlukan jumlah wang yang banyak. Upahlah peguam yang terbaik yang tahu tentang selok-belok undang-undang Malaysia,

Saya pasti, setiap undang-undang yang diperbuat oleh manusia itu ada loop-holenya dan loop hole inilah yang digunakan oleh AI.

Tidakkah anda semua merasakan anda dipermainkan? Tidakkah anda rasa sistem mahkamah telah dipermainkan?

Tanya diri anda sendiri selepas mengkaji setiap kes mahkamah yang melibatkan AI.

Dalam pada itu, saya ingin berkongsi tentang berita tergempar dari blog bumiyang.

Baca : gempar-plus-bakal-naikkan-kadar-toll-100%



hehhehheh.

No comments:

Post a Comment