Sunday 26 May 2013

Apo Kono ei Jang

Jang Ooo jang, Mano pulak poinyo budak ni
Siaplah jang oi, kobau tu bolom boi makan lai

Batu kikir jombatan bosi gulai udang sebelango. Cuba mak pikir dalam hati, Ayo ni bujang sudah lamo mak ai

Apo Kono Ei Jang?, Kau monung ajo, Oghang ko bulan, Ekau di mano
Muko bepoluh, Apo kao ghosah, Chaghilah ubek, Penawa duko
Po-ii lah mandi, Aghi dah tinggi, Jangan temonung, Menoman tanggo
Kesawah kito, Menuai padi, Apo dikonang pekagho yang sudah
Si Milah kao gilokan, Oghang dah masuk meminang
Mano kao lotak muko, kondak kao jang diambik oghang
Bia omak caghi yang lain, Untuk oghang jangan di idam

Ha, tulah, dulu lagi den khoba kan, kojo jang kojo, Ni ke kobun maleh, ke sawah liat pulak tu
Belaja tinggi-tinggi, tak kan ko sawah poinyo mak oi, Malu den
Habih, nak kan anak oghang tak yah beduit. Apo nak jadi kau ni jang
Habih cam no mak, badan se ni ha nak domam jo ghaso eh

Dah den khobarkan dulu, kumpulkan duit, Pinanglah chopek, Ini kau tangguhkan
Kesawah kito, mengumpul belanjo, Bekonan den similah buek menantu
apo lai kao susahkan, meghaung tak ado guno, Milah kawin minggu dopan,
Melopong kau jang putih mato, Apo lai di konang-konang, Kalau di konang meghano badan

Berkocak-kocak air di boting, melimau manih bertaghuk gulo
Biar bercacak koghih dan lombing, Putih kuning den chaghik juo

Nak kau apo kan anak oghang tu jang? Jangan jang jangan, Malu omak
Se tak pedulik, Se nak jugak si milah tu mak
Dah gilo ko budak ni, Dunio pun tak ingat lai

Keje Lobak ke Jelobu Tuai padi tigo tangkai, Kata ombong den, kato oghah den, kato ochu den
Podihnyo hati menanggung malu, Nak mati badan meghasai ai

apo khono ei jang

Hayati lagu di atas dan fahami maksud terpendam. (maaf jika ada lirik yang tertinggal)  Lagu perbualan si emak dengan anaknya.

Kenapa saya tulis tentang lagu ini? Sebab sejak semalam lagu ini bertapak dalam kepala saya sehingga sukar untuk dilupakan. Kenapa tiba-tiba saya terfikirkan lagu ini? Entahlah. Tiba-tiba sahaja dia datang.

Anda juga tentu ada hari-hari dimana catchy tune bermain dalam kepala sehingga sukar mengingat lagu-lagu lain kan. Kita akan sentiasa menyanyikan lagu itu sepanjang hari. Kalau lagu cam ni ok lah, dibuatnya lagu Bad Day tak ke sumua orang tertanya tanya. kihkihkih.

Saya harap selepas tulis lagu ini, saya boleh melupakan lagu ini. Harapnya lepas ini lagu Sayang pulak. Bolehlah nyanyi depan suami, gerenti dia pening, apo kono bini den nih haa? hahaha

No comments:

Post a Comment